Tuesday, November 30, 2010

Hantu Sana Sini. Muak-lah!

Salam semua.

Korang suka tengok movie hantu/seram/ngeri dan sebagainya tak? Alaaa aku tau ramai yang minat. Haaaa jangan tipu, jangan tipu! Nanti Allah marah tau tipu-tipu ni. Tak baik tau! hehehe.... Apa nak malu? Takut orang kata cam budak-budak? Atau pengecut? Rilek je. Itukan normal ada perasaan takut. Sapa takde perasaan takut, bukan manusia normal. Boleh kan?





Sekarang ni, aku tengok industri filem dan drama serta yang sewaktu dengannya (sorilah tak berapa pasti cabang-cabang industri seni ni...) asyik keluarkan cerita-cerita yang berunsur mistik ni. Aku pun tak berapa pasti apa sebabnya. Nak kata keuntungan yang diperoleh bila buat cerita cam ni lebih banyak, tak jugak sebab  kalau nak dibandingkan box office filem Malaysia masih lagi cerita cintan-cintun kan? Ataupun ni satu fenomena. Maklumlah, orang Malaysia. Sesuatu perkara tu akan jadi satu trend & kebiasaan sebab ramai orang yang berlumba-lumba buat benda yang sama. Contohlah, kalau korang semua prihatin dan mengikuti isu semasa kat negara kita ni. Kalau musim orang buang baby, sebulan surat khabar, muka depan pasal tu. Than, bulan seterusnya, kes anak buang mak atau ayah.... haaa mulalah berduyun-duyun orang tua dibuang tepi jalan lah, tepi longkang lah, letak rumah kebajikan lah. Pastu, cam dah basi sket timbul plak kes suami dera isteri. Teruk punyeeeer!!! Pijak perut, kelar dan tikam yang dasyat semua tu dengan alasan yang tak munasabah! Korang perasan tak trend macam ni melanda Malaysia? Kalau perasan, Tahniah lah! Korang memang  warga prihatin. Clap! Clap! Clap!

Perkara yang sama jugaklah berlaku dalam industri seni filem dan drama Malaysia. Kadang-kadang aku naik muak sebab kerap sangat disajikan dengan cerita-cerita mistik. Semua nak cerita pasal hantu. Macamlah hantu tu banyak sangat kat Malaysia ni. Kira sekarang ni, pelakon-pelakon hantu tengah busy korang! Busy shooting sana-sini. Tak menang tangan! Masa raya aidilfitri hari tu, semua stesyen tv kuarkan cerita hantu. Siap ada yang  ditayang sama lagi untuk 2 stesyen tv. Tak habis-habis. Ada je hantu yang nak difilemkan. Kalau tak hantu, cerita dongeng dibuat modal. 




Aku pelik, kenapa pengarah Malaysia nak sangat orang kita ni tau pasal benda mistik ni? Apa motif mereka? Menakutkan kita semua? Nak kita semua explore dunia mistik tu? Atau nak bagi pengajaran pada kita semua? Aku cukup meluat jugak lah sebab kebanyakan jalan cerita semua sama. Susah nak mati lah, kena ganggu dan rasuk lah, saka lah, nak mintak waris lah, balas dendam lah. Semu sama!  Dan yang paling aku tak boleh terima bila ada adegan-adegan yang memuja-muja! Baca mantera ntah apa-apa. Serabaikan diri macam orang gila dan konon-konon hebat ada kuasa. Apa sebenarnya ye yang mereka cuba tonjolkan? Si pelakon tu tak rasa berdosa ke buat cam tu? Maksud aku keimanan mereka! Fikirlah korang! Cerita Melayu semua sama!!!! Sorry to say, most of them are RUBBISH!



Kalau alasan mereka (pengarah) adalah untuk kita kenal dan explore dunia mistik ni. Aku sangat-sangat nak gelak! Gelak guling-guling lah senang citenya. Kenapa? Korang baca maksud surah ni dan fahamkan....


surah Al-Araf ayat 27 yang bermaksud


" Sesungguhnya syaitan dan kaumnya melihat kamu didalam keadaan kamu tidak dapat melihat mereka"



Aku rasa ayat ni dah jadi satu bukti kukuh dan sahih. Allah dah tutup mata kita dari melihat benda tu semua, jadi tak yah la sebok-sebok nak tonjolkan macam mana rupa paras benda tu. Tak elok untuk anak-anak dan masyarakat Malaysia. Allah hijabkan mata kita dari melihat semua tu ada baiknya. Aku percaya, kalau korang semua boleh tengoklah cemana rupanya, korang mesti rela mata korang buta tau! 

Aku tulis entry ni bukanlah aku nak suruh korang tak percaya dengan benda tu semua. Salah tu. Kita WAJIB PERCAYA PADA BENDA GHAIB. Kan itu rukun iman kita. Tapi biarlah kita percaya pada benda ghaib yang dianjurkan dalam agama kita. Bukan benda karut cam tu! Dunia semakin moden, tapi pemikiran kita masih lagi disogok dengan benda mundur macam tu! 

Aku harap para pengarah Malaysia, keluarkanlah idea baru yang membawa lebih banyak kebaikan dan pengajaran kepada penonton Malaysia. Secara serius, aku sangat bosan dan muak dengan cerita-cerita hantu! Aku percaya, kalau jalan cerita bagus, pelakon hebat dan pandai bawak watak, serta camera shot yang bagus, mesti filem/drama korang meletops jugak walaupun bukan trendnya!


Kita kena berani melawan arus kalau itu yang lebih baik! Sekali lagi ini sekadar pandangan aku. Nak setuju atau tidak, itu atas pilihan sendiri. 


24 comments:

  1. huhu...btol3...baru2 ni de review cte antu janin tu ape tah...elok utk ibu2 muda yg suke buang anak ni tgk..kan2?
    happy blogging!

    ReplyDelete
  2. stuju ngan opinion awk..msia dh ketandusan citer, dr drama kt tv xmpai filem sume citer antu, pastu sore antu yg jerit2 sama jer ngan citer hantu jgn pndang belakang...walhalnya banyak kisah masyarakat yg bley dikupas n dijadikan pengajaran..lebih baik tngok citer rajnikath yg memg paparkan kisah sebenar masyarakat di india

    ReplyDelete
  3. hm..lebih suka filem thriller daripada seram, filem thriller mengajak penonton berfikir, filem seram ajak penonton berkhayal dan taksub

    ReplyDelete
  4. cerita tu je yang laku kek m'sia nih..hantu , dendam, cintan cintun,
    kalau buat cite hindustan kang ..janggal plak
    tgk je la cite 2 alam..bajet untung 40Juta..skrg apa cita?
    setiap kali time panggug tak lebih 10 org yg beli tiket...
    apo kato cito jgn pandang blkg congkak 3 ? plg tidak pun setengah panggung..ekekekek
    realiti cite melayu....huhuhu

    ReplyDelete
  5. sorry to say juga di sini..saya rasa sinetron indon lagi best dari cerita rakyat malaysia..SERIUS!! i mean bukan citer indon yg tv3 keluarkan okey..ni cerita indon kat astro...contoh macam JANGAN BENCI BILANG CINTA, SAFA MARWAH, dan macam2 lagi..kenapa saya cakap macam tu?..sebabnye citer mereka semua berkisar kepada kehidupan realiti masyarakat..dan jalan cerita yg betul2 feeling... cerita malaysia pulak?? asik2 cerita cinta, orang kaya, dendam, hantu, mat rempit, seks, bohsia, ... ntah ape2......haishh

    ReplyDelete
  6. fathiah farid: apa yang direview kadang-kadang buat kita takut untuk jalani hidup ni kan...

    ReplyDelete
  7. nisa: stuju jugak dengan awak. saya selalu layan cerita luar negara. pengarah dorang lebih bijak dalam ketengahkan isu-isu masyarakat.
    pengarah kita, smua ikut je idea yang sama kan....

    ReplyDelete
  8. tengkorak emas: kalau nak buat filem, buatlah betul2 kaw. baru seronok kita tengok dan tak lah rasa membazir je pg wayang...

    ReplyDelete
  9. apek poyo: penonton di malaysia sekarang ni smakin bijak. kita perlukan filem yang berkualiti dan ada standard yang bagus dalam menggambarkan rakyat malaysia. Kalau orang luar tgk trend filem kita, mesti dorang kata kita ni taksub sgt dengan mistik kan! haiiisssh.....

    ReplyDelete
  10. feez-hafizah: betul kan. selalu sangat paparkan citer orang kaya. hahaha... pastu cite pasal dendam. semua sama. siap boleh agak lagi kesudahan cite tu kan!

    ReplyDelete
  11. xnak masuk blog ni :(
    ade hantu :(..
    tp trmasuk dah dua kali :(
    sedih tulla awak ni..
    sob3x..

    ReplyDelete
  12. lady bird: alaaa janganlah cam tu... meh2 masuk blog i... blog i takde hantu... i happy kan u k~

    ReplyDelete
  13. huhu..xsuka citer hntu.ntah pape ntah.cmne la pemikiran masyarakat nk maju kalau cikit2 bg citer tahyul.

    ReplyDelete
  14. hurm..mira tak suka tengok cinte hantu sekarang ni.. selain takde pekdah.. memang menyusahkan hati je..

    ReplyDelete
  15. cik miera: i loike u laa... kalau setiap masa kita didedahkan dgn cte hantu, sampai bile pun tak maju kan!

    ReplyDelete
  16. amira: itu kita yang dah dewasa pun tkut ble tgk cte hantu, ape tah lagi budak2 kecik!

    ReplyDelete
  17. ferry: korea... pun fenomena baru Malaysian!

    ReplyDelete
  18. cerita hantu malaysia bosan !
    tapi kalau tengok Siam punya memang seram.

    ReplyDelete
  19. elmog: stuju 200%... siam mmg kaw-kaw!

    ReplyDelete
  20. mak aii takutttnya,apatah lg tgk tengah2 mlm nih,boleh mengigau nanti!

    ReplyDelete
  21. teratai: tak yah aaa tgk lelama~ heheh insya allah takde pape~

    ReplyDelete
  22. dni lama tak tengok filem.. habis exam nak qada :D

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork