Wednesday, December 1, 2010

Blogger Hebat Sombong?

Salam semua

Aku sangat teruja bila ramai yang comment entry aku kebelakangan ni. Terima kasih semua sebab sudi bagi buah fikiran dan feedback yang memberangsangkan dan secara tak langsung berkongsi pengalaman serta idea yang ada. Memang comment yang aku dapat taklah seberapa berduyunnya kalau nak dibandingkan comment dalam blog-blog yang lain. Tapi secara jujurnya, aku akan tersenyum dan HAPPY giler bila tengok angka-angka kat bahagian comment tu meningkat dari masa ke masa. Insya-Allah aku akan cuba balas semuanya dan bagi pendapat aku jugak. Aku balas comment korang semua sebab nak tunjuk yang aku sayang dan hargai korang semua. Sekali lagi, terima kasih banyak-banyak!!! Terharu mak nok!!!!!

BTW, tadi aku usha-usha lah sana sini beberapa blog. Aku tengok beberapa blog post entry yang lebih kurang sama lah.. berkenaan dengan BLOG PILIHAN MALAYSIA 2010. Walaaaaaweeeiii! Aku memang tabik la pada sapa yang tercalon dan tersenarai hingga peringkat terakhir ni. Memang bukan calang-calang. Dengan follower yang cecah puluhan ribu, update entry beribu-ribu dan yang paling  penting semestinya mereka CUN & KACAK! Okeh, thats not the point!

Dok aku usha punya usha blog mereka-mereka ni, tiba-tiba aku terpandang satu pencalonan kepada seorang blogger yang SOMBONG!!!! Siapa? malaslah nak bagitau siapa! haaa rilek-rilek... tak yah laa dok pikir sape gerangan empunya badan, tapi pada yang berkenaan, kalau dia baca entry ni, renunglah diri sendiri. Ni pun peringatan pada aku jugak! 



Aku ada pengalaman dengan BLOGGER ni. Seriously, dia memang tak layanlah kalau blogger-blogger baru dan hingusan macam aku ni okeh! Aku ada gak tinggal jejak kat blog dia dengan comment kat shoutbox. Manalah tau satu hari nanti dia dah tak sibuk boleh jenguk aku pulak kat blog. Tapi HARAAAAM! Takpelah time tu aku pikir mungkin dia sibuk kot. Aku pun dari jauh baca blog dia. Sikit-sikit.... Rasa seronok gak. Dalam pada aku baca entry-entry dia tu, ada gak aku tinggalkan comment kat beberapa entry dia. Aku harap dia sudilah beri idea / pendapat / balas comment aku tu. Pun sama, sepi. Aku siap ada tanya beberapa soalan lagi.... pun sama tak dijawabnya. Takpelah. Maybe busy sangat kot! Masih lagi aku berfikiran positif.

Last sekali, yang memang buat aku perasan sangat dia tak layan bloggers hingusan ni waktu aku tag dia nak bagi award. Time tu, aku tag dia sebab aku memang rasa dia betul-betul bagi inspirasi pada aku dalam dunia blogging. Aku dh comment & tinggal mesej pada dia. Berharap supaya datang ambil award yang tak seberapa ni. Tapi..... pelawaan aku hampa. Yang lebih menyedihkan, dia balas "Tengoklah, nanti kalau rajin saya amik!". Tapi kan.... pada masa yang sama dia boleh terima dan buat entry ttg satu award yang ditag oleh seorang blogger lain yang hebat. Apa perasaan korang kalau macam tu?


Sejak hari tu, aku sendiri yang jadi malu. Segan untuk menulis comment di blog-blog mereka yang Super Duper Hebat ni. Mungkin kita tak boleh terbang bersama tak? Bila dia membeza-bezakan antara sorang blogger dengan blogger lain, aku mula malas nak tengok entry dia lagi. Sebab rasa kecewa. Aku tak pernah cerita benda ni pada sapa-sapa. Sebab aku cuba untuk tak nak aibkan sesiapa.



Tapi kenapa baru sekarang aku keluarkan cerita ni? Di saat pemilihan undi  BLOG PILIHAN MALAYSIA 2010 diadakan? Sebab aku rasa, pemilik BLOG PILIHAN MALAYSIA mestilah seorang yang mesra pengguna. Bukan sekadar hanya ada entry yang bagus dan follower yang beribu, tapi mesti juga seorang yang boleh bertukar idea dan pendapat dengan semua orang. Kita semua memerlukan antara satu sama lain. Dia HEBAT kerana sokongan follower, dan dia juga pasti pernah lalui apa yang bloggers baru lalui hari ni. Rasanya tak salah kalau memberi semangat hanya dengan membalas comment @ jengah balik blog2 baru. Itu sudah cukup buat kami (bloggers baru) ni happy. 

Walau apa pun, bukan semua macam tu. Pengalaman aku ni hanyalah dengan dia SEORANG je. Jadi aku masih lagi berpuas hati dengan kebanyakan blogger hebat yang lain. Tak perlulah sombong-sombong kalau dah berada di atas. Sebab awak di atas, kerana adanya kami yang di bawah ni.


*p/s : maaflah ye, aku keluarkan entry macam ni sebab aku nak ingatkan diri aku sendiri je. Ini sekadar perkongsian pengalaman aku....& BTW please don't ask me who!

56 comments:

  1. La...ye ker dear...
    ada jugak manusia mcm tu...
    sabar yer...

    ReplyDelete
  2. mungkin jugak blogger tu bizi kot. sebab memang ramai blogger yg tak reply komen. tp kalau tang kamu tanya soalan die xjawab tu. ermm..no komen la kot. sendiri badan je kot tau. huhu.

    ReplyDelete
  3. ummi izzah: ye ummi, masih ada yang begitu. memang sabar!

    ReplyDelete
  4. najihah: ye saya pun paham dan anggap mereka busy. tapi rasanya tak salah kan kalau singgah balik blog mereka yang dah lawat blog kita? itu sdah cukup happykan kita blogger hingusan ni!

    ReplyDelete
  5. errr..kalau blogger lama ni kdg2 dia lali dah ngn tag..dan akan amik tag dari blogger yg dia btol2 kenal jek. (nak jaga prasaan kwn la katekan)..

    senang cite, jgn harapkan blogger top2 tu dtg blog kita utk dptkan semangat..tp dptkan semangat, drpd blogger yg baru2 mcm kita..naik sama2, blaja sama2, pelan2 kayuh takpe..

    dan kita jgn bila dah naik satu hari nanti jadi mcm dia..tu yg paling penting..=)

    Jejaka Terhangat: "Saya Tak Support Artis Hiburan, Anda Bila Lagi??"

    ReplyDelete
  6. pehhhh ! sapa la tu agaknya, perasan tak yg dicalonkan semua busy person, maybe seba tu depa tak sempat nak balas kunjungan or gini-gini kan....tapi sabaq ja la noooohhhh ;)

    ReplyDelete
  7. jejaka terhangat: thank you for ur support. hummm betul gak apa yang awak cakap tu. tak perlu lah nak mengharap dari mereka yang hebat. kita-kita kan ada!

    support each other than reach the best place. thank you!

    ReplyDelete
  8. meaw: yer... mereka memang busy! mungkin mereka dah tak guna cara bw ni kot utk standard dorang. tapi ada gak blogger hebat yang saya tau masih guna bw sebagai medium dia beramah mesra kan? hmmmm apa-apalah! yang penting kita jgn cam tu kan!

    ReplyDelete
  9. nyampah siot kan ngan blooger sok bagus cam tuh...
    tak nafikan ada jer blogger hebat yang gtu...
    sedey kan bila jumpa blogger cmtu...
    takper innanie nanti u jdi blogger hebat camtu jngan jadi sombong tau

    ReplyDelete
  10. itu perkara biase la...
    kdg2 x suma blogger suka wat entry pasal award ni.. x suka buat tag2 nie.. lgpun follower beriban. kalau suma pakat nak tag n bg award, jenuh la nak buat entry pasal tu..
    lgpun diorg lbey suka buat entry yg ada isi..
    errr.. sy x sombong kan? :D

    ReplyDelete
  11. salam...innanie..amani lebih prefer komen dari follower..sebb komen tu ikut kualiti entry kita..tapi folower ni, kebanyakkan nyer jadi sleep reader jerr..

    pasal blogger tu..xpelaaa..ade yg lain leh lawat blog cute ni

    ReplyDelete
  12. Dik..apakah akak yang dimaksudkan..adoii...sowilah kalo akak ni perasan hebat plak..hahahaha...
    Akak ni pun baru lagi dan juga ada pengalaman macam ni juga, sangat2 sedih...akak perasan ni sebab akak juga dicalonkan untuk BP tu tapi peringkat awal ja...memang tak hebat pun kan..hehhe...
    Nak kawan ngan adik boleh?

    ReplyDelete
  13. pn ros: mula-mula rasa best sebab baca entry dorang tapi bila dorang buat macam tu, kecewa sket laa..

    sya blogger hebat? haishhh lama lg tu! walau apa pun, kita sama-sama membantu ye~

    ReplyDelete
  14. sabau2... jgn cepat ngalah... truskan blogging key...
    biaselah tu... aku pun penah kena dulu ngn blogger yg msuk paper tu lah... merah2 tu... tapi, aku xnk give up n truskan aje...
    chill!

    ReplyDelete
  15. solihin: mungkin ada betul nya jugak apa yang awak kata tu, jenuh kalau nak buat beribu tag. tapi knp susah nak buat kunjungan balas? just a click darling! btw, sy selalu pikir, the person yang bg award @ tag kita tu adalah orang yang ingat kita dan skong kita. jadi biarlah lambat mana pun, asalkan kita tunaikan. itu lagi beharga!

    ReplyDelete
  16. ini yang aku malas jadi top2 ni.. kang aku jadi belagak lak... haha... baik aku jadi biasa2 je... aku pon tak kisah.. korang nak layan blog aku.. layan.. korang nak komen.. aku balas... korang tak komen aku pon tak sakit ati... hehe...

    ReplyDelete
  17. azwa: comment pun penting jugak. its mutual kan. we need both! dan saya juga percaya, kualiti lebih penting! so, jom kita jadi blogger berkualiti!

    time kasih sudi lawat blog yang tak laa comel mana ni!

    ReplyDelete
  18. ellen: heheheh. bukan akak laa... saya tak akan publish mana-mana nama sbab sy akan cuba jaga kehormatan dan nama baik blogger tersebut. saya harap kita semua amik pengajaran daripanya.

    TAHNIAH SBB TERCALON! MEMANG AKAK LAYAK!

    nak kawan? KECIK TAPAK TANGAN, NYIRU SAYA TADAHKAN!!!

    ReplyDelete
  19. Aida azryn: yer.. memang hebat! termasuk blog awak juge!! heheh!

    ReplyDelete
  20. faiz tapit: owh, ada pengalaman juga! memang kena sabar. tak pelah! kita support each other k!

    saya akan support awak!

    ReplyDelete
  21. en.mamat: cayalaaaah!!! dun worry saya akan sokong awak jugak laaa!!!

    ReplyDelete
  22. mr.w33ers bloger baru .so x smbg pon

    ReplyDelete
  23. huhuhu~ ada gak jumpa cam tuh.. just tutup mata ja la... blogger hebat dan popular.. xlayan cam kita nih...

    ReplyDelete
  24. mr.w33ers: baguslaa kalau tak sombong. mudah untk share ilmu dan tukar2 pendapat!

    ReplyDelete
  25. siti mashitah: heheh... mungkin aaa... mereka tak perlukan kita!

    ReplyDelete
  26. jumpa tpi jalan tyar keta dia pcah ke apa ke..wat xlayan sudh..haha..
    Tapi xpyahla sombong2...org nak cari kawan bukn nk bermusuh2 plak.

    ReplyDelete
  27. ini ialah aku: hehehe boleh plak cam tu.. ish.. kalau dia tngh susah, tak salah kite tolong. mungkin dari situ dia leh jadi kawan kita kan!

    ReplyDelete
  28. Aha dah boleh!tadi ada bunga apa ntah yg asyik terbang melayang kat blog ni hehe

    hm..memang wujud org sedemikian..jadi kita tak perlu berharap sgt, rasanya ada banyak lagi org yg lebih mesra,

    so cheer up!happy blogging!

    p/s:memang takde chatbox, sebab...nak suruh org komen entri XD

    ReplyDelete
  29. yes, same goes to me, ade pengalaman yang same ! hurmm. maybe dorang rase dorang dah diva kott

    ReplyDelete
  30. tengkorak emas; thanks yaa sbab bgtau masalah awak tuk comment. sya dah buang dah widget yang ganggu awak tu. time kasih sangat!

    TAK PERLU BERHARAP.. ye the best word kan... stuju ngan awk, ramai yang lebih mesra.

    thanks for ur support!

    ohh takde chat box. maaf. pas ni dah tau laa nak leave kat mana!

    ReplyDelete
  31. so tggu ape lagi, jom create kelab blogger newbie. lol. ;p
    *joking2..jgn amek siyes.. ;p*

    ReplyDelete
  32. iqin: heheh diva ke tak diva ke, we still need each other. dunia blog tak besar mana!

    support each other!

    ReplyDelete
  33. salam dear...
    sorry baru berkesempatan ke sini... dni tak sure sama ada dni ada ditag ataupun tidak... kalau ada tertag dni, dni mohon ampunmaaf tau kalau2 dni tak datang ambil award.. bagi dni, kalau ada tag yang dni belum jawab, pasti dni akan jawab. tapi kalau tag yang dni dah jawab, tak kiralah blogger otai atau famous atau popular atau cmana sekali pun yang tag dni, dni takkan jawab sebab dni dah pernah jawab tag tu...


    selain tu juga, mungkin faktor masa dan kekangan yang buat dni tak sempat nak jawab tag... terutamanya tag mengenai contest. dni memang tak sempat nak sertai sebab dni ada task untuk pengiklan di blog dni... dni tak femes... cuma dni ada ter'risau' juga kalau2 dni yang dimakasudkan sebab dni banyak juga abaikan tag/awards... bukan disengajakan.. tapi tak berkesempatan..;)


    hehe panjang pula penerangan dni.. sekadar nak berkongsi pengalaman.. mungkin si blogger tersebut busy sangat... contohnyamacam cik epal yang punya followers sehingga 4 ribu... mungkin perlukan satu usaha yang jitu untuk jejak balik semua yang ke blognya... dni yang punya sedikit followers ni pun tak terblogwalking terutamanya ketika banyak esemen + line tenet slow.. dan agak mustahil untuk dni jejak balik blog yang tinggal komen di shoutbox sebab dni tak tengok komen di situ... dni letak sebab ramai maki2 dni eksyen ego tak letak shoutbox. tapi untuk jaga perasaan orang, maka dni letak balik shoutbox... sesungguhnya dni tak berkesempatan nak tengok shoutbox tu... ada rasa nak delete balik... tapi entahlah... huu terbuat luahan perasaan pula... ya ampun... macam karangan satu post dah komen dni ni...


    heeeee lariksssss


    p/s: Goodluck dear!

    ReplyDelete
  34. dini: waaahhhh panjangnya comment ni. leh dapat award ni. Comment terpanjang. hehehe

    dini, jgn risau. bukan dini yang dimaksudkan. dan FYI, sy juga consider banyak benda sebelum saya buat satu2 entry. saya juga faham, memang blogger2 hebat busy dan kadang tak menang tangan nak jejak comment / url orang lain. tapi, sya terpikir, kalau bukan begitu caranya, apa cara terbaik utk kita hargai para follower/commentator?

    saya rasa cara tu adalah cara terbaik untk kita keep in touch dengan mereka yang sudi baca dan dengar luahan rasa/hati kita..

    tapi dini jangan rsaulah... saya tak maksudkan awak pun.

    saya tulis entry ni sebagai peringatan pada diri sy dan pesanan pd yang lain~

    thank you for ur support!

    ReplyDelete
  35. melawat kat entry panas ni.. kalau blogger top tu takleh nak harap sgtla..
    n pasal tag tu kadang kalau nur sendiri pun terlupa.. sorry..
    btw keep on blogging dear..
    jgn patah semangat.. ramai lagi sokong kamu
    ALL IN ONE

    ReplyDelete
  36. nur: thank you so much nur for ur support! insya-Allah sya akan terus berblogging! tak kan patah semangt lah. beselaa tu!

    ReplyDelete
  37. biarkan si luncai terjun bersama labunya ;p

    just do what we wanna do :)

    ReplyDelete
  38. top bloggers mmg kena mesra rakyat la kan. jadi bloggers ni kan kena support each other.
    hhmm betul kata awk mmg segan nk tinggalkan komen kt top bloggers. tp sy penah tgl komen kt blog cik epal. followers die dh la ramai giler. x sngka dia jenguk blog sy n bagi komen lg.. rse teruja tetibe.. hehe

    ReplyDelete
  39. tak apa laa.. biar je oke.. sekarang dia hebat. satu hari nanti mungkin awak pulak :)

    ReplyDelete
  40. hi innanie.

    waktu saya blogwalk, sy jumpa ramai juga blogger yang lebih seribu followers. i was like, wow. tengok komen pun mencecah ratusan. macam blog hanis zalikha. terus tiba-tiba segan nak tinggalkan komen sebab komen byk sgt hehe.

    ReplyDelete
  41. rase mcm nk tahu je sape..huhu,
    dunia blogger ni apa la sgt, msg2 ade klbihan msg2, so xyah la nk smbong2 kn..;D

    ReplyDelete
  42. : haha :D betol tuh kak :)
    sy sokong.. kita hidup niw saling memerlukan..tak perlulah sampai berlagak sombong..sebab boleh buat org benci kat kita.. :)

    ReplyDelete
  43. enche kucing: agree with u~ follow ur heart n just follow the flow~

    ReplyDelete
  44. liyana: jadi pd sya BPM 2010 perlu diawardkan pada mereka yang btul2 layak dan mesra pengguna. barulah tujuan sbnar blog tu tercapai kan~

    untung awak cik epal singgah & jenguk kan! all the best!

    ReplyDelete
  45. mimie aiza: terima kasih. tu satu doa tu daripada awak. saya pun doakan kita semua jadi hbat dan ada power utk bersuara!

    ReplyDelete
  46. iris: memang sgan kan kalau nak tnggalkan komen pada mereka yang hebat2 ni...takpelah, awak bleh tinggalkan komen kat blog sy! insya-Allah dibalas!~

    ReplyDelete
  47. emieysandra: we need n support each other. tu yang paling penting! barulah lebih meriah dunia blog ni kan

    ReplyDelete
  48. emieysandra: we need n support each other. tu yang paling penting! barulah lebih meriah dunia blog ni kan

    ReplyDelete
  49. reen shah: pun stuju ngan awak. tak payah nak belagak~ bukan sekadar sesama blogger je tau, ngan sesape pun kita perlu mesra. walaupun kita ni kononnya lebih tinggi taraf ke, kita perlu layan mereka sama. jangan dibeza-beza

    ReplyDelete
  50. btl tue kak..
    lina pon ta brani nak tgur dorg..
    lebey suke jd stalker jep..
    tkt nt kalo tgur ta bbalas,jd hampa+benchi :(

    ReplyDelete
  51. O;o saye sombong tak? hehe. saye busy study exam la. tak baek kate saye sombong.. *tetibe* anyway, jgn layanla blogger camtu. awak jadi je blogger yg jagn harapkan balasan. memg kt wat tu sume salah satunye nak naekkan trafik tp kite kena ingt, tak sume org berminat dgn pe yg kt tulis. just appreciate your readers ;) tak luak nasi tak layan die. biar die sombong sorang2. hehe.

    ReplyDelete
  52. lina lin: tak smua cam tu.... cuma kita jgn berharap sgt!~ tu je!

    ReplyDelete
  53. sofia: bagus kalau itu yang diamalkan. tak guna sombong2~

    ReplyDelete
  54. Pop sticker for men theme, testament gum up asewingmachine needle,
    and therefore, incompatible for stitching projects.
    I think that Gentle Clamant Habitation Decor Wall Sticker food
    manufacturers can legally do the service of process sizing unreasonably minor.
    Here is my homepage ... webpage

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork