Monday, November 15, 2010

Tribute to The Legend : P.Ramlee

Salam semua.




Korang mesti kenal ngan P.Ramlee kan? Sapa tak kenal, maka malanglah dirinya! Sebab lagenda tu lah yang dah banyak buat kita ketawa melalui filem-filemnya. Meneman kita dari kecik sampai ke dewasa. Berlarutan hingga ke anak cucu kita harapnya. Dia penuh dengan idea yang berunsur nasihat datang dari tingkah laku masyarakat sendiri. Sebab tu laa kita rasa dekat dengan filemnya.... sebab FILEMNYA ADALAH KITA!

Dan baru-baru ni, aku berkesempatan menonton Konsert P.Ramlee: Dimana Kan Ku Cari Ganti kat Channel 188 Astro Byond. Wow! Superb and big applause to them! Dengan musik orkestra! Memang touching sangat. Semua part best.... dan semua artis menjiwai nyanyian. Aku jugak suka part Salleh Yaacob bawak lagu Madu 3 dan lakonan Nora Danish, Rozita Che Wan & Rosnah Mat Aris. Memang sempoi!!! Rugi sapa tak tengok! Aku siap tengok History Channel 555 "Biography P.Ramlee" yang mana baru aku tau, pengorbanan seorang seniman dan harga yang terpaksa dibayar untuk jadi seniman bila ada yang cuba boikot dia. Owh sedih sekejap di akhir hayatnya! 

Aku rasa, artis-artis dan kita jugak patut contohi semangat kerja P.Ramlee yang jadi lagenda sepanjang zaman ni. Dedikasi, Displin dan Kemesraan yang dia tonjolkan masa bekerja perlu diikut. Kerja keras dan gigih untuk berseni dalam dunia ni.... bukan sekadar satu lagu @ berlakon satu episod drama , tayang badan sana-sini, gosip letap letup dengan harapan jadi Bintang Paling Popiler! Memang tak lah! hehehehe....

Lagu-lagu P.Ramlee pulak memang tak penah lapuk ditelan zaman. Setiap bait dan liriknya betul-betul ada jiwa. Ada feel tersendiri lah senang cerita. P.Ramlee seorang yang berpandangan jauh, contohnya seperti yang diberitahu dalam Biography dia tu, P. Ramlee pernah bagitau yang lagu "Dimana Kan Ku Cari Ganti" ni akan kekal terlalu lama lebih 40 tahun. Dan memang ya kan, lagu tu syahdu. Bila kita dengar, semua memori lama datang balik. Aku suka sangat pada ni ---> Tribute to P.Ramlee  by various artists. Satu gabungan mantap dan bikin hati terbuai-buai laaa beb!

Dan, aku jugak suka pada satu lagu lama yang diberi nafas baru....aku giler punya suka sampai jadi ringtone tu! jomla dengar lagu ni.... bikin aku senyum je!  ITULAH SAYANG by THE RAMLEES.

Aku masih terdengar-dengar kata-kata P.Ramlee dalam salah satu part Biography tu, 

"Kita perlu pelihara jenis-jenis musik yang ada seperti limbo,joget, zapin untuk anak cucu kita"

Besarkan jasa P.Ramlee pada industri seni. Dia bukan calang-calang orang. Penuh idea yang bersahaja tapi penuh dengan nasihat. Sampai sekarang ni, aku tak pernah bosan tengok filem-filem dia. Memang betul lah, P.Ramlee: Kau Tiada Ganti......


P/S: aku tengah layan concert HD Tribute to P.Ramlee kat sini....









No comments:

Post a Comment

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork