Tuesday, December 21, 2010

Dulu Aku Lawyer, Sekarang Aku Doktor !

Salam semua.

Ramai yang bertanya pada aku macam mana keadaan ayah aku sekarang kan. Terima kasih banyak-banyak pada mereka yang concern pada aku & family aku. Tak lupa juga pada semua kawan-kawan yang mendoakan ayah aku. Terharu aku dibuatnya. Pada mereka yang tak tau apa cerita sebenar, silalah rajinkan diri anda baca entry aku sebelum ni.... supaya anda mengerti apa yang saya bakal ceritakan.

Aku buat entry ni adalah untuk bagitau kat korang tentang perkembangan kesihatan ayah aku. Alhamdulillah banyak perubahan positif yang dah ada pada dia. Lepas keluar dari hospital tu, salah sorang pakcik aku bawak kan tukang urut daripada Sungai Balang, Muar. Seorang nelayan yang cukup humble. Dia urut ayah aku untuk 3 hari berturut-turut. Dan semalam merupakan sesi urutannya kali ke-4. Sekarang ni tangan ayah dah boleh diangkat sikit dan menggenggam. Kaki pun dia boleh angkat sikit gak cuma agak lemah la. Walaupun sikit tapi aku sangat happy. Sebab ada perubahan. Setiap pagi & petang mak aku akan tuam badan dan kaki ayah aku dengan air panas untuk melancarkan darah. Bagi makan madu + air suam untuk tambah tenaga. Aku akan buat fisioterapi untuk ayah di waktu pagi dan petang. Setiap 4 jam, aku akan amek tekanan darah ayah aku dan pastikan tekanan dia stabil iaitu tak lebih 140/90. haisssh kalah kakak nurse kan!  Untuk pengetahuan semua, menurut doktor, ayah aku bukan kena strok/ angin ahmar. Tapi Hypertension & pendarahan otak. Entahlah, mana-mana lah yang penting sekarang ni aku just nak ayah aku baik seperti sedia kala. 



Pendarahan otak yang dialami ayah aku mengenai saraf pergerakannya dan benda ni memberi kesan pada pertuturan dan ingatan ayah aku. Memang mula-mula masa kat wad kecemasan, pertuturan ayah aku susah untuk difahami. Tapi semakin hari pertuturan ayah  dah semakin baik. Terapi yang aku buat setiap hari membuahkan hasil. Untuk pulihkan ingatan pulak, aku gunakan terapi yang aku buat & kaji sendiri. "Terapi Soalan". Aku kerap bertanya pada ayah aku tentang apa sahaja. Contohnya, kalau kawan-kawan dia datang, aku tanya pada ayah aku sapa nama kawan-kawan dia. Kawan-kawan dia tinggal kat mana. Lepas tu, bila azan, aku akan tanya siapa nama yang azan tu. Supaya dia boleh  mengecam suara melalui pendengaran dia jugak.  Untuk elakkan stress bila dia lambat atau tak dapat jawab soalan aku tadi, aku akan bagi hint dan buat terapi tu secara humor. Jadi, dia akan gelak-gelak di samping buat exercise untuk mukanya. Memang agak rumit dan susah untuk terima keadaan tu, tapi aku tak kan mengalah. 


Blood Pressure Machine
Bila ayah aku kena penyakit macam ni, aku mula belajar cara rawatan & penjagaan pesakit. Ketua jururawat HSA sendiri yang panggil aku dan ajar cara penjagaan. Bukan secara fizikal je, emosi & perasaan pun kena diambil kira. Sebenarnya, aku belajar BERSABAR. Bersabar melayan kerenah ayah. Alhamdulillah, aku tabah & sabar hadapi segala ujian. Tak putus-putus orang masjid menziarahi ayah. Macam tu jugak anak-anak buah ayah di JKR. Sedia membantu tak kira masa. Memang bersyukur sangat. 

Aku redha & sabar dengan semua ni. Insya-Allah ada hikmah & kegembiraan yang bakal kami sekeluarga terima. Semoga ujian ni membersihkan hati & dosa kami sekeluarga. Sekali lagi, aku memohon doa dari anda semua. Terima kasih.

24 comments:

  1. alhamdulillah..ayah awak ade anak seperti awak..semoga ayah kembali pulih seperti sedia kala..amin

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...

    bagus ade anak cam kamu..:)

    smoge ayah kamu cepat sembuh ye dear :)

    ReplyDelete
  3. feez- hafizah: terima kasih atas pujian. amin moga doa kita dimakbulkan

    ReplyDelete
  4. bella; terima kasih sebb bagi sy sokongan. thanks juga untuk doa tu! amin!

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah

    semoga segalanya okei yaa

    (:

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah semua selamat dan semakin baik..
    Hope ur family xkan berputus asa dengan dugaan ni ye..

    ReplyDelete
  7. cik miera: insya Allah saya & family tak putus asa dengan semua ni. Kami redha & terima. Doakan kami ye!

    ReplyDelete
  8. cik miera: insya Allah saya & family tak putus asa dengan semua ni. Kami redha & terima. Doakan kami ye!

    ReplyDelete
  9. cik miera: insya Allah saya & family tak putus asa dengan semua ni. Kami redha & terima. Doakan kami ye!

    ReplyDelete
  10. salam...



    bersabarlah ye.....moga ayah awk kembali sihat....ameenn...

    ReplyDelete
  11. adinda amy: time kasih bebanyak. moga Allah makbulkan doa awak & saya!

    ReplyDelete
  12. salam

    bkn semua org blh buat seprti kamu,bgsnya

    beruntung ayh,Alhamdulillah

    gts

    ReplyDelete
  13. peri pia: time kasih atas doa kamu. amin~ ini masanya untuk berbakti kan!

    ReplyDelete
  14. Ramai blogger dah memberikan sokongan dan doa buat ayah awak, semoga semuanya dimakbulkan..teruskan usaha ye

    ReplyDelete
  15. tengkorak emas: time kasih ye awak. awak pun banyak bagi sokongan pada sy!

    ReplyDelete
  16. alhamdulillah.. terharunya kalau dapat anak macam awak ni.. sy d0akan ayah awk cepat sembuh k.. aminn..

    ReplyDelete
  17. alhamdulillah..sejuk hati ayah ibu sis..moga2 ayah cepat sembuh k:)

    ReplyDelete
  18. padelah: saya rasa semua anak boleh jaga orang tuanya masa mereka sakit. cuma perlukan sedikit kesabaran & ketekunan. Insya-Allah rezeki kita lagi bertambah kan!

    ReplyDelete
  19. anne: thank you darling sbb doakan ayah sis. Sis cuba untuk jadi anak yang terbaik pada mereka. dan harap mereka senang & sudi doakan kebahagiaan sis jugak!

    ReplyDelete
  20. Be strong dear...
    Moga ayah sembuh cepat...

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork