Salam semua.
Hampir seminggu tidak berbloging. Usahkan berbloging, online pun tidak. Satu minggu yang cukup mendebarkan dan mencemaskan bagi aku dan seluruh kaum keluarga. Minggu yang banyak membuatkan aku menitiskan air mata. Dan sesungguhnya sampai mati aku tak mahu saat dan ketika ini berulang....Saat di mana Ayah kesayangan aku mengalami pendarahan otak sehingga menyebabkan dia lumpuh sebelah badan. Dia terjatuh masa tengah mengendalikan program bacaan doa awal & akhir tahun maal hijrah. Selepas maghrib, aku dapat berita tu dan terus ke hospital dengan mak.
Susah untuk aku gambarkan dengan kata-kata macam mana perasaan dan berkecainya hati aku masa mula-mula masuk wad kecemasan dan tengok keadaan ayah yang terbaring tu. Aku tergamam dan tak percaya. Aku cuma bayangkan ayah hanya pitam dan langsung tak terpikir bahawa dia dalam keadaan macam tu. Malam tu, aku berjaga dan tak putus-putus air mata ni keluar. Bercelaru dan tak tahu bagaimana dan macam mana untuk berhadapan dengan situasi ni. Doktor masih tak dapat kenal pasti penyakit ayah dan keesokannya ayah akan di bawa ke Hospital Sultanah Aminah , JB untuk buat city-scan (brain scan).
Bila di periksa, ayah mengalami pendarahan otak (minor) yang kebetulan mengenai saraf pergerakannya. Lima hari aku kat wad tu. Menjaga ayah dan menguatkan semangatnya. Memang pada mulanya, aku tak dapat terima keadaan ni. Banyak perkara yang sukar berlaku. Tapi, aku kena redha dengan takdir Allah dan tak nak bersangka buruk pada-Nya. Aku percaya banyak hikmah yang berlaku dengan ujian dan dugaan ni.
Aku terpikir, bayangkanlah kalau dulu aku menerima tawaran ke Indonesia (BACA SINI) hari tu. Jadual untuk aku bertolak 5/12 dan ayah diserang penyakit 6/12. Kalau aku pergi ke Indonesia, mesti aku tak kan tenang di sana. Memikirkan ayah dan serba salah di sana. Inilah hikmah di sebalik penolakan aku pada tawaran tu. Baru aku sedar, bahawa hari tu memang diberatkan hati aku untuk menolak tawaran tu supaya aku dapat menjaga dan sentiasa di samping ayah waktu sebegini.
Terus terang aku katakan, emosi dan perasaan aku serta seluruh keluarga masih lagi tertekan dan terperanjat dengan berita ni. Mana tak nya, siangnya, ayah ajak aku ke bandar untuk setelkan semua bil dan ayah kelihatan sangat sihat. Takde la kata pening kepala ke, sakit badan ke. Tiba-tiba waktu maghrib, kena cam tu. Memang tak percaya! Sekarang ni, perkara yang sangat merisaukan aku, sapa yang nak jaga ayah kalau aku 3 beradik kat KL nanti? Mak aku sorang-sorang tak larat nak jaga ayah. Sebab ayah berbadan besar dan agak berat untuk dibangunkan, salinkan pakaian, mandi, makan dan macam-macam lagi. Aku tak tau apa yang patut aku lakukan. Setahu aku, kalau kena cam ni memang takes time untuk sembuh. Tak kan lah aku kena korbankan study aku sedangkan itu adalah impian aku dan ayah. Aku buntu dan celaru. Tak tahu mana yang perlu diikut. Kiri dan kanan aku perlukan. Serba salah aku dibuatnya.
Tapi, ini semua rezeki dan ada kebaikkannya. Aku percaya, bahawa Allah berikan sakit untuk ayah berehat dan waktu ni lah untuk seorang anak seperti aku membalas jasa dan pengorbanannya. So, dah alang-alang aku publish entry ni, aku mohon pada semua yang membaca dan melawat blog aku ni untuk mendoakan keselamatan dan kesejahteraan ayah aku dan moga dia boleh pulih kembali seperti selalu. Amin......
![]() |
sebelum masuk brain scan utk kali ke-2 |
77 Inspirasi Dari Pembaca
doakan untuknya tanpa putus...agar sihat walafiat seperti dulu...mana tau doa anak soleh ni makbul....
ReplyDeleteprinceduyong: insya-Allah. Tapi hati saya ni luluh tengok keadaan ayah!
ReplyDeletebanyakkan berdoa..
ReplyDeletefirdaus: terima kasih atas sokongan awak!~
ReplyDeletesis ! terkejut baca entri ni . huhu . semoga ayah sis cepat sembuh k . amiin ~
ReplyDeleteSemoga ayah awak kembali sembuh, sentiasa berdoa kepadaNya..
ReplyDeleteterkejut juga baca entri ni..pendarahan minor disebabkan terjatuh ke?
semoga ayah kamu cepat sembuh
ReplyDeletetabah & kuatkan hati.
ReplyDeleteif you bace post2 el yang terdahulu, my dad just passed away 3 weeks before raya aidilfitri.it hurts a lot. for you, doa banyak2. tu je sumber kekuatan yang kite ade. and believe what ever happens, ade hikmah nye. take care ye.
doa jgn putus...sentiasa bc surah yasin...smg ayah awak ct sembuh....jg diri..
ReplyDeleteanne: thanks a lot for ur moral support. its hurt me a lot darling. but this is ketentuan kan...
ReplyDeletetengkorak emas: sy dpt brita ni waktu buat entry utk award awak... pendarahan tu yg sebabkan dia jatuh, dia jatuh tak de kena kepala.
ReplyDeleteyeah, smua orang terkejut
gomok:: tq~
ReplyDeletemiss el: thank you. sy redha apa je yang berlaku. doa memang tak pernah putus cuma kadang-kdng semangat ni trun naik! sedih dan bercelaru!
ReplyDeleteeiyda: terima kasih atas sokongan awak!
ReplyDeletekuat kan semangat. slalu berdoa kpd nya. solat jgn tggal. insya'allah. semoga ayah awk cpt sembuh dan sihat. sy juga akn bantu semampu yg bley. sme2 kita berdoa dan tawakal kpd nyaa. :)
ReplyDeleteyup. el paham. memang macam dah takde semangat. takde ape yang el boleh nasihat selain tambahkan amalan. semoge ati sentiase tenang. :)
ReplyDeleteya allah,
ReplyDeletefatin. kuatkan semangat.
mudah2han ayah kamu cepat sembuh. amin!
adeqlaboo: thank you ye... sedeh sgt! rasa hilang separuh nyawa. bygkan siang hari sihat walafiat, malam terlantar! aduh.....
ReplyDeletemiss el: memang kena sabar banyak kan. emosi kita pun kena kawal utk bantu dia pulih. harap ada kekuatan untuk buat cam tu. berhadapan dengan segala kemungkinan~
ReplyDeleteshada: terima kasih yer! doakan saya juga utk dapatkan semangat yang kuat bantu ayah sy!
ReplyDeletetereuskan berdoa
ReplyDeletetabahkan hati awk ye,smg ayh awk cpt smbuh
ReplyDeletesy phm. byk bersabar dan beramal. usaha semampu bley utk bantu ayah. ok ? jgn risau ramai yg sapot awak. kene kuat tao !
ReplyDeletealkisah: insya allah! thank u~
ReplyDeleteyanie j: insya-Allah sy akan kuatkan semangat sy. doakan ye ayah sy!
ReplyDeleteadeqlaboo: inilah masanya untuk balas budi dia kan... insya-allah sy kuat~ thank you sbb bagi sokongan pada sy~
ReplyDeletesy dpt rase kan mcm mne kalau sy ade ditempat awk. sush nak terima. tp we have to percaya pd qada' dan qadar. ade hikmah disebalik ape yg berlaku. harap family awk semua tabah dan sabar.
ReplyDeletebalas jasa baik dea. jage dea. berbakti pd dea. itu yg terbaik. jgn putus asa ok !
ReplyDeleteadeqlaboo: famili sy plak takde anak lelaki, so skrang ni, sy take over jap. memang percaya bahawa dia akan sembuh tapi makan masa kan... itu yang risau sangat ni~
ReplyDeleteadeqlaboo: famili sy plak takde anak lelaki, so skrang ni, sy take over jap. memang percaya bahawa dia akan sembuh tapi makan masa kan... itu yang risau sangat ni~
ReplyDeletetakpe. sabar je. yang penting ayah dpt sembuh sepenuh nyaa. biar mkn mase skali ponn. sbgai ank pnyaa tanggungjawab menjge ibu bapa nyaa. mcm sy ckp td. jgn penah putus asa ! buat sebaikk boley. buat demi ayah dan allah. sy doakan awk kuat utk tempuh semua dugaan nie. insya'allah.
ReplyDeletesabar dan banyakkan berdoa..insyaAllah
ReplyDeletegive your father big moral support okey.awk tenang jer.nothing gonna happen.hope so. org doakan ayah cepat sembuh.dah.pg la tido.dah pukul brape dah nie.
ReplyDeleteadeqlaboo: memang sy sndiri dah tetapkan dlam diri sy nak jaga ayah sbb ni lah masa nak balas budi dia kan... time kasih banyak2 pada awak sbb bagi sy kata2 semangat!
ReplyDeletesepatu kaca: thnk you so much!
ReplyDeletezul: macam mana nak tdo kalau kepala pikir macam-macam. its really tough here awak! thank you doakan ayah sy!
ReplyDeleteawak..tabahkan hati awk ye,teruskan berdoa semoga ayah awak kembali pulih
ReplyDeleteassalammualaikum~~
sy tulun mne yg sy mampu. hari ni hari awak. mne tao esk2 hari sy plak. dugaan dtg tanpe kita tao kan? so, redha dgn ketentuan nya. igt, kuat kan semangat tao !
ReplyDeleteLGB: tme kasih ye bagi sokongn.....
ReplyDeletesaya pernah alami situasi macam ni.. saya faham sgt apa yang awak rasa.. terima segalanya dengan tabah.. sentiasa doakan ayah awk akan sihat seperti sediakala.. mmg sedih.. saya dapat bygkan semua tu.. Saya kat sini doakan yang baik2 utk ayah awk.. awak kena kuat.. insyaAllah semuanya baik2 saja..jgn henti berdoa.. be strong ok..
ReplyDeletekuatkan semangat ye..smoga ayh sis kmbali pulih..sma2 kita doakan..
ReplyDeletekuatkn smgt k...
ReplyDeletebyk kn berdoa..
jgn ptus asa..
walaupun kite xknl tp saya simpati dgn ayah awk tu..
moga2 dia cepat sembuh amin...
Ya Allah,sememangnya sesuatu yg terjadi ada sebabnya... ppl doakan agar dia cepat sembuh.....
ReplyDeletechill k babe. dugaan utk u ni. semoga ayah cepat semboh. amin~
ReplyDeleteawak...tabahkan hati..sama2 kiter doakan ye..InsyaAllah semua akan selamat.Allah Maha Kuasa..
ReplyDeleteSalam..akak bersimpati dengan apa yang berlaku.Teruskan berdoa,bersabar dan redha.InsyaAllah..kesabaran tu akan dibalas dengan kegembiraan.Semoga ayah cepat sembuh.
ReplyDeleteYa Allah.. meremang bulu roma saya..
ReplyDeletesebak dada sy membacanya..
sy doakan Allah sentiasa merahmati keluarga saudari..
mudah-mudahan Ayah awak akan kembali pulih sprt sediakala..
InsyaAllah.. amin..
byk bersabar k..
salam nanie. semoga ayah nanie dalam keadaan stabil sentiasa. n perbanyakkan baca ayat2 al qur'an. semoga menjadi penyembuh utk ayah nanie. n kuatkan semangat n banyakkan bersabar. setiap perkara yg Allah jadikan mesti ada hikmahnya. insya Allah.
ReplyDeleteinsyaallah..cikmoon turut mendoakan smga ayah kamu kembali sihat seprti selalu.. bykkan bersabar.. jgn mudah berputus asa.. kuatkan semangat..
ReplyDeletesabar yar :)
ReplyDeletesemoga ayah awk cepat sembuh Amin!!!!! :)
kuatkan semgt k :D
adeqlaboo: yer. ni smua bahagian masing-masing kan. moga ada hikmah yang baik kan. saya akan kuatkan semangat saya. insya allah~
ReplyDeleteainismaira: time kasih atas sokongan awak. doa dan sokongan kawan-kawan sgt diperlukan dan dihargai!
ReplyDeleteanwar naim: tq so much!~
ReplyDeletefarisukimi: tme kasih. doa dan sokongan awak sgt dihargai. memang kita tak kenal, tapi sy percaya doa awak tu beharga!
ReplyDeleteppl: time kasih yer doakan ayah sy!
ReplyDeletenazirulhazwan: yer, memang dugaan untuk sy dan keluarga. kami kena sabar dan redha atas takdirnya!
ReplyDeletecik miera: time kasih byk2~
ReplyDeletekak jieda: time kasih sbb kuatkan semangat sy! insya-allah kak, semua ni akan ada kegembiraannya!
ReplyDeletesolihin: time kasih atas sokongan awak. kalau awak sebak, apatah sy ni awak. yang melihat keadaan ayah terlantar. tak sapa yang jangka & mintak benda ni kan tapi ni smua rezeki dan ada hikmahnya. Insya-Allah!
ReplyDeleteharis: time kasih atas sokongan awak. sy betul2 hargainya. memang sy sedih tapi sy kena kuat utk bantu ayah pulih!
ReplyDeletedoakan ye ayah sy cepat sembuh!
cik moon: insya-Allah sy tak kan putus asa. sy akan kuatkan semangat dan percaya pada takdir Allah!
ReplyDeletefatin hanani: time kasih atas dorongan dan doa awak! sy hargainya!
ReplyDeleteinsyallah~~ kite semua doakan ayah cpt smbuh..amin...
ReplyDeletekuatkn smgt er..
be strong okay :)
ReplyDeletemoge ayah awak cpat sembuh :)
be strong yer
ReplyDeleteme paham sbb ayah me pun meninggal mengejut thn lps...sblm tu sihat ajer..ayah me kanser hati..sebln seblm meninggal weolls baru tau psl penyakit ayah tu..
anyway me doakan ur dad cepat sembuh yer
i pray for u hope ur papa will feeling well soon.. may god bless ur family, dun be sad coz it will make ur papa sad too.. Amin.. =)
ReplyDeletesalam. tabah ye. aminn moga cepat sembuh. dan hikmahnya mungkin ada nanti yang lebih baik utk future..
ReplyDeletesaya takde ayah dari umur 5 tahun. tabahnye mak membesarkan kami seorang diri..
ShafakAllah utk ayah mu ya..aminn :)
ReplyDeleteinsyaAllah Allah akan memakbulkan doa anak2 yang soleh dan solehah...
ReplyDeletebanyakkan berdoa dan kuatkan semangat k..
aizuddin: time kasih byk2 ye!
ReplyDeletemizz una: time kasih awak!
ReplyDeletemama zharfan: time kasih atas doa mama. kawan sy pun ada kata, semua ayah dlm dunia ni akan sakit dan tinggalkan kita. cuma bila masanya je kita tak tau. insya-Allah sy akan kuat~!
ReplyDeleteliana ryan: thank you so much & really hope that our pray will be heard by HIM!
ReplyDeletesnowladies: memang banyak pengorbanan mereka kan dan skranglah masanya utk kita bahagiakan mereka & bantu mereka! thank you!
ReplyDeletefa in: time kasih bebanyak ye!
ReplyDeleteluffy: amin ya rabbal al-amin. harap makbul doa kita smua!
ReplyDeletesubhanAllah..tak dapat nak bygkan..kalau mira dalam situasi mcm nanie.. xtau mampu utk kuat atau x.. hmm.. so how's your dad now?
ReplyDeleteTeruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!