Monday, December 6, 2010

Kenapa Aku Mohon Doa & Sokongan Hari Tu?

Salam semua.

Sebelum korang teruskan baca entry ni, apa kata korang baca dulu entry aku sebelum ni. Sebab ni ada kesinambungannya.----->READ HERE! supaya korang lebih mengerti apa yang aku rasa. 








Dah baca? Bagus. Sumpah masa tu aku sangat sedih & now let me tell u something, what is the reason. Simple. It's because of INDONESIA! Iyer, sepatutnya 5 Disember ni la aku terbang ke Surakarta, Jawa Tengah, Indonesia sebagai wakil UM dalam program keusahawanan kat sana. Tapi.... segalanya kita hanya mampu merancang. Tak layak nak tentukan.... 

Disebabkan beberapa masalah teknikal dari pihak diri aku sendiri beserta kemungkinan-kemungkinan yang dijangka, aku terpaksa tarik diri. Waktu yang diberikan untuk aku buat pasport sangat-sangat tak mencukupi. Dan kebetulan, aku tengah musim exam masa pihak admin mintak buat passport tu, so aku tak dapat nak pegi ke pejabat imigresen. Lagi satu, bila fikirkan balik soal kewangan. Memanglah pihak admin kata, semua ditanggung dan dibagi elaun makan. Tapi, aku dengar nasihat Kirin yang dah berpengalaman. Semester lepas, dia ada exchange student programme dengan universiti kat Indonesia. Jadi, pada awalnya pihak admin kata semua adalah ditanggung, tapi bila sampai sana elaun makan yang diberikan tak cukup. Hanya mampu guna untuk makan sekali sehari je. Haaaaisssshhhhh dah lah jauh, takde guide kat sana dan takde pulak sumber kewangan. Nak tak nak, mak bapak jugaklah yang kena sponsor kan. Bukan tu je alasan, Kirin juga bagitau yang pensyarah dia susah untuk balik ke Malaysia masa dia ke Indonesia baru-baru ni disebabkan flight yang selalu delayed akibat cuaca buruk. Malahan, penyakit jugak tengah banyak kat sana akibat bencana yang baru-baru berlaku ni.

Jadi, setelah aku pikir masak-masak dan menimbangkan semua perkara. Aku tarik nafas dan buat keputusan untuk tarik diri. Aku rasa tak adil kalau aku nak berseronok ke luar negeri sedangkan mak dan ayah aku kat sini tengah susah kan. Iyer lah, paling tidak kena spend duit +- RM 1000. Kan duit tu boleh diguna untuk benda lain. Memang pada mulanya, aku sedih tapi bila mak pujuk balik. Aku pikir ada betulnya dan tak rugi kalau kita dengar nasihat orang tua. Macam yang mak pernah kata, "Mungkin sekarang belum rezeki Ateen lagi. Nanti kalau dah kerja, pegilah mana pun pelusuk dunia ni yang Ateen nak." Sangat terharu bila dengar suara tu bagi nasihat kat telefon. Seolah-olah mak aku tau yang aku sedih dengan keputusan ni. 

Takpelah. Insya-Allah rezeki aku akan datang untuk ke tempat orang. Memang inilah impian aku. Hidup di tempat orang. Luar dari Malaysia, mencari pengalaman dan mengenal kehidupan. Moga, Allah murahkan rezeki aku. Amin.

20 comments:

  1. masih berpeluang untuk pergi dilain masa..peluang tetap akan datang kembali

    ReplyDelete
  2. salam..
    saya ikhram..

    dulu masa saya sekolah dulu.. sekolah ada buat mcm3 rombongan sekolah ke mcm2 tempat.. tp tak de satu pun mak benarkan.. alasannya kami tak berduit.. duit ada byk nak guna.. walaupun saya tak faham knp mak buat saya mcm tu.. tp terpaksa akur.. sebab semua keputusan di tgn dia..

    tp mak pujuk hati saya dgn ckp2nya yang saya rasa boleh pakai..

    "abg, hari ni blaja sungguh2.. esok bila dah berjaya, semua tempat ko bley pergi.."

    skrg belum sempat keje baru kat mktb pun saya dah pegi mcm2 tempat..

    nasihat saya sebgai kawan baru.. nasihat orang tua tu ada berkatnya.. jgn terlalu memikirkan rezeki hari ni sehingga takut menolaknya walhal rezeki hari esok mungkin lebih byk nikmatnya.. masa depan sapa yg tau..

    adalah hikmah atas semua yg berlaku.. jd saya doakan apa2 yg terbaik utk aten k? amin..

    ReplyDelete
  3. jgn cedih2 k..mmg setiap kjadian tu ada hikmah nyer..

    ReplyDelete
  4. anak yang baik.. walaupun sedih tak leh nak gi sane ateen kene bangga dgn diri ateen sbb mampu buat mak tersenyum bangga dgn keputusan matang ateen..


    pst: atie penah buat silap dulu :(

    ReplyDelete
  5. mata hati: insya-Allah dan saya jugak harap peluang sentiasa ada... dan harap sy masih diberi peluang!

    ReplyDelete
  6. ikhram: thank you so much bg nasihat berguna tu, memang btul kalau dgr nasihat orang tua, mesti ada baiknya.

    sy gak pecaya bhwa, smua benda yang dah diberi dan ditakdirkan adlah yang terbaik utk kita. dulu sy pun penah menyesal sbb tak dapat masuk asasi law lepas spm. rupanya Allah nak bagi yang lebih baik dr tu kan!

    amin. moga doa kita smua makbul!

    ReplyDelete
  7. chawi: terima kasih sbb bg sokongan moral. stju. smua bnda ada hikmahnya!

    ReplyDelete
  8. kak atie: trima kasih. sy rasa, dgn memahami situasi dan keadaan susah payah parents pun blh jadikan kita anak yang baik kan.

    akak, jgn mnyesal benda yang sudah dan terima kasih sbb ingatkan sy supaya tak ulang balik kesalahan yg akak pernah lalui dulu! moga kita semua diberi kebaikan!

    ReplyDelete
  9. salam..InsyaAllah ada peluang lagi di lain masa..
    Jgn sedeyh..
    kamu da buat keputusan yg baik lagi2 di musim exm skng ni..

    all the best!

    ReplyDelete
  10. I give birth to infer from a scarcely any of the articles on your website in the present circumstances, and I extremely like your tastefulness of blogging. I added it to my favorites trap age list and last will and testament be checking promote soon. Divert check into public notice my position as well and fail me conscious what you think. Thanks.

    ReplyDelete
  11. noyu: terima kasih atas sokongan anda. sgt menghargainya!

    ReplyDelete
  12. oh..ingatkan apa tadi hehe..takpe..fikir positif, betul kata mak tu, insyaAllah ada masa, mcm2 tempat boleh pergi

    p/s:cara yg mana berjaya?

    ReplyDelete
  13. jgn sedih2 yer, setiap kejadian pasti ada hikmah disebaliknya, mudah2an suatu hari hasrat murni tu akan tercapai jua..insyaAllah

    ReplyDelete
  14. tengkorak emas: terima kasih atas sokongan anda! dan memang sy dengar kata emak!

    ReplyDelete
  15. sweetsal: thank you so much. insya allah.... ada kebaikan

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork