Sunday, November 21, 2010

Rossa ciplak lagu Shah & Ella?

Salam semua

Baru je sekejap tadi usha-usha entri baru dari intanurulfateha. Kat entry baru dia tu ada diupload satu video lagu. aku pun g laa klik & dengar....

Aik...Aik... Aik....cam pernah dengar je lagu ni? Lagu ni lagu baru ke atau dibarukan???

Cubalah korang dengar!  KU MENUNGGU by ROSSA 






Haaaa.....sama tak sama tak dengan lagu KU MERINDU by Shah ft. Ella?


Sama laaa beb! Adoyai..... ni yang tak best ni..... Aku tak tau laa sapa tiru sapa... atau sapa ciplak sape. Tapi bab tiru meniru ni amalan tak mulia beb. Lagi-lagi aku ni sekarang dalam mood peperiksaan. Memang kena kick laa sapa-sapa yang tiru ni.... 

Sebab setahu aku satu masa dulu pun kecoh jugak kes lagu Fauziah Latiff-  Setia Kukorbankan  yang mana lagu dia cedok lagu si Mariah Carey, My All. Memanglah minah omputeh tu tak tau sebab dia bukannya dengor lagu orang Malaysia ni, tapi peminat & pendengar tau kot. Bukannya rakyat Malaysia ni deaf tone kan....




Tak salah kalau kita nak dapatkan idea daripada lagu-lagu lain.Tapi tak bestlah kalau cedok,copy & paste. Takde variasi dan tak nampak laa perkembangan dunia seni tanah air. Korang pun mesti marahkan kalau hasil kerja korang ditiru walaupun sikit-sikit. So elakkan laa plagiarism! Amalkanlah hasil kerja & karya yang bermutu fresh dari ladang!!!!  Oooopsss tiru gaya Nabil plak! hehehe... ini bukan plagiat ye!


P/s: ni sekadar personal view ya....(maklumlah sekarang musim saman-menyaman)

4 comments:

  1. cikgu ainura- tulllaaa.... sy dgr skali je pun dah teringat trus lagu ni ciplak!

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork