Monday, November 22, 2010

Sekadar Stage 3 daaa.....

Salam semua


Memalam buta ni sebelum aku g berperang... nak update sket laa blog aku ni.
Korang ingat tak pada contest yang dianjurkan oleh Cik Bulat. Contest BFF yang aku penah join. Kalau korang tak ingat tak pe, aku tak mara pun, korang leh baca CONTEST MY BFF untuk tambah maklumat! ewah! hehehe....


Btw, as usual... aku kalah laa bai~ hehehe... sedeh? of coz laaa.... tapi takpe... peluang belum tertutup. Ada banyak lagi contest anjurang para blogger yang baik hati. Yang penting jangan putus asa okeh! Sebab putus asa tu amalan yang sangat tidak disukai dalam agama. (bagi ceramah lagi siap ni.....)


Tapi ada sedikit peningkatan laa.... aku bangga jugak laa. Sebabnya, dalam contest ni, aku berjaya melepasi beberapa tahap sehingga terpilih ke peringkat ke-3. Wah, bukan senang tau nak masuk peringkat ketiga ni. Maklumlah saingan dahlah ramai... bukan calang-calang pulak tu. So, kira bersyukur jugak laa sebab aku berjaya melayakkan diri ke peringkat tu. Thank you ye Cik Bulat!




Rasanya masih belum terlambat untuk ucap tahniah pada para pemenang! Sememangnya korang layaklah! Tahniah.Tahniah & Tahniah. Doakan rezeki aku ada untuk contest-contest yang akan datang keyh! 

No comments:

Post a Comment

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork