Monday, May 31, 2010

memori handphone



entri kali ni memerlukan sy menguji daya ingatan sy
ye laa dh sebulan dok kat umah kan
cam slow je memory sy ni
so
best jugak kenang2 memori lama ni.
heheh!
kali ni sy nak try ingat berapa banyak hp sy dh pakai selama sy hidup 21 thn ni.
sy ni bleh dikatakan menggilai hp jugak la
malahan
dalam family
sy paling update ngan hp2 ni.
even my dad sndiri pun kalau nak beli hp, dya akan mntak advice sy!
wahhh!!!

firstly.....
sy start pakai hanphone ni masa umo 14 (form 2)
masa tu, bese laa budak2 pakai hp kan. msti bangga semacam.
pg skolah pun bawak. walaupun kena sorok2
time tu sy igt lg, ringtone still monotones

dan

my starter hp is....

NOKIA 3310

hp ni mmg sesuai laa dengan 'org baru' sbb tahan lasak.
knangan hp ni yg sy tak dpt lupa: masa nk g tiusyen, sy letak ats riba hp ni. than tak perasan, time turun dr kereta, terjatuh. sy tak perasan lg. tb2 dgr bunyi cam "praaaaaaaaaak".
sy toleh dan OMG!!!! HANDPHONE KU DILANGGAR KERETA AYAH!
tidaaaakkkkk!!!!
time tu, msti pkir hp dh hncur lebur tnggal debu
but
UNBELIEVABLE
casing dye je pecah. body n skrin smua ok lagi.... peh mmg hebat laaa!!!


2nd hp sy ialah motorola.

time tu sy try nk guna flip phone. sbb cam stylo je!
tp sy pakai hp ni tak lama sgt sbb keterbatasan fungsinya.

motorola v-235


3rd phone sy pula ialah
ini

Nokia 2650

sebenarnya sy terpengaruh dgn seorang BFF sy yang teringin benar pakai hp ni
than sy beli laaa sbb dia syorkan
hp ni mmg stylo taw time tu laa kan
sbb design dye yg ader unsur2 tradisional.
kt bhg casing depan ada corak chekered dan bila fon bunyi bhg tpi akan berkelip2
yg kaler putih tu getah taw, dan sgt smooth!


tak lama pastu, dalam 4 bulan je tukar kepada
4th phone sy

LG C3300

sampai skrang boxnye msih ada
apa yg menawan ht sy ttg hp ni ialah warnanya yg maroon tu... sexxxxaaaayyy!!!
fungsinya pn ok! comel2 je. msa ni sy msh stick pd flip phone.
sbb pd sy cam nampak feminin gtu!
as usual, sy pakai hp ni tak lama mne.... 2-3 bulan je
than sy jual hp ni pd schoolmate sy!


sy tukar plak kpd hp yg slim. sbb waktu tu kecoh smua orang gler ngan hp2 slim melim ni.
my 5th hp ialah

Motorola L6

yg ni sy beli murah je aroun Rm 450 kot. tk igt sgt.
dan sy beli wrna pink. (pink is not my colour!)
mmg tak laa pas ni...
sy pilih pink sbb nak nmpak len dr yg len
hp ni best sbb senang nak sorok! (phm2 sudah.. tak yah mentionla kat mne sy sorok)
hahah
sy tp2 hari bwak hp ke sekolah mse form 5
tp takde sape taw sbb
HP SY SLIM!!!!
sy pakai hp ni agak lama jugak around a year

after that
my 6th hp is coming

Nokia N73 Music Edition

hp ni lg byk kisahnya
ni merupakan hp pertama yg saya beli menggunakan duit sy sndri taw.
dan duit tu merupakan duit yg sy kumpul hasil menang pidato LHDN.
around RM 1200 gtu la.
time ni sy beli sbb tgk gempar stu malaysia yg Nokia kuarkan hp jenis N series....
perhhh meleleh laa!
camera guna Carl Zeiss 3.2Mp dan music yg sgt masyuuuuukkkk!!!!
sy pakai pun agak lama hp ni. kira puas laaa......


lepas tu sy mula gila pd hp nokia N series jugak....
my 7th hp



hp ni dihadiahkan oleh mak sy sebb sy sy berjaya terpilih ke Fakulti Undang2 UM.
kononnya ni pendorong laa..
Alhamdulillah laaa....
sy suka fon ni sbb nampak eksklusif.
dan dyer nye casing ade byk kaler yg kte leh tukar2.
camera mmg masyuk laa
5MP Carl Zeiss dan memori 4gb! Wooot2!
sy pakai hp ni tak lama
aroun 7 months je sbb sy tergoda ngan stu lg hp......
bayangkan laa dlm mse sthun sy tukar 2x hp.
mak n ayah bising jugak, tp nak wat cam ne
"IT'S MY PASSIONATE"

my 8th hp

Sony Ericsson W705.

sekali lagi, warnanya menggoda sy.
ni 1st sony n slide fone sy
mmg berbaloi laa
fungsi yang mmg best, lagu yg super sronok
camera 3.2MP yg terang dan memori 8gb!
hp ny sy beli pakai duit sy sendiri jugak..... no sponsor k! hahaha

my 9th phone
|
|
|
|
|
|
|

Apple iPhone

hp ni hadiah dr someone....
nama dye ........tuuuutttt........

cecececeh!
takde laaa!
ni my dream phone for the recent time laa!
sgt gorgeous gtu!
lg2 klu girl yg pakai smbil jalan2 shopping2
perrrghhhh meleleh laaa tgk!
doakan la sy dpt pakai hp ni
msih mngumpul $$$
ada sapa2 nak donate???
hihihihi

pd sy, stp hp ada kenangan tersendiri. ada orang kata hp ni hanyalah alat utk komunikasi,
ye mmg benar tp pd sy hp adalah sbhagian hdup sy.
tnpa hp sy bleh mati kot... hahah~ tak laa
myb hidup terasa janggal sket kot!
WATEVA!

Dato' Siti



SITI NURHALIZA
bukanlah satu nama asing di Malaysia ni
dia umpama bintang yang paling menyerlah di antara berjuta

rasanya tak perlulah sy list kan kehebatan dan kejayaan beliau di dunia seni.
sbb semua sedia maklum! die mmg betul2 membanggakan MALAYSIA!

i'm really speechless
bila sy jumpa dia kat Konvensyen Wanita & 1 Malaysia di KLCC.
sgt awesome. sgt chantek. sgt supa-dupa gorgeous!
malahan kami sempat berbual2 laa!
she asked me, where i came from n 2-3 more questions.
sgt happy!

namun
satu benda yang saya nak revealed kat sini!

walaupun smua orang taw, beliau tu super star yang mmg superb
tp sewaktu acara tu, dy sangat humble
bayangkan artis no.1 malaysia,
masih lagi beratur untuk daftar sebelum acara bermula,
dan kemudian pihak penganjur bagi dia ruang untuk daftar awal.
dya tak bising2 atau marah2.

another thing, sbg artis, dikerumun peminat tu dh jd lumrah kan...
siti nurhaliza, msih setia melayan peminat2nya
tanpa mengira bangsa, agama malahan tanpa bias disebabkan keturunan dan golongan
dia layan semua peringkat
tua,muda, pelajar, datin, semua laaa

dari situ sy belajar sesuatu

" walaupun kita telah berada di puncak atas , jangan lah lupa pd yg dibawah kerana tanpa sokongan di bawah, yang atas akan tersungkur ke bumi"

honestly, before this
sy bukan peminat siti nurhaliza
tp
sekarang
sy MEMINATINYA kerana KEPERIBADIANNYA!

Sunday, May 30, 2010

janin yg malang


tak terucap kata2 bila tgk video klip ni. memang menyedihkan dan menyayat hati.
tersentap dgn kerakusan manusia. hidup bertunjangkan nafsu semata2.

bila tengok video ni, rasa sakit sangat2.
menitis air mata

tolonglah,
jika anda telah terlanjur, janganlah tambah dosa lg.
berilah mereka peluang untuk menikmati hidup!

TAPI

yang paling penting
JANGAN HAMPIRI ZINA!


p/s : video ni ada unsur2 kengerian.

Wednesday, May 26, 2010

wanita benci bila lelaki......

1. MENINGGIKAN SUARA

Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

2. MAIN KAYU TIGA

Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.

3. SUKA ‘CUCI MATA’

Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!

4. MENGONGKONG

Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka… Macammana tu?

5. EGO

Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.

6. MENIPU

Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.

7. PERASAN

Aduhaiii… lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu… Ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji…

8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI

Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih… Egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.

9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN

Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.

10. CEMBURU BUTA

Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!

11. MATA DUITAN

Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki spedo’. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan… apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!

12. KOMITED TERHADAP KERJAYA

Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa…

13. PANAS BARAN

Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!

14. KAKI MEROKOK

Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.

15. PENGOTOR

Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah… hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.

16. GELOJOH

Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?

17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN

Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.

18. TIDAK TAHU MEGHARGAI

Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

19. PUTAR BELIT

Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.

20. SUKA KONTROL MACHO

Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga


( from majalah Remaja)

personal view: kalau wanita sering gunakan alasan "Saya tidak sempurna" , pd saya begitu juga lelaki.

sebab tu Allah ciptakan makhluk berpasang-pasangan.

Tujuannya, supaya kita dapat melengkapi antara satu sama lain.

yg penting saya percaya ini

" Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik, begitu juga sebaliknya"


amek la intipati dari crte ini!

Saturday, May 1, 2010

checklist untuk perempuan!

sedang asyik saya mentelaah buku TORT (disebabkan exam yang bakal menjelang)
tiba2 hati tergerak nak baca majalah NUR keluaran dolu2... Julai 2009.
konon2 nak take 5 laa kn. belek punye belek... tiba2 ada satu check list yang sgt bagus utk perempuan.... check list ni dalam ruangan Dr. Hm Tuah Iskandar.

kepada wanita2, silalah semak di mana anda berada berpaksikan ungkapan2 ni:

1. wanita sejati bukanlah dilihat dari kecantikan paras wajahnya, tetapi dari kecantikan hati yang ada di baliknya.

2. wanita sejati bukanlah dilihat dari bentuk tubuhnya yang mempersona, tetapi dilihat dari sejauh mana dia menutupi tubuhnya.

3. wanita sejati bukanlah dilihat dari begitu banyak kebaikan yang diberikannya, tetapi dari keikhlasan dia memberikan kebaikan itu.

4. wanita sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah bunyi suaranya, tapi dari apa yang mulutnya sedang membicarakan.

5. wanita sejati bukanlah dilihat dari keahliannya berbahasa, tapi dilihat dari cara bagaimana dia berbicara.

6. wanita sejati bukanlah dilihat dari keberaniannya berpakaian, tetapi dilihat sejauh mana dia memperteguhkan kehormatannya.

7. wanita sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang dialami, tetapi dilihat dari sejauh mana dia bersyukur dalam menghadapinya.

8. wanita sejati bukanlah dilihat dari sifat mudahnya dalam bergaul, tetapi sejauh mana dia mampu menjaga kehormatannya dalam bergaul.

9. wanita sejati bukanlah dilihat dari kekhuatirannya digoda, tetapi dilihat dari kekhuatiran orang jadi tergoda.

saya suka yang no.8 tu... NO SPECULATION k!

.papai.
.:2b.cntnue:.
 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork