Saturday, June 26, 2010

Halal tapi dibenci



aduh sedih sungguh bila mendengar berita ini.
entah mana laa silapnya....
artis dan penceraian seperti dah jadi lumrah!
kalau ditanya artis2 soalan yang cepu cemas cam
" kenapa mesti bercerai?"
pasti mereka akan jawab
" cerai ni terjadi pada semua lapisan masyarakat, cuma sebab kami ni Public Figure, thats y la penceraian kami mendapat liputan"

wahhh! saya dah hafal dah ayat standard artis.

apa yang saya nak highlight kat sni, bukan golongan mana yang banyak berpisah tp kenapa cerai itu seolah2 menjadi satu bahan mainan.

saya ada terbaca artikel dari JAKIM yang telah menyenaraikan antara punca-punca penceraian:

i) Salah seorang pasangan atau kedua-duanya meneruskan kebiasaan
tingkah laku dan sikap yang tidak sesuai dengan alam perkahwinan.
Bertindak bersendirian tanpa mengambil kira kesan kepada pasangan atau
perkahwinan. Membiarkan pasangan membuat tindakan secara sendirian.

ii) Penguasaan kefahaman terhadap agama berhubung dengan kehidupan
suami isteri kurang atau keluar daripada tuntutan Islam sebenar (kesan
kepada nilai dan personaliti).

iii) Pengurusan ekonomi rumah tangga tidak diuruskan mengikut konsep
kehidupan berumah tangga Islam iaitu berkongsi, bertolak ansur dan
mengutamakan yang utama.

iv) Pengurusan cara hidup keluar dari kawalan sosial dan syariat Islam seperti
minum arak, judi, menyalahgunakan dadah, berzina dan sebagainya.

v) Pengurusan hubungan dan komunikasi dengan pasangan dan keluarga
tidak lancar seperti mengutamakan diri atau keluarga sendiri lebih
daripada pasangan atau keluarga pasangan. Tidak mengambil berat
terhadap kesihatan, kebajikan pendidikan dan keperluan emosi ahli
keluarga.

vi) Menghadapi masalah peribadi yang tidak dapat dikongsi bersama
pasangan, mempunyai personaliti mendekat menjauh atau menjauh
menjauh seperti pemarah (emosional), cemburu buta, mendera dan
mementingkan perasaan sendiri.

vii) Salah seorang pasangan menghadapi masalah kesihatan seperti penyakit
yang menghalang berlaku hubungan jenis dalam jangka masa yang terlalu
lama, mempunyai nafsu seks yang terlalu tinggi atau lemah.

viii) Gagal mengimbangi tumpuan perhatian serta masa kepada pasangan dan
rumah tangga, lebih mementingkan kerjaya atau lain-lain kegiatan luar
rumah. Tidak dapat memahami budaya kerja pasangan.

ix) Pasangan tidak dapat mengawal pengaruh luaran daripada pergaulan
(kawan-kawan), persekitaran dan keluarga dalam membentuk atau
mencorak kehidupan suami isteri.


pantang salah sikit, cerai.
asal gaduh kecik2 pun, lafaz cerai.
anda tak penah pikir ke pasal anak2??
kasihan mereka.

ye. saya buat entry ni disebabkan kasihan dengan penceraian Anne Ngasri dan Wafi.
memang Anne kata, dia dah redha dengan ketentuan ni tp apa yang lebih sedih Anne sedang berbadan dua.

besar cabarannya tu...

tapi
semoga Anne dan semua ibu tunggal di Malaysia tabah menghadapi dugaan hidup

"Talak: Perkara Halal yang Paling Dibenci Allah"


No comments:

Post a Comment

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork