Saturday, August 21, 2010

Kita Patut Berubah



Sekarang ni kecoh hari-hari masalah pembuangan bayi kat Malaysia.
Tiap2 pagi, bila saya buka paper... for sure muka depan kes orang buang bayi.
semakin baca, semakin rasa manusia bukan manusia. bukan juga binatang kerana binatang juga sayangkan anaknya.... jadi golongan apa mereka ni? susah untuk diklasifikasi.

Kita sering menuduh, perempuan-perempuan yang membuang bayi di luar sana sebagai perempuan jahat, manusia tidak berhati perut, takde kemanusiaan dan macam-macam lagi. tapi pernah tak kita terpikir, apa sebab utama mereka-mereka ni buang bayi?

perasan atau tidak, salah satu sebab utama pembuangan bayi adalah disebabkan sikap masyarakat sendiri. ya... sikap kita sendiri. bagaimana?

kalau dalam sesebuah kampung, misalnya anak PAK A mengandung hasil luar nikah, saya pasti bukan setakat satu kampung yang tahu berita tersebut, malahan satu Malaysia juga boleh tahu bahawa anak Pak A mengandung luar nikah. bila berita dah tersebar dari mulut ke mulut, mustahil berita sebenar yang disampaikan, pasti ada tokok tambahnya. maklumlah... untuk penyedap cerita. akhirnya, berita yang disampaikan bukan berita tetapi FITNAH semata-mata.

sedar atau tidak, sikap masyarakat yang suka menyebar FITNAH dan menokok tambah menyebabkan anak Pak A tertekan dan malu untuk berdepan dengan masyarakat. cuba kita letakkan diri kita di tempat beliau. Dalam keadaan tiada suami di sisi, keluarga yang mula menyalahkan diri sendiri ditambah pandangan dan kata-kata sinis masyarakat..... apa yang agaknya anak Pak A lakukan untuk menutup malu? sudah tentulah dengan cara mudah, menggugurkan kandungan atau membuangnya sahaja.

lihat tak kesannya? bukan tu sahaja.... jika anak Pak A berhasrat untuk tak mengugurkan kandungannya, atau membuang bayi tu kelak...... atau lebih senang anak Pak A berniat untuk membesarkan bayi tersebut.... anda rasa adakah bayi tu akan hidup tanpa cemuhan?

TIDAK...memang TIDAK. masyarakat akan tetap mengutuk dan menolak bayi tu dalam hidup mereka. kalau besar pun, anak tu akan dicaci dan dipandang sinis oleh kita semua (masyarakat).

kasihan anak Pak A..... dalam dilema......

saya memang menyokong hasrat kerajaan untuk menjalankan hukuman bunuh kepada mereka yang membuang bayi, tapi bila saya fikir semula.... kadang-kadang, pemikiran masyarakat Malaysia perlu diubah. ini bukanlah bermakna kita membiarkan zina bermaharajalela, tapi bukankah setiap orang wajar diberi peluang kedua?

disebabkan itu, saya fikir, kita perlu menerima bayi luar nikah ni, kerana mereka tidak bersalah dalam hal ni. Setiap bayi yang dilahirkan kedunia itu kan suci dan pembawa rezeki... janganlah memandang sinis pada mereka apabila dewasa. terimalah mereka seadanya dan janganlah palitkan dosa ibu bapa mereka pada diri mereka. kita bentuk mereka menjadi insan yang sempurna akhlaknya supaya peristiwa lama tidak berulang lagi.....


*hanya sekadar buah fikiran....

No comments:

Post a Comment

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork