Thursday, December 2, 2010

Jeles Pada GF Skandal / BFF?

Salam semua. 

Masih lagi belum dapat melelapkan mata dan berkemungkinan besar esok aku akan drive ke KL untuk jemput pak cik aku balik dari Mekah. Insya-Allah. Doakan keselamatan aku sekeluarga untuk ke sana. Aku pun tak tau kenapa, bila aku jadi student universiti ni, aku sangat susah untuk tidur awal. Paling awal aku tidor pun pukul 2 pagi sedangkan orang lain tu, kalau 2 pagi dah mimpi sampai London tau. Tapi aku barulah terkulat-kulat, terkebil-kebil, pusing kiri dan kanan cuba untuk tido. Heheheh... aku rasa kebanyakan student memang macam tu. Kalau kat kolej tu, mata ni...semakin malam semakin terang. Nak kata bangun lambat sangat tak lah jugak. Pukul 12 tu kira maksimum lah! Ape?! Korang tak caya? Allaaaaaa macam lah korang tak penah bangun lambat sampai cam tu kan? Tak mo tipu laa yayang!

Malam-malam macam ni, sambil mata kuyu-kuyu gitu kan, aku gigih bukak lagu Mariah Carey. Dengar semua lagu dia yang best-best. Aku memang peminat dia. Sebab kelunakan suara dia dan bila nak tidur dengan lagu-lagu dia! FUUUUUUUUUUUUUH! memang rasa terbang beb! Lagi satu aku sangat suka dengar lagu-lagu dari Celine Dion. Dia ni, pada aku memang DIVA sangat! Suara? Korang tak yah la persoalkan. Boleh buat korang melayang-layang tau! Bila aku dengan lagu-lagu mereka ni, sesekali otak aku mula teringat kisah cinta.... 


Aku nak tanya sket ni.... aku bukanlah orang yang senang untuk meluahkan perasaan dan biasanya aku akan simpan rahsia hati & cinta aku ni dalam-dalam. Takde sapa akan tau. Cuma hari ni aku just nak tanya pada korang. Nak mintak pendapat.  Adakah salah kalau kita jeles dengan girlfren kepada skandal/bff kita? Heheheh susah aku nak terangkan. Sebab aku sendiri masih samar dan kabur dengan kedudukan sebenar. Secara terus terang, aku bukannya jatuh cinta pada dia. Tapi aku rasa.... entahlah. Aku lebih banyak menghabiskan masa dengan dia. Aku lebih kenal dia daripada GF dia kenal dia. Dia sendiri berterus terang yang dia lebih selesa dengan aku. Malahan dia ceritakan semua masalah dia pada aku. Termasuklah masalah yang dia dan GF dia hadapi. Aku seperti biasalah, bila dia becerita tentang masalah. For surelah aku akan dengar dan bantu mana yang mampu. Menenangkan dia dan sentiasa ada untuk dia luahkan masalah. Kadang tu, kiteorang just berjumpa bukan untuk apa. Sekadar jalan-jalan keliling KL. Borak-borak dalam kereta. Hilangkan tensen dan balik. Tapi hubungan aku dan dia sangat rapat. 

Cuma, aku jeles dengan GF dia. Aku cemburu sebab, aku tak dapat miliki dia. GF dia yang dah diberi peluang untuk bertakhta kat hati dia, tapi take for granted. Tak pernah nak faham dengan keadaan dia. Sentiasa mendesak untuk dia beri komitmen 100% pada hubungan. Kadang aku penah jugak terpikir, aku ni cam mengacau je hubungan dorang. Tapi tak. GF dia tak pernah kenal dan tahu aku. Jadi tak pernah timbul persoalan yang kata aku kacau hubungan dorang. Jadi hubungan aku dan BF dia tak terlarang okeh. Setiap kali si lelaki ni meluahkan masalah dia dengan GF dia, aku rasa akulah insan paling beruntung sebab berada disisi orang yang paling aku sayang bila dia memerlukan aku. Tapi bila dia memuji GF dia, aku akan rasa sedih. Sebab aku tak dapat miliki dia, walaupun dia ada sebelah aku. Tangan aku tak sampai kot untuk capai dia. 

Jadi aku amik keputusan, untuk diam dan pendamkan perasaan ni je. Tak perlulah dikecohkan. Apa giler nak g bagitau perasaan aku ni pada orang yang dah GF macam dia tu? Siang-siang lagi kena reject tau! Dan kadang-kadang aku terasa cam diri aku ni mungkin KEKASIH GELAP ke? Apa ye yang perlu aku buat? Diamkan diri dan doa dia cepat putus dengan GF dia? haish tak kan kejam sangat? apa ye? berkawan macam biasa? mungkin. Tapi sakit sangat bila hipokrit ni....aduh! 

Maaflah, aku tak pernah sejiwang ni. Tolong salahkan lagu Rihanna -Stupid In Love tu. Pasal lagu tu lah saya jadi begini! okeh saya janji tak kuar lagi en3 cam ni k!


huhuuhu~ malu-malu! malu sungguh untuk publish benda ni sebenarnya! tapi, aku rasa all of u are the best person to share this secret of my life kan?





36 comments:

  1. jgn percaya lelaki.sbb suzie pnh ada pngalaman mcm ni..act suzie der mmber.mmg dier ada gf,tp dia ngaku dia lbh sng dgn kite, adeh..tp bila dkt dgn gf dier.lain jdnya..so skg suzie dh phm..kite hnya diperguna saat dier perlukan teman atau bila kesunyian.bila dh dkt dgn gf dier.kite dibiarkan terkulat2.

    ReplyDelete
  2. suzie: oh begitu ye. mmg sy kurang pengalaman dengan cinta & lelaki ni. wah... sakitnya bila begitu!~

    ReplyDelete
  3. cemburu tande sayang
    makin cemburu makin sayang
    cewah..

    entah la..dh lame tade bf
    tak tau
    :(

    ReplyDelete
  4. anisa: fuhyooo bermadah plak dia memalam ni yee...

    weeewit~ single ek?

    ReplyDelete
  5. sy pun ade kwn lelaki dan sy cemburu dgn die..tp die juge cemburu ble sy ade ade cpl..bile sy da single balik..die layan sy mcm pu3..

    ReplyDelete
  6. mimi: waaa untungnya awak~ all the best in ur r.ship~

    ReplyDelete
  7. i do have this kind of experience with my own bestfriend. i guess btul apa yang suzie ckp, the same thing happen to me. tidak semua lelaki itu sama tp kena ingat, kita kenal dia sgt2 ke tak kenal ke, dia tetap lelaki. dan lelaki ni diorang ada satu pattern yang sama bila dgn pmpuan. haha. hrp anda faham apa yg sy cuba nak smpaikan. theehehee.

    pglmn sy : my bff tu ada gf, but dia kata dia feel more like himself whenever he's with me. tak prnh mcm tu with another girls. tiba2 rasa mcm attraction antara kami makin kuat. kami makin rapat. next thing i know, dia putuskan hbgn dia dgn gf dia n starts flirting on me. lasts for less than 2 months, skrg ni tiba2 dia mcm dah bosan dah tak contact lgsung.

    its like, bnda yg dia nak sgt2, dia dah dpt, then dia back-off. sng cerita mcm tu la. my own best friend. cant believe he wud do this to me. mmg risky. flirt with own bestfreind, then cant be the same again lepas tu. :)

    ok komen dah pjg, cukop2 :P

    ReplyDelete
  8. sma mcm crite sy...msh bsma dh dekat 2 thn...

    ReplyDelete
  9. iris: wow... sgt pnjg. btw, thanks ya for the comment.

    i;m sure its really hard 4u to accept that situation.

    4me,i tak nak salahkan mana-mana & i tak kan jadi penghalang mereka. sbb tu, i mtk dia rahsiakan hbgn i dan dia. tp macam u cakap la.. kita selalu kena hati2 kan. dan mmg sy pun fkir, kalau diluahkan, mereka tak jd sama macam masa bff kn~

    ReplyDelete
  10. mizz jaja: 2thn. it is a long journey~ than, awak cemana? masih pendam?

    ReplyDelete
  11. yeap, as the saying goes, there's really NO friendship between a guy and a girl. they'll eventually fall for each other. mybe temporarily, maybe at the wrong time, maybe too late, or maybe forever. ;)

    read this somewhere, ingat2 lupa dah. mcm tu kot ayat dia.. hihi.

    ReplyDelete
  12. iris: dah macam dr.love laa awak ni~ sukeee~ thanks ya for the quotes. and yes i do. i believe in my heart!

    ReplyDelete
  13. hehehe anda tertinggal ini

    http://eleventx.blogspot.com/2010/12/tahniah-anda-follower-ke-100.html

    ReplyDelete
  14. uhuhuh complicatednye..
    tp kan, biasenye, bestfren kurang sesuai jd pasangan..sebab, too much persamaan n persefahaman, nnt cepat boring..
    so better awak teruskan je hidup macam biase, maintain je r/ship sbg kawan baik *tp mcm pelik tak kenalkan kawan baik kat awek sndiri*,
    and buka mata hati, ramai lg lelaki yg lebih baik diluar sane..

    ReplyDelete
  15. tajuk hot nih, i pon ada pengalaman gak,,,cheewahh nk juga sharing kn..dulu i ada bf, bff i xde single ( maybe he like me)ada skit aras itu la...heheh...tetibe i ada masalh ngn bf i...bf i ada org lain waaaaa,,cedih...pastu i ingt bff i still single..oh no...dia dah ada yang punya,but we still together sharing a problem, discuss about i n himself, but now...bff i cari i,cuz dia dah brake up ngn gf dia...but too late i dah ada penganti...itu lah yg d katakan JODOH..percaya pada ALLAH, maka percayalah pada JODOH,so as conclusion i pon xtahu lagi mana 1 JODOH i...sama la ngn u..mana tahu BFF u 2 la jodoh u kn...bercouple ni bukannya sah akan berkahwin..mainan duniawi jer...oppsss!!! terlebih perkataan sudah,,ok renungkan lah sis

    ReplyDelete
  16. Kadang-kadang kita kena hipokrit walaupun kita sendiri tak suka.

    ReplyDelete
  17. sori mengatakan..benda ni memang dah common..kita rasakan gf dia beruntung..padahal bila kita kapel ngn dia nanti, benda yg sama akan jadi antara kita dgn dia..

    lelaki memang pandai gunakan taktik menagih simpati utk tarik perhatian wanita..dan kalau perempuan tu bijak, "dia takkan cepat jatuh cinta dengan lelaki"..

    jgn lemahkan hati anda..malah, terus keraskan hatimu..sesungguhnya, bukan kamu yg dia mahukan sebenar2nya..

    ReplyDelete
  18. bagi dni, jangan percaya sangat dengan kata2 lelaki yang dah ada gf...bercabang lidahnya...kalau nak layan, layan je. jangan letakkan harapan. harapan itulah yang menjadikan frust.. tanpa harapan, kita takkan frust :) semoga bertemu jodoh ye dear, amin.

    ReplyDelete
  19. white cempaka: hmmm memang complicated, mungkin ada btulnya, bff tak sesuai sbb byk persamaan kan. tp kadang seronok, sbb kita dah tau apa yang dia suka/x.

    mga doa awak makbul. thanks for ur support

    ReplyDelete
  20. fuzy: actually, mmg ramai yang cakap cam tu ngan i. bile dorang nampak i rapat dgn bff i, dorang kata i couple ke? time tu nak je jawab ye. tapi segan laa pulak kan! heheh....

    smua tu jodoh n yes, i do believe in fate!

    ReplyDelete
  21. apih el nino: hipokrit tu menyakitkan laaa... cemana nak bertahan? ada tips?

    ReplyDelete
  22. jejaka terhangat: wah... nasihat seorang lelaki ni... thanks ya bgtau sikap2 lelaki ni. maklumlah, hanya jauhari yang mengenal manikam kan....

    mcm sy kata, sy sndiri tak tau apa perasaan sbnr. Cinta @ crush? hmmm doakan yang terbaik k utk sy! thanks awak!

    ReplyDelete
  23. dini: em... jgn mengharap sgt kn. so kira cam ni la, layan A dan pd masa yang sama kalau ada yang lain, layan jugak lah gtew? wahhh meriah!

    ReplyDelete
  24. ini luahan drpd kaum hawa, tp si 'dia' yg bertuah tu sntiasa meluahkan kpd anda. prnah tanye die, kenapa? kenapa anda? :)

    *E.K prnah brada d situasi lelaki trsebut ;p

    ReplyDelete
  25. enche kucing: sy tak pernah bertanya plak dan sy pikir, sbb dia selesa dan sy org yang pling dia percaya.

    E.k tau kenapa ke? ye laa awak pernah di tempat yg sama kan?

    share sket!

    ReplyDelete
  26. kadang2 lelaki ni kita tak boleh percaya. diorang ni saja nak menggunakan kita
    tapi mungkin lelaki tu rasa selesa dgn awk sebab dia anggap awak sebagai kwn dia. cuba kalau awk gf dia, mesti dia x kan luahkan mcm tu sekali kan..

    ReplyDelete
  27. sampai sekarang pun belum dpt jwapan utk diri sendiri..hoho ;)

    ReplyDelete
  28. jgn la ckp org llaki takleh prcaya :(
    sbb org llaki tak cakp cmtu pun kt org pmpuan :(

    ReplyDelete
  29. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  30. hmm..dia mmg tahu ape y sy rs..dia p0n penah dtg umh kt png, jenguk my family..dh byk kali dia dtg png smata2 utk jmpe sy..dia 0rg melaka..penah km bw haluan msg2 tp xsmpai brape bln dia cr sy semula..dia ckp dia xblh lupa sy..sejak 2 km mmg mcm kapel semula..but sy dh xtahu ape crite dia ngn awek dia..last dia bgtau dh xrapat lg..dia p0n ada ckp dia cuba usahakn y tbaik n xnak tpisah mcm dl..lain2 tuhan tentukan..ari2 kt0rg cntct..every week msti jmpe kecuali klu sy blk png n cuti lma..dia jgk y d0k anta n ambik sy tiap kali blk ke u..n mmg ms dia byk hbs utk sy..n sy mmg dpt rs dia xde p0n ms t0k awek dia 2..but sy msh xnak tlalu yakin y dia btl2 dh xnakkn awek dia..lelaki biasalah kan..blh tukar fikiran bl2 ms je..

    skarng sy cuma mmpu berd0a je awk...bkn niat merampas sbb sy xpenah halang hbgn dia...lgp0n mula2 knl dia mmg dia y ng0rat sy n ckp xde awek time 2..biarlah dia pilih y tbaik..2 thn mmg lma...tp sy yakin Tuhan xpenah hampakn hambanya y xjemu2 bd0a pdNYA...segalanya sy serahkn padaNYA....:-(.sy yakin padaNYA

    ReplyDelete
  31. En.Kucing: kenapa mcm 2??..sila jwb ..nk tahu ape sbnrnye dlm kepala lelaki if jd mcm 2?...niat cuma nk pmainkn n ambik ksempatan pd insan2 mcm km ke?

    ReplyDelete
  32. En.Kucing: kenapa mcm 2??..sila jwb ..nk tahu ape sbnrnye dlm kepala lelaki if jd mcm 2?...niat cuma nk pmainkn n ambik ksempatan pd insan2 mcm km ke?

    ReplyDelete
  33. pernah berada dalam situasi itu.. keep your mind in focus okeh.. n tetap ngn pendirian !

    ReplyDelete
  34. E.K: saya tak pernah salahkan lelaki, pada sy, smua pihak cuba mencari kesempurnaan. dan tak salah rasanya kalau lelaki bersikap demikian, sbb sy tak nafikan yang ada glngan perempuan yang cuba ambil kesempatan pd lelaki. dan saya rasa lah kan, cuma kadang-kadang bila kita percaya pada seseorang, kita seolah-olah beri harapan pada dia. maksud sy, perempuan ni sensitif tau bab2 perasaan! jd mgkin lelaki tu bg layanan lbih sket dan perempuan rasa dia sgt2 istimewa pd lelaki tuuu!

    ReplyDelete
  35. mizz jaja: sy doakan awak temui cinta yang sejati. insya allah~

    dan sy rasa jika kita berbuat dan berniat baik, insya-allah satu hari nanti, akan terbuka hatinya utk kita dan macam tu juga hati kita utk dia!

    ReplyDelete
  36. anon: thank you for ur support! luv-u lah!

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork