Monday, November 22, 2010

Kenapa Perempuan Cantik Masih Single?

Salam semua

Korang perasan tak, sekarang ni ramai perempuan yang cantik-cantik single mingle? Kalau dah cantik single, apetah lagi yang tak cantik macam aku ni haa kan... memang single aaaa! hehehe...Aku sendiri kadang-kadang pelik, kenapa ek muka cun, badan solid molid, sopan santun, budi pekerti tip top, bijak bestari lagi senang cite memang complete set lah... tapi masih lagi single. Ape susah sangat ke nak mencari cinta ni?




Pernah lah jugak satu masa dulu aku bertanya kat seseorang yang pada mata aku dia memang perempuan cantik. Aku tanya lah pada dia kenapa sampai sekarang dia masih single sedangkan umur semakin menganjak... Simple je jawapannya.... 


" Nak yang matang dan kaya, tapi dah tua! 
            Nak yang berpelajaran & berkerjaya, tapi untuk dating takde masa!
  Nak yang baik  pekerti, hormat menghormati, tapi laki orang rupanya! 
Nak yang baik, ada masa untuk kita,
 tapi stay pulak dalam pusat serenti atau kat penjara,
  Nak yang hensem muka cute macam baby, 
tapi sekali SUKA LELAKI

Pergh... memang  padat dan mutakhir laa jawapan dia tu. Memang disukai ramai. Senangnya aku conclude kan, bukan senang sekarang ni nak cari lelaki yang betul-betul berkualiti. Maaflah lelaki, ini bukan Gender Bias ye tapi sekadar menganalisis apa yang kerap terjadi sekarang ni. 

Aku masih teringat masa STPM, ada seorang cikgu lelaki bagitau kat aku & kawan-kawan kelas aku. Katanya kalau nak cari suami, biarlah yang baik dari zaman remaja lagi sebabnya benih yang dibawa tu akan jadi zuriat kita nanti kan.... jadi kalau dari muda, si lelaki dah bertugu tangga kat kelab-kelab malam, rasa-rasa koranglah, anak korang ke masjid atau ke kelab malam jugak? 

Walau apapun, aku percaya pada ini:
 Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji. Sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. [Surah al-Nur, ayat 26]

So simple, BE THE BEST TO GET  THE BEST!  -no offense-


p/s: ni pun peringatan pada diri aku sendiri jugak!



13 comments:

  1. hehehe... memang leh dapat A+ laa kan!

    ReplyDelete
  2. hehehe... memang leh dapat A+ laa kan!

    ReplyDelete
  3. nice one!
    i follow youuuu. thanks melawat!

    ReplyDelete
  4. i x cntik n no wonder lah i single kan?
    T____________T

    ReplyDelete
  5. fatin: thank you so much to be my follower! keep in touch!

    ReplyDelete
  6. intan: cantik tu ada pada semua orang! yang penting percaya pada diri sendiri. jadikan diri yang terbaik dan insya-Allah adalah jodoh yang baik utk kita kan!

    ReplyDelete
  7. aku single. so, aku perempuan chantek lah? *bimbo kejap*

    ReplyDelete
  8. shafiq:

    aku lupa plak

    * ENTRY NI TAKDE KENA MENGENA NGAN LELAKI CANTEQ~!!!

    ReplyDelete
  9. kalau suka, sila tepuk tangan laju2!
    heheheh... sy pun suka jawapan padat tu!

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork