Friday, December 31, 2010

Aku Ada Duit Ni, Nak Buat Apa Ek?

Salam semua

Dah nak abes dah tahun 2010 ni kan....muncul pulak tahun 2011. Aku rasa semua orang pun merasakan yang memang masa begerak pantas. Tup...tup dah setahun. Bagi aku, tahun 2010 memang banyak kenangan dan pengalaman. Biasalah asam garam hidup. Bila mula tahun 2011 maknanya umur aku tambah lagi setahun. Jadilah 22 tahun. Bila usia semakin matang ni, semakin banyaklah pekara yang perlu aku buat. Tapi yang penting sekali aku nak capai impian untuk jadi lawyer. Semestinya tu dalam TOP LIST aku kan.... kekal selama bertahun-tahun kot. Insya-Allah. Nanti kalau aku jadi lawyer, korang ada masalah... apa lagi runding lah dengan aku! Hahahaha.... promote pulak (dah menyalahi etika ni.. tapi aku belum jadi lawyer lagi daaaaa)

Dalam pada aku menguruskan ayah, aku terpikir....
(sapa yang tak tau apa kes dengan bapak aku meh baca ni



" KALAU LAH AKU ADA DUIT SATU HARI NANTI, AKU NAK BUKAK RUMAH JAGAAN UNTUK PESAKIT STROK" 


Bukan apa, bila aku dah nak balek KL ni... susah hati aku nak meninggalkan mak sorang-sorang untuk jaga ayah. Maka, mak dah tak kuat. Aduh, lagilah aku serba salah. Tapi, pembelajaran aku kena teruskan. Jadi, tu yang datang idea nak buat rumah jagaan pesakit strok. Bila aku search kat internet, memang sangat sedikit pusat jagaan untuk pesakit-pesakit strok ni. Maklumlah, kerja-kerja amal memang kurang sikit mendapat perhatian daripada masyarakat kita ni. Dah nama pun kerja amal kan, maknanya memang takde gaji lah. Mungkin itulah sebab kot kenapa kerja amal kureng sikit di apply.... 


Bila aku ada rezeki nanti, Insya-Allah aku nak bukak rumah jagaan untuk pesakit stroke. Ada doktor, ada ahli terapi, ada nurse, ada pusat kaunseling dan macam-macam lagi kemudahan untuk mereka. Kata orang complete set-lah. Supaya mereka cepat sembuh dan boleh menguruskan diri seperti sedia kala. Sebabnya, pesakit strok ni perlu dirangsang dan dibantu. Kadar cepat atau lambat pemulihan mereka sebenarnya bergantung kepada kekuatan semangat pesakit tu sendiri.

Dalam menjaga pesakit / orang tua / OKU dan yang sewaktu dengannya ni, kita kena banyak bersabar. Memang kita penat dan boleh naik hangin jugak... tapi yer lah... dorang tak mampu nak uruskan diri sendiri. Kalau dorang boleh buat, mesti dorang tak suruh kite kan...Sabar...Sabar....

Aku rasa, kalau kita infaq kan rezeki kita ke jalan macam tu, insya-Allah semakin bertambah rezeki kan. Aku harap, niat suci murni aku ni dapat dimudahkan dan dimakbulkan-Nya. Meh laa korang, kalau aku bukak pusat jagaan cam tu join sama k! Sekarang ni pun korang leh bantu aku. Cemana? Senang je... Klik Nuffnang kat sebelah tu... heheheehehehehe

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing!



6 comments:

  1. happy new year
    hope all your dreams and wishes come true !

    ReplyDelete
  2. bersabarla

    ALLAH takkan uji hambaNYA kecuali ia benar2 mampu mengharungi dugaan itu~~~

    doa janga putus2 ok

    ReplyDelete
  3. miss ran: time kasih banyak. ye btul tu... memang semua dugaan ini mampu diharungi. Allah maha mengetahui kan.

    Sya tak kan putus doa!

    ReplyDelete
  4. Moga-moga impian dimakbulkan..

    Kalau Kak Nida pula nak buka tempat belajar yg khas dan canggih untuk anak-anak down syndrome, sebab salah seorang adik akak mengalaminya....

    ReplyDelete
  5. InsyaAllah, semoga Allah permudahkan :D

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork