Wednesday, December 22, 2010

Berbanggalah Kalau Anda Seorang Nurse!

Salam semua




Entry kali ni aku nak bagi penghargaan pada SEMUA NURSE @  JURURAWAT kat Malaysia ni. Eh, apasal pulak tiba-tiba je aku nak buat APPRECIATION ENTRY ni? Hari ni bukannya Hari Jururawat Sedunia kan. Tak! Memang tak.... sebenarnya, aku bangga dengan semua jururawat kat Malaysia. 



Pengalaman aku selama 6 malam kat Hospital Sultanah Aminah ni memberi aku banyak pengajaran dan baru aku tau macam mana susah payahnya menjadi jururawat. Seorang jururawat mestilah baik hati, penyabar dan yang paling penting lemah lembut. Kalau garang macam aku singa, jawapannya semakin ramai lah pesakit yang mati. Hehehehe....Seriusly, kakak nurse memang baik hati. Menolong pesakit tak kira masa. Masa kat wad hari tu, adalah jugak pesakit-pesakit terbiar yang ditinggalkan keluarga. Kira family memang dah tak jenguk langsung lah. Pesakit tu pulak dah tak mampu buat apa-apa. Makan, pakai, kencing, berak semua diuruskan nurse. Kesian jugak aku tengok kakak-kakak nurse ni. Terkejar-kejar dorang melayan semua pesakit. Yer lah, kalau lambat sikit kena maki & marah dengan pesakit. Kang nanti kalau buat kerja nak cepat takut tersalah pulak. Kena marah lagi dengan doktor atau ketua jururawat. Itulah cabaran mereka. Bukan setakat bagi ubat je tau keje dorang, kena amek darah, cek tekanan darah, cuci luka. Macam-macam lah. Tapi mereka tetap sabar dan berikan senyuman.

Cuma ada satu je pengalaman aku yang tak berapa BEST dengan kakak nurse masa kat Hospital Kluang. Pagi tu, ayah aku perlu buat City Scan (brain) kat HSA, JB. Jadi ambulans diperlukan untuk hantar pesakit. Masa tu, aku & mak aku je yang ada. Jadi, aku bimbang lah tak kan hanya mak aku je ke sana kan. Aku pun nak ikut jugak. Sebab mak aku dah tak berapa kuat. Aku pun pergilah bertanya kat sorang nurse yang sedang isi form guna ambulan tu...

Aku: Kak, boleh tak saya ikut sekali ke JB naik ambulans?
Nurse: Habis mak awak ikut tak?
Aku: Yerlah, mestilah ikut. Jadi, saya dan mak saya naik ambulans sama.
Nurse: Kalau bawak mayat je baru boleh 3 orang, setakat bawak pesakit sorang je.
Aku: (Just diam sebab masa tu aku kelam kabut nak uruskan ayah aku. Aku tak perasan pulak, ayat dia tu agak kurang manis. Kalau aku tau... dah lama aku bagi Kick sikit.....Sabar je lah kan.)

Pengalaman naik ambulans? Menurut mak aku lah kan.... 

" kalau nak beranak naik ambulans, boleh beranak kat situ jugak lah!" 

Dah, kenapa pulak kan? Mak aku kata, fuh.... kalah formula 1 pakcik driver ambulans tu bawak. Laju semacam. Tak hirau pun pesakit kat belakang. Jalan berlubang ke, selekoh tajam ke, dilanggar je lah.... janji sampai cepat. Ayah aku kat belakang yang sakit tu terlompat-lompat dibuatnya. Nurse yang sepatutnya pastikan keselamatan pesakit pun duduk depan dan dibiarkan mak aku sorang-sorang kat belakang. Haissssh~ tak patut, tak patut!  Tu yang kadang-kadang kita dengar ada kemalangan yang melibatkan ambulans. Janganlah macam tu kan. Memang betul kita nak cepat sebab kecemasan, tapi keselamatan pun perlu diutamakan. 



Walau apa pun, aku tetap berpuas hati dengan layanan dan perkhidmatan semua nurse & doktor pakar yang merawat ayah aku semasa di HSA, JB. Terutamanya buat nurse & doktor yang bertugas di Wad Dahlia 2 dan Wad Kelas Pertama. 

Tahniah & Keep up the good works!

5 comments:

  1. Tak semua jururawat tu garang.Pernah sekali masa dalam labour room,sorang nurse muda ni mukanya dah la serius,tak ramah langsung.Agaknya tensen pakwe tak ambil balik kerja kot he3.Nasib baik time tu syif nurse yang kerek tu dah habis,diganti dengan nurse yang sangat baik dan ramah.

    ReplyDelete
  2. kak jieda: memang pun. tapi disebabkan satu dua nurse tu laa nama baik nurse tercemar kan!

    ReplyDelete
  3. Nurse pun Org gak... Adela time2 die sedih, gembira n mcm2 la... So, kite sbg manusia kene memahami smue tu... Salute Nurse...

    ReplyDelete
  4. izham: bsela. sy pun paham. memang salute nurse

    ReplyDelete
  5. CT Scan...bukan city scan. CT Scan: computed tomography.

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork