Monday, August 16, 2010

Ramadhan Lalu......



Alhamdulillah, Allah beri kesempatan pada kita semua untuk masih bernafas di Bulan Ramadhan yang penuh barakah ni.....Semoga Ramadhan kali ni membawa kita menjadi Muslim yang berkualiti~

Bila menjelang musim bulan puasa ni, saya masih tak boleh lupa peristiwa Ramadhan yang lalu. Kisah yang telah setahun berlaku tapi saya pasti seluruh ahli keluarga saya tak akan lupakan sampai mati.

Ramadhan Lalu.... mak menaggung dugaan dari Pencipta. Kesakitan yang tak tergambar dengan kata-kata. Bayangkanlah, waktu tu, first time saya dan adik berpuasa jauh dari family. kami bertiga tiada di rumah sepanjang Ramadhan. Ayah pula baru bertukar kerja ke Johor Bharu. Jadi tak de sapa2 di rumah melainkan mak dan mama(makcik yang menjaga saya sejak kecil). Penyakit mak susah untuk dideskripsi oleh doktor. Bukan darah tinggi mahupun penyakit jantung. Tapi mak mudah sesak nafas. Bayangkanlah, mak sedang duduk je.... denyut jantungnya menyamai orang yang sedang berlari. Jadi kalau mak berjalan, denyut jantungnya selaju mana??? tak terbayang kan....

Ramadhan Lalu.... hati kami tiga beradik yang di "perantauan" ni langsung tak tenang. Setiap kali skrin handphone paparkan nombor telefon ahli keluarga terdekat, jantung mula kencang macam nak pecah dibuatnya. Menggigil bila nak jawab panggilan atau baca mesej. Fikiran terus melayang kepada benda yang bukan-bukan. Ya Allah.... sumpah! jika di saat itu kematian datang menjemput mak, saya belum bersedia..... sebab masih lagi belum puas bermanja dan memanjakan mak......

Ramadhan Lalu..... saya mengambil alih tugas mak untuk membuat persiapan raya. Dengan baki duit PTPTN yang ada, saya belikan mak tudung, sarung kusyen, set gelas dan beberapa lagi kelengkapan raya. kami buat persiapan ala kadar saje. malahan untuk kuih raya, saya dan ayah beli lebih kurang lagi 3 hari nak raya.

Ramadhan Lalu.... pernah satu malam tu, mak call dan bagitau yang mak dah tak tahan dengan sakitnya.... saya serta merta call akak saya dan merancang untuk balik ke Kluang malam tu jugak.... sedangkan jam dah 11.30 mlam..... tapi akak suruh saya sabar... sebab kalau balek tengah malam agak bahaya bagi perempuan untuk ke Puduraya.

Ramadhan Lalu.... pada Subuh Aidilfitri... sekali lagi mak sesak nafas ketika sedang masak juadah Hari raya. mak terbaring di dapur menahan sakit dan saya mengurut dada mak berulang kali. waktu tu, suara ayah sedang bertakbir di masjid.... air mata dah bergenang.... hati berdoa dan minta pada Allah supaya panjangkanlah umur mak dan kami nak sambut lebaran dengan mak......


Ramadhan Lalu....Alhamdulillah.... doa kami dimakbulkan Allah, pada 4 Syawal, kesihatan mak beransur pulih dan semakin sihat. Mak dan kembali seperti biasa dan boleh bersama dengan ahli keluarga yang lain. waktu tu, barulah semangat sikit nak beraya rumah sanak saudara.....

Mak, moga dugaan Ramadhan Lalu.... membersihkan kita semua dari dosa-dosa lama dan semoga mak panjang umur dan sihat selalu.... dan dapat bersama kami bertiga selamanya....

16 Ogos 2010

Ramadhan Kini.....

No comments:

Post a Comment

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork