Saturday, November 6, 2010

Inilah Hometown Aku!

Selamat pagi semua!

 Sekarang ni aku otw nak ke bandar sekejap. sebenarnya tujuan utama nak belikan pisang salai yang dikirim oleh pensyarah kakak aku. maklumlah kat KL, bukan senang nak dapat kerepek, maruku dan makanan kudapan lain. kalau ada pun, mak oiiii mahalnya!!!! berkali ganda dari yang ada di Kluang , Air Hitam dan Parit Raja ni.





pic courtesy: www.batu pahat.org

   FYI, Air Hitam & Parit Raja memang merupakan salah satu pusat pengeluaran untuk segala kerepek kat Malaysia ni. Hasil  tanah cam ubi kayu, pisang, dan keledek buatkan penduduk tempatan jadikan tu semua sebagai sumber rezeki mereka. bukan tu je taw, Air Hitam dan Parit Raja jugak terkenal dengan barangan seramik, barangan hantaran perkahwinan & bunga! kalau musim perayaan atau musim cuti sekolah mak oi memang sesak tahap cipan laa kat area tu!


   Kerepek ni memang sedap dimakan waktu-waktu tengah tengok tv ke, minum petang, study dan sambil lepak-lepak dengan kawan. selalunya, kalau aku balik ke kampus memang tak sah kalau tak bawak balik kerepek ni. ada gak kawan-kawan yang kirim belikan kerepek yang dorang suka! Insya-Allah takde masalah la bagi aku kalau nak bawak balik ke kampus asalkan jangan yang 5-10 kg punya sudah! hehehehe memang gigih laaa aku nak pikul dari Bukit Jalil tu kan!


mungkin ada yang tak tau Air Hitam tu kat area mana kan? Senang jer, tak jauh mana pun. Keluar je dari Highway Air Hitam tu, ke kanan menghala ke Kluang (my home) dan ke kiri menghala ke Ayer Hitam & Parit Raja. Daripada tol ke Air Hitam tu dalam 5 minit dan ke Parit Raja dalam 10-15 minit. Tak jauh kan! Kluang- Air Hitam/ Pari Raja dalam 30-45 minit. Aku selalu jer ke sana sebab kampung sebelah mak kat Parit Raja. So, I'm purely JOHOREAN okeh!

hmmmm.... sebelum terlupa, ada satu lagi tarikan yang memang sinonim kat Johor ni iaitu Kopi Stesen. Penah dengar tak??? ataupun sekarang ni nama glamer dia KOPI RAILWAY. fuh.fuh.fuh!!! memang lazat taw!!! bagi 5 bintang laaaa! kopi ais dia memang mengancam beb! buat tak tido malam! tambah pulak makan dengan roti bakar, aduh! aduh! aduh! memang masyuk!!!!



ni kedai yang pertama dan sekarang dah ada 2 cawangan baru di Bandar Kluang


pic courtesy: makan malaya.com

pic courtesy: makan malaya.com







  Apa yang lebih menyedapkan kopi stesen ni, biji kopinya dimasak sendiri oleh pemiliknya dan ia merupakan satu tradisi turun temurun oleh keluarga Lim Heng Yong yang mula membuka kedai kopitiam ni pada tahun awal 1938. Lebih kurang jer dengan penubuhan sekolah lama aku Kluang High School atau dulu dikenali sebagai Government English School. Bukan sekadar Orang Kluang je taw yang meminati kopi stesen ni malahan Keluarga DiRaja Johor pun minat minum kopi stesen ni!  

pic courtesy: Berita Harian
   Sememangnya memang tak dapat dinafikan lah keenakan dan kelazatan Kopi Stesen Kluang ni. aku sendiri, kalau balik ke Kluang tak sah kalau tak singgah minum dan lepak-lepak kat Kluang Railway Station ni. tempat yang paling sesuai untuk borak lama-lama! haaaa....pada orang KL yang teringin nak rasa nikmatnya kopi stesen & roti bakar Kluang ni, salah satu cawangannya yang aku penah jumpa ada di IKANO, Mutiara Damansara area IKEA. selalu korang g IKEA makan MeatBall kan, pe kata sekali sekala ubah selera makan Malaysian Foods. Kopi & Roti Bakar! 
Memang Lazaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaat!!!!!!!   


Sebagai Anak Johor, aku bangga dengan HOMETOWN AKU!

2 comments:

  1. kopi kluang terbaik ahh!! lama xmkn roti bakar dy. perh, seyes superb! lbh ske gerai yg kt stesen 2 dr yg kt bndr ni. lbh klasik..!! :)

    btw, good luck dear 4 ur final exam!

    ReplyDelete
  2. fiza: taw tak pe... memang boleh gian kan kalau tak dapat mnum kopi ni bila dah sampai kluang!!! heheheheh.....
    yang kat stesen tu mmg ori punyer!

    thank you darling!

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork