Saturday, December 4, 2010

Kau Nak Tipu Aku? Sorry, wrong person!

Salam semua.

Seperti biasa, bila aku tulis entry, aku akan share dengan korang semua masalah-masalah negara kan? heheheh. Yerlah kadang-kadang, orang lain layan kita seolah-olah kita ni tak de akal yang boleh berfikir. Seperti kita ni budak-budak kan? Sorilah... janganlah pandang orang sebelah mata. Kebanyakan entry yang aku tulis, tujuan aku nak bagi kita semua peka di samping luahkan pendapat, idea dan kongsi pengalaman korang. Kita kena berani bersuara lebih-lebih lagi kalau berkaitan dengan hak kita. Dan untuk entry kali ni, cam biasalah, nak share dengan korang pengalaman aku dengan seorang peruncit pagi tadi....

Al kisah bermula sebegini......(korang sebut TAAAIIIIYIIIB!) heheh cam cite P.Ramlee plak....


Pagi tadi, lepas sarapan, aku temankan mak aku beli barang nak buat mee goreng sebab mak usu aku nak datang. Than, macam beselah, aku pun pegi satu kedai runcit berhampiran rumah. Dipendekkan cerita, lepas aku dah beli beberapa barang (sawi, tauge,mee kuning, telur, etc) macam biasalah, ke kaunter untuk bayar. Sebagai anak yang solehah (cewah) aku pun nak bayarkan lah berapa semua barang tu kan. Than, aku tengok laa lelaki yang kira barang tu. Dia gunakan mesin penimbang yang automatik dan lagi satu mesin wang yang selalu ada kat kedai tu.  Memula di timbang tauge, aku tengok harga tauge tu, RM 1.23 sen. Tapi dia masuk kira kat bill, dia tekan RM 1.30. Aku diam lah dulu. Tak kesa sangat lah kalau setakat RM 0.07 sen. Pastu dia kira mee, telur semua betul lah harganya. Pastu, part dia kira sawi. Kat mesin penimbang tu harganya, RM 1. 71 dia 'key in' RM 1.80. Wah ini tak boleh jadi ni... aku mesti buat something, jadi aku pun tanyalah kat dia......

Aku: Bang, nak tanyalah, harga barang yang ditimbang ni kat sini ek? 
(sambil tunjuk bahagian RM kat alat    penimbang tu.)
Abg: ha ah... kat situ (sambil mengangguk dan senyum)
Aku: Abg, dah dua kali abg tersalah key in kat mesin duit tu. Tadi 1st, tauge. Harga yang keluar kat mesin penimbang tu RM 1.23 tapi kenapa abg key in RM 1.30. Pastu, sawi ni. Harga RM 1.71 tapi abg key in RM 1.80. Salah tu bang. 
Abg: Eh, apa plak? (sambil tengok aku, muka dah lain macam. dia mula keluarkan barang balik.)
Aku: Dari apa yang saya tahu, dan saya belajar lah bang. Kalau nak bundarkan memang boleh, tapi biarlah ikut spesifikasi yang betul. Kalau bawah dari 5sen contohnya RM 1.22 dibundar kepada RM 1.25 tapi kalau lebih dari 5 sen barulah dibundar kepada 10 sen seterusnya contohnya  RM 1.26 barulah dibundar kepada RM 1.30. Tapi abg buat lain. Salah tu bang.
Abg: (senyap sambil timbang barang balik dan pandang aku. Muka masih tak puas hati) Haaa... kalau macam ni berapa? (dia tanya aku sambil timbang tauge tu balik dan tertera RM 1.23. Tapi nada suara dia cam nak marah dan seolah-olah benci aku tunjuk pandai)
Aku: Kalau macam tu RM 1.25.
Abg: Kalau ni plak? (sambil timbang lada dan keluar RM 1.87)
Aku: Ni, RM 1.90.
Abg: (sengeh, muka masih geram) 


Alat penimbang automatik 
mesin wang


Lepas dah bayar dan ucap terima kasih, aku pun tinggalkan kedai tu. Tapi aku perasan, muka abang tu masih geram pada aku. Okelah, mungkin sapa-sapa yang baca entry aku ni akan cakap aku berkiralah, atau kata "haaalaaa setakat 7 sen pun nak kecoh!" tapi bukan itu yang aku maksudkan. Aku nak bukak mata semua orang bertapa mudahnya peniaga menipu kita jika kita takde ilmu kepenggunaan. Aku jugak nak semua orang peka dan berani bersuara. Jangan terlalu mempercayai peniaga sebab dalam otak dorang memang nak untung je. Jadi macam-macam cara yang dorang guna untuk dapat keuntungan. Mungkin 'abang' tu pikir, dia boleh memperdaya orang bila dia buat macam tu. Dia kira laju-laju jadi orang tak perasan. Tapi cuba korang semua pikir. Itu baru sorang dia dapat keuntungan mudah cam tu. Bayangkan kalau 10 orang? 20 orang? 100 orang. Kalau 100 barang? Setiap barang, dia dapat untung 'mudah' 5 sen. Berapa banyak dia dapat? Senang kan peniaga nak menipu? 

Itu belum kira lagi dalam bab penimbangan. Kadang-kadang ada peniaga yang ubah sukatan. Letak pemberat kat bahagian bawah penimbang. Jadi, walaupun korang beli 1000 gram @ 1 kg tapi sebenarnya hanya 800 gram. Korang bayar, harga untuk 1kg. Itu belum lagi kes campur barang yang baik dan yang tak baik. Aku pernah ada pengalaman, masa tu nak beli beras pulut. Bila ayah aku tengok betul-betul, beras pulut tu bukan 100% beras pulut. Peniaga tu campur dengan beras nasi yang hancur supaya lebih berat. Macam-macam kan, peniaga buat hanya untuk dapat keuntungan lebih.

Lagi satu, korang berhati-hatilah bila ke pasar raya. Tanda harga yang diletak ada kalanya tak sama bila discan. Baca label yang ada. Kadang-kadang kita yang tersalah faham dengan promosi yang dibuat. Mungkin promosi tu untuk barang yang 800gram. Tapi  kita nampak dia letak label tu dekat barang yang 950 gram. Jadi kita ingat harganya murah berbanding asal. Bila di scan, harga mahal dan kita mulalah bising. Rupanya kita yang salah baca. Salah tengok dan salah faham. Nak tak nak, korang kenalah bayar. Time tu, korang akan rasa diri korang bodoh sangat sebab kena tipu kan? Ada juga pasar raya atau barang yang dijual mengenakan syarat dan terma tertentu. Dalam bahasa undang-undang di panggil "exception clause" atau "klausa pengecualian". Biasanya syarikat atau penjual buat klausa pengecualian ni untuk lepaskan diri mereka daripada bertanggungjawab atas apa-apa masalah selepas pengguna membeli barang tu.

Sebelum aku terlupa, korang pernah tak terima mesej dari Maxis pasal caller ringtone. Lebih kurang macam ni lah mesejnya. " Anda berminat dengan lagu ini? Jadikan ia sebagai Caller Ringtone. Jika anda tidak ingin melanggannya balas mesej ini dengan menaip 'NO' ke no 33XXX  dan sekiranya anda tidak membalas mesej ini, RM 3 akan dipotong dari akaun anda setiap bulan". Korang nampak tak strategi dorang? Bukanke selalunya, kalau kita tak nak melanggan, kita tak perlu balas mesej tu. Tapi dorang buat strategi terbalik. Kalau tak nak,  balas mesej. Kalau tak balas, dikira sebagai melanggan dan dorang akan potong kredit kita. Senang kan dorang dapat untung. Dan bagi mereka yang tak memahami konsep tersebut, akan abaikan je mesej tu dan tanpa dorang sedar, kredit mereka dipotong. Bayangkan kalau 1000 pengguna buat benda yang sama. RM 3 x 1000 = RM 3000 keuntungan mudah oooooi!!!!

Disebabkan tu, aku rasa kita perlu lengkapkan diri kita dengan ilmu kepenggunaan. Kita mesti tau hak kita sebagai pengguna. Bukan sekadar tau bila tarikh luput barangan je, tapi harga, harga siling, promosi dan potongan harga, cara label dan macam-macam lagi perlu kita faham dan tahu. Supaya peniaga tak boleh tipu kita. Para peniaga pun sepatutnya jujurlah dalam berniaga untuk dapatkan keuntungan yang halal. Kan lebih berkat bila kita berniaga dengan cara yang betul.  Hak pengguna sangat penting dalam hidup kita. Bertanya dan berhati-hatilah yer. Kalau korang tak tahu atau ragu-ragu dengan hak korang, cubalah adukan pada mereka yang lebih arif

Sekali lagi, it simple. Kita tahu hak dan kita perlu bersuara. Undangundang dan agensi penguatkuasa sahaja tidak mampu  nak menjamin kepentingan kita semua  terpelihara sepenuhnya tanpa tindakan dan pelaksanaan tanggungjawab oleh kita para pengguna sendiri. Untuk maklumat lebih lagi tentang hak pengguna, apa kata korang klik link yang aku bagi ni dan amalkan apa yang disarankan ye  ------> KITA MESTI TAU HAK PENGGUNA

25 comments:

  1. memnang lahh..amani pun pernah terkena dekat 1 pasaraya ni...sabau jelah time tuuu...errmmm...tq tuk maklumat tu yerr

    ReplyDelete
  2. amani: sama-sama. apa yg saya tau, sy share la!

    ReplyDelete
  3. super like this!!
    heran kn org skg nk cri untung xksh dh dosa pahala.. 1sen pn haram tau.. xtau ke apa akibat mkn dari sumber yg haram? hati ni ble jd gelap.. ish2.. so, kita sbg pguna kena la bijak n brani menegakkn hak kita.. kn3?.. s0k0ng tndakan u kt 'abg' tu.. ^__^

    ReplyDelete
  4. terharu aku bace..mmg nak kene oh..
    asal kau tak cepuk je abg jual tu??
    marah2..lain kali kau backhand cukup..haha..kejam tak aku??hihi

    ReplyDelete
  5. yg part maxis tu ade ke die buat cmtu??xpenah prasan pon.

    ReplyDelete
  6. izwanie: beselah manusia. semua nak keje senang dan cepat kaya~ tak kesa cara halal ke haram.

    dan kita sbg pengguna kena bijak dan berani!

    ReplyDelete
  7. far8: terharu? hehehe jgnlah gtu. aku tak kjam! woooo~

    ReplyDelete
  8. nazirul: ada satu masa dulu, itu strtgi dorang. cuba awak baca btul2 msg tu. sbb pakcik sy penah kena. dan bila sy tgk balik msg dia, baru sy paham apa yg tersembunyi!

    ReplyDelete
  9. jahat itu abang..makan duit haram walaupun sedikit..

    ReplyDelete
  10. bgus pon wat cm tu.biar pdn muka nya.kikiki

    ReplyDelete
  11. m.blurry: kena wat aduan kalau cam tu~ sbb makin lama makin ramai yang tertipu

    ReplyDelete
  12. Mmg geram kalo org saja amik mudah kira2 ni.. Dia kira ikut dia jaa mentang2 kedai dia.. nsib bek kamu alert klo cik teratai abeslaa kena tipu..hehe..

    ReplyDelete
  13. cik teratai: pas ni, awak alert tau. Tak mau rugi lah.... bersuara dan fight for our rights!

    ReplyDelete
  14. thanks for ur info :) sangat berguna.

    ReplyDelete
  15. erika: sharing is caring rite... just be careful

    ReplyDelete
  16. salam
    kira oklah tu ada hak untuk menegur..klu x tegur, mungkin akan berterusan untuk pengguna lain

    ReplyDelete
  17. Pencari Qurratuaini: saya fikir supaya orang lain tak kena tipu sama!

    ReplyDelete
  18. haha..sebenarnya dkat pasaraya giant pn guna taktik nie...sepatutnya kira semua baru genap kan..bkan 1 per 1 brg...ada penipuan skit. hati2~!

    ReplyDelete
  19. irfan: ye itu pun saya tau jugak. tadi bincang ngan pak usu sy pun dia cakap cm tu, suppose to be, dia scan smua barang than barulah dia round adj semua kan!

    ReplyDelete
  20. ada yg masih menganggap halal pada makanan sahaja, sedangkan aspek kehidupan juga perlu halal, aspek mencari rezeki terutamanya..bila jadi penipuan begini pastinya sumber rezeki dah jadi shubhah..

    jadi tak hairan kalau ramai anak2 sekarang walaupun berasal di kalangan org baik2..tapi disebabkan penipuan begini, sumber rezekinya tak halal..hasilnya dimakan anak2..

    mereka mestilah contohi Nabi Muhammad s.a.w dalam berniaga..

    ReplyDelete
  21. nasib baik perasan pasal bundar kan tu kan. kalau tak, bazir je duit kita untuk perkara macam tu .

    ReplyDelete
  22. as salam...geram pula dgr citer kamu...sesuka jer bundar smpai mcm tu sekali...aduiii...nth2x dah ramai lg yg kena kan....hope, tindakan berani innanie bukak mata tokey mcm tu...

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork