Monday, December 27, 2010

Nasib Baik Aku Masih Hormat Kau

Salam semua

As usual, i'll come out with the "BUKAK MATA" entry. Hari tu,  aku ke HSA, JB untuk pemeriksaan lanjut neurologi ayah. Alhamdulillah, segalanya semakin baik. Pendarahan di otak ayah semakin mengecil, dan ia tetap akan meninggalkan bekas lebam di otaknya. Doktor kata, medical check up dah tak perlu lagi. Just monitor blood pressure ayah supaya tak lebih dari 140/90. Urutan tradisional tetap diteruskan.

Lepas dah habis check up dengan doktor semua & berbincang-bincang sikit, aku pun keluar. Ayah aku dibawa turun ke tingkat bawah (Unit Neurologi Tingkat 3) manakala aku tunggu jap sebab nak amik Medical Cert. & beberapa dokumen. Dalam 5 minit aku duduk, tak lama nama ayah aku dipanggil. Aku pun pegilah ke meja nurse. Sesampainya kat meja nurse...

Nurse: Awak siapa dengan En. Ariffin?
Aku: Saya anak dia.
Nurse: Oh... doktor kata ayah awak tak perlu lagi buat datang ke sini buat medical check up. Kalau ada apa-apa bawa ke Klinik Kesihatan yang terhampir ye. Ayah ada kencing manis & darah tinggi kan?
Aku: Eh! bila masa pulak? Setahu saya doktor kata ayah saya takde apa-apa. Blood pressure normal , diabetes pun takde. Just 6.3 je, gula dalam darah.
Nurse: Buat muka pelik. Eh, ayah awak takde darah tinggi, takde kencing manis, pun boleh kena strok? Macam mana ni? Nada mengejek.
Aku: Maaflah, saya rasa soalan tu awak tak patut tanya kat saya. Baik awak tanya kat Allah. Sebab dia yang bagi dan saya redha. Takde sapa yang tahu apa takdir kita. Kadang sekarang ni kita sihat, mana tau 5 minit lagi maut menjemput kita. Tak tahu kan?
Nurse: Senyum kerang & pegi sambung keje dia. 
Aku: Thanks  ye...

Apa perasaan korang sebagai anak pesakit dan diajukan soalan sebegitu? Patutke seorang nurse bertanya macam tu? Seolah-olah tak percaya takdir. Qada' dan Qadar Allah. Aku akui memang pelik bagi mereka yang kena strok tapi tak de darah tinggi dan kencing manis. Tapi semua tu sekadar penyebab je. Kalau dah disuratkan kita sebegitu, maka jadilah apa yang dikehendaki-Nya. 


Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Hadid,Ayat 22:
Tidak ada sesuatu kesusahan(atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu,melainkan telah sedia ada di dalam kitab (pengetahuan kami) sebelum kami menjadikanya



Lagi satu cerita. Macam yang aku pernah ceritakan sebelum-sebelum ni, memang ramai yang menziarah, melawat dan mendoakan moga ayah aku beroleh kesihatan seperti sedia kala dan sesungguhnya aku sangat terharu dengan semua tu. Cuma kadang-kala aku rasa kita perlu menjaga adab dan pertuturan kita ketika melawat orang sakit. Hati dan perasaan pesakit dan keluarganya perlu dijaga. Bukan apa, dalam keadaan begini hati mudah sangat terasa. Al-kisahnya.....


Pakcik K: Apsal tak hantar  pakar?
Mak: Dah cukup bersyukur lah orang masjid hantarkan ke hospital biasa. Kalau kena time drive ke atau pun sorang-sorang ke, macam mana?  Kat JB pun, doktor pakar ramai. Setiap masa check.
Pakcik K: Hmmm.... kalau pakar 2 hari je dah boleh jalan. Ni dah lambat. Susah lah nak baik. Silap-silap takde harapan. (sambil mencebik)

Nasib baik lah aku kat dapur masa tu. Kalau time tu aku kat depan atau aku dengar apa yang dia cakap... memang aku balas BAIK PUNYEEER!
Takpe, sabar & hormat orang tua. Lagi pun pakcik tu jiran lama aku. Tak kan lah nak beta plak!


Tak pelah, tak kesa. Aku bersyukur dengan segala nikmat yang diberi Allah dan aku sentiasa mendoakan ayah aku cepat sembuh seperti biasa. Insya-Allah. Sepatah kata pakcik aku. Hari ni Allah berikan kepayahan, tangisan dan ujian pada aku sekeluarga sebab Allah nak bagi satu kebahagiaan dan kegembiraan yang sangat besar selepas ini. Alhamdulillah.....


10 comments:

  1. tersentuh.
    sebab nis ada seorang ayah yg sakit
    bekas pesakit tibi


    berdoa pada Allah ya

    semoga segalanya akan dilindungiNYA

    ReplyDelete
  2. sabar ye nak.. doa bnyak2:)
    jangan lupa langsung kat yang atas tu,,

    ReplyDelete
  3. hm..dua2 yg diceritakan tu penuh aura negatif (org yg bercakap tu)

    bukankah mudah kalau kita bercakap benda2 yg positif..doa juga tu

    ReplyDelete
  4. anisa: saya tak putus doa pada Allah. moga ada hikmahnya kan.

    awak pun kena kuat. inu semua dugaan kita!

    ReplyDelete
  5. dabuldahi: insya allah sy tak kan lupa dia!

    ReplyDelete
  6. tengkorak emas: bila kita tak kena, memang la kita blh cakap kan... tapi sungguh sy kecik hati dengan dorang!

    ReplyDelete
  7. dasar mulut takde insurans...puaka punyer mulut...haishh akak plak yg emo...

    ReplyDelete
  8. sabar ye, kita faham perasaan awk :)

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork