Saturday, July 31, 2010

31 Julai 2010

last entry: 24 Julai 2010
hari ni punya entry: 31 Julai 2010

MAK OIIIII !!!!!!!

lamanya aku dah tak update blog ni.... patut laaaa berhabuk bagai... bukan sengaja. busy manjang! al-maklumlah.... kelas full tiap2 hari. isnin sampai khamis 9-5! dah macam keje opis plak kan!

Bukannya tak nak update.... teringin bebenor! banyak mende dalam kepala ni yang dicrite kat blog. tapi apakan daya. SAYA STUDENT YANG BERDEDIKASI.... ahahah! poyo je ayat kan! Bila tengok blog orang lain, berduyun2 entry dipublish....mula la rasa jeles! haaa ni pun entry ni sy buat masa sy kat umah. atas katil yang maha empuk ditemani encik internet yang sangat laju selaju ferrari~ kuasa di tangan anda! hahaha! merepek sudah! agaknya memang Bilik sy ni memang tempat sy dapat idea laaa.... sbbnya bila saya di c207, mood nak update blog tu cuma setebal kulit bawang jer..... MOOD STUDY YANG MENEBAL2...ah! giler HIPERBOLA ayat aku!

walau apa pun, saya akan cuba laaa sedaya upaya nak update blog ni selalu yer! share semua cerita yang patut sy share! hehehe! dan sy tak kan biarkan blog ni terbiar sepi terlalu lama!



Saturday, July 24, 2010

C207



Tahun 2, Sem 1

Lokasi Bilik: c 207

Penghuni:
1. Saya
2. N Hanani
3. Syafiqa Syazana
4. Kak Dayah

suasana: 24-7 Ketawa!



hahahah! memang itulah kebenarannya!
bilik kami asyik ketawa je.
mana tidaknya, banyak benda yang diborakkan...
yang dikongsi sama
kadang jerit. kadang ketawa.
tapi
belum lagi nangis
dan harapnya jangan la yer~

kami semua berlainan fakulti.
sebab tu bila balek bilik, semua share cerita dan gelak sama-sama.

walau apa pun... Bilik saya sangat HEAVEN!
sejuk.gelap.happy!

N, Piqa.... I LOVE YOU SO MUCH DARLINGS!!!!
MUAH2!


psst: nak berkenalan???
try laa kalau dapat!

OUR EARTH | OUR HOME



pheeeewwwwweeeeeettttt!!!! yeeehaaa!!! saya dah tukar layyout dah.......
untuk ke berapa kali???
Usah Ditanya! kerana sy sendiri tak ingat!
saya rasa saya ada satu bad habit laaa....
Saya Cepat Bosan!
Bahaya jugak habit ni.

sekarang mungkin laa takpe kan!

Boring baju lama, Beli baju baru.
Boring handpone lama..... Beli yang baru.
Boring lagu lama....download lagu baru

tapi kalau

Boring Suami Lama.....


haaa... jangan mandai2 jawab.... kan kalau salah sambung
mampu kecoh satu negara.
dah2... STOP it.... this is only Entry Sampingan!!!! hehehe....


THe StorY that i Want To TEll You....

I'm A NATURES LOVER!!!
seriously

saya baru TERPERASAN yang saya ni Natures Lover.
(ceh cam puji diri sendiri plak! Ah! Lantaklah!)

MOTIF?????
mesti tu yang korang nak kan....

saya Natures Lover sbb:

1. paling benci bila asap kenderaan yang HITAM PEKAT SESAK BAGI ORANG MATI CEPAT keluar cam F**K!
menyampah sangat... cam takde orang kat belakang BONTOT kenderaan kau.


2. Rasa terguris sangat bila hutan atau pokok2 kena tebang....
saya rasa nak menangis bila tgk HUTAN jadi GONDOL

3. Kasihan pada haiwan2 liar yang tiba-tiba jadi merempat!
kalau saya TArzan... saya akan suruh menatang2 tu semua take over rumah2 manusia...
baru dorang taw cemana hidup tanpa RUMAh

4. menyampah tgk sungai dan laut yang mula2 BIRU tapi dah tukar COKLAT2 HITAm.

5. PALING MELUAT + JAKI JIPANG bila MANUSIA TAK NAK MENGAKU BAHAWA TANGAN MEREKA LAH YANG MEMUSNAHKAN ALAM!!!

one word
WTF!



dan saya rasa.... saya tak dinamakan NATURES LOVER kalau saya tak take action.
mungkin ada yang kata, action yang saya amek ni tak bg kesan langsung...
but at least, i'm doing my part!
how bout you?

so. action yang saya buat

1. JOIN THE NGO's
cth: saya menyertai kempen HIJAU yang dianjurkan oleh UM.CARES



2. BY LAW
cth: i'm taking ENVIRONMENTAL LAW as my Elective Dalam.... and currently sedang mencari bahan utk assignment berkaitan LAW & POLICY TO IMPROVE ENVIRONMENTAL PROBLEM.


stakat masa ni, inilah action yang saya buat.
kata orang
BIAR SIKIT TAPI DIBUAT, DARIPADA BANYAK TAPI TERBIAR

so... FRIENDS~ what you're thinking for?
come on.... join me and LOVE THE NATURES!

* really happy bila UM selitkan MODUL UM:ENVIRONMENTAL IDOL semasa MHS.

* thanks to DR. ZEEDA FATIMAH MOHAMAD for all these pic during UM MHS 2010/2011













sebagai sokongan saya CINTA ALAM SEKITAR, diary saya juga berkaitan ALAM

^____^ present from Abg Shawal



~LOVE YOUR EARTH~



Sunday, July 18, 2010

Keserabutan Hilang Bila Dapat Hadiah!!!


wooohoooo!
1st week in UM generally and specifically in LAW FAC..
agak letih sbb minggu ni add and drop week
so masing2 busy nak amek subjek ape..

TUTORIAL!
jangan tanya
cam ntah hape2 je registration nya!
semua berebut2.... dan ada dominasi kelas
BENCI GILER!~
kadang-kadang saya terpikir jugak kenapa laa UM ni tak maw ubah sistem
upgrade laa sistem pendaftaran tutorial supaya jadi lebih sistematik dan tak laa sampai ada orang berbunuh-bunuhan.
buatlah sistem
"EARLY BIRD CATCHES THE WORM"
baru adil dan saksama...




takpe laa tunggu saya jadi TNC kot baru leh ada sistem cam tu! hahaha!
sorry yeee!
BTW.... Alhamdulillah kelas sy tiada di hari2 yang tidak sepatutnya!
so senang kot nak chow balek JOHOR! hahah!

okeh2... next story okeh!
minggu ni saya dapat 3 hadiah!
yang smua nya cute2 belaka!
semuanya dari insan2 yang saya sayangi....

terima kasih sayang2 semua!
moga kebaikan ada untuk kamu semua!


meh2 saya stosy sket pasal hadiah2 ni yeee!

1. BEG

so comel kan dis bag!
heheh! jauh datangnya ni... from Indonesia.
dihadiahkan oleh MY SAYANG2...

SHAKIRIN SAAD
thanks a lot syg!

dia beli beg ni waktu tu dia ada exchange student program ke Bali, Indonesia.
dan beg ni sgt sweet!
saya dah guna dah... waktu tu tengok teater UDA & DARA dengan dia jugak!
hahah konon nak tunjuk laa yang kita guna barang yang dia bagi! hahaha! bleh gtu??



2. Coklat


as everybody knows...
saya sangat suka coklat!
dan coklat ni dihadiahkan oleh
NADIAH ABU BAKAR
one of my bff in Law Fac.
sebenarnya hadiah ni dah lama di simpan dia.
hadiah ni sempena besday katanya! hahah!
kan dah lama kan... bulan mei besday
hadiah bulan julai! hahaha
takpe laa DYA!
terima kasih sayang! ko mmg baik laa bg aku coklat! sdap okeh!



3. Mirror


this specially gift from
NORSAKINAH MOHD KHALID
my bff kat Law Fac jugak...
ni pun sama kes ngan Nadiah... hehehe!
cermin ni comel sgt sbb kat dpn nya tulis

YOU ARE HAPPY
WOW!

memang akan happy laa kalau tgk cermin ni hari2
sbab bewarna coklat dan bear kat dpan tu sungguh cute.
dan saya letakkan nya di meja study saya... so sentiasa saya memandangnya!


sebenarnya kawan tidak mementingkan harta benda mahupun rupa paras.
yang penting keikhlasan dan kejujuran dalam berhubung!

To all my friends...

Moga Hubungan Kita Kekal Abadi!

Friday, July 16, 2010

Cinta dimana-mana


first of all thank you very much to the Owner of

sebab sudi tag saya pada LOVE TAG ni...
so sweet darling!

THE TAG TITTLE IS

S.P.R.E.A.D.I.N.G.T.H.E.L.O.V.E




kenapa perasaan sayang perlu ada dalam diri kita atau ceritakan pengalaman anda berkaitan L.O.V.E!

Cinta atau sayang itu satu anugerah yang tak terhingga.
Dalam dunia ni, tanpa perasaan sayang atau cinta adalah mustahil untuk kita saling hidup bersama-sama.
Cinta yang agung tentunya pada Allah.
Cinta yang indah tentunya cinta pada Rasul.
Cinta yang menenangkan pastinya pada ibu bapa.

betul kata orang, kalau cinta itu buta sebab bila kita dah ada perasaan sayang, segala perkara diketepikan.
tapi biarlah berpada-pada. bukan apa takut merugikan diri kita je.

jadi, secara kesimpulannya, cinta itu satu abstrak yang tak dapat disentuh, dilihat mahupun dijual beli.... tapi cinta itu dapat dirasa.
lahir dari hati yang ikhlas.
Cintalah pada yang sepatutnya.....
dan
setiap orang berhak untuk disayang dan menyayangi.....


pengalaman?

bab-bab cinta ni, bukan saya tak nak berkongsi... tapi biarlah saya simpa dalam hati.
saya tak maw jadikan blog sbg diari. ITU JANJI SAYA.
jadi berkaitan soal hati dan perasaan, biarlah saya yang tahu.
dan sesungguhnya


CINTA ITU BUAT SAYA BAHAGIA!!!!


* saya mula rindu pada MY SAYANG2!


tag yang lain kan...
siapa yer?
siapa yer?
siapa?

SEMUA YANG ADA CINTA DI HATI!

Tuesday, July 13, 2010

Cerita Pertama dari Fakulti


Alhamdulillah.... setelah 3 hari berlalu jadi senior tahun 2....semuanya berjalan lancar.
Kolej dan bilik sangat okeh! 2 ibu jari naik laa senang cite...
kemas. cantek. bersih. dan selesa.
senang cite... sangat kondusif untuk study!
wahhh bersemangat sungguh ni... bagus apa!

Dimanakah lokasi bilik saya?
hahah! Alhamdulillah dipermudahkan.
kalau dulu bilik saya C205 tapi sekarang C207 je. so pindah depan bilik je laa....
dan rumate juga sangat2 satu kepala.
senang cite mmang happy laa dengan mereka ni... nati saya kenalkan mereka yer
next entry!

for my study plak...
registration semua sudah. cuma agak berebut sket laa untuk tutorial
ye laa semua tak maw ada kelas hari jumaat kan...
sapa nak? jumaat tu dah bleh balek kampung kot....
jadi saya free ye di penghulu hari tu.
so, mak.... tunggu saya balek!

dan tadi untuk 2nd day...
saya attend lecture Family Law by Datin Noraini.
senior2 kata, dia garang... dan memang pun.
dia sendiri mengaku tadi.
and her favorite's word is BODOH!
but she used it in a happy way!
i like it....hahaha!
tp walaupun cara dia agak garang tapi bebelannya persis seorang ibu kepada anaknya!

dan hanya dengan 2 jam kuliah pertama banyak benda saya belajar

kata Datin:

1. cari ruang dalam hati anda untuk sayang pensyarah/guru anda walaupun anda tak suka dia!
2. you cannot learn law alone! share!
3. Kenapa mesti anda agungkan budaya ENGLISH? Jadilah TRULY MALAYSIAN!
4.jangan terburu-buru untuk BERKAHWIN ye selagi anda masih bergelar Student

dan

5. MARRIAGE IS NOT THE END OF THE PROBLEM, BUT IT IS THE BEGINNING OF A HUGE PROBLEM

oooopsss jangan judge yang bukan2 kalau tidak tahu,
tapi

FIKIRKANLAH~!!!!!



Friday, July 9, 2010

VUVUZELA.....saya nak satu!




Kalau anda selalu menonton match for World Cup, kadang-kadang anda terganggu tak dengan bunyi pet-pet-pet-pet yang dorang buat kat stadium tu??? hehehe.... anda taw itu hape??
kalau tak taw.... meh sini saya bagi taw!

Nama Menatang Bising tu: VUVUZELA (read my lips...VU-VU-ZEL-A)

Nama Lain: LEPATATA @ Stadium Horn

Sebenarnya VUVUZELA ni diinspirasikan dari sejenis alatan muzik dari Brazil ataupun negara-negara Amerika Latin iaitu Corneta. Asal nama VUVUZELA ni dikatakan berasal dari South Africa sendiri iaitu daripada bahasa Zulu * cam Jabulani jugak.....

satu masa dulu, VUVUZELA pernah diharamkan di beberapa negara Eropah sebab kelangsingan dan kenyaringan bunyi yang sangat tinggi boleh menyebabkan seseorang tu pekak. Malahan ada columnis Jon Qwelane pernah menggelar VUVUZELA sebagai "INSTRUMEN FROM HELL" *mesti ada kes ni kan....tu la pasal geram sangat dengan VUVUZELA

tapi peminat2 bola sepak dah tak peduli lagi dengan segala macam arahan.... jadi mereka sehingga hari ni masih membawa VUVUZELA bila pergi tengok match bola sepak.
dan untuk langkah2 keselamatan, pengeluar VUVUZELA ada letakkan sign amaran, bahawa VUVUZELA tak boleh ditiup secara terus ditepi telinga sebab boleh menyebabkan pekak.

*tapi agak berguna pada mana2 orang yang susah nak dikejut dari tidur kan! heheheh!

Thursday, July 8, 2010

Beg & Baju Kurung





alamak tinggal beberapa hari je lagi ni ha nak mula semester baru!
baju dah packing dah. agak beso jugak laa beg yang dibawa!
macam orang nak pegi haji pun ada jugak gayanya!
memula tu memang sy dah limitkan baju2 yang nak dibawa. buat checklist. senang kot supaya takde yang tertinggal atau tercicir.
maklumlah bukan dekat JOHOR-KL tu. len laa kalau setakat Shah Alam ke, PJ ke! hari2 balek kot!

cite pasal baju...
saya adalah insan yang bawak baju banyak di kolej!
malu jugak laa kadang2 sebab beg sy besar gler. tapi nak buat mcam mana... dah memang baju saya besa2. lipat kecik mana pun beso jugak!
hahahah! ada satu cite taw...
masa 1sem saya kat UM, saya bawak baju kurung sebanyak

30 helai!

haaa....terbeliak mata!
itulah hakikatnya! saya akui sy memiliki banyak baju kurung.
ada orang buat baju kurung bila time raya je kan.
tapi style family sy len sket!
kiteorang kalau ada apa2 occasion pn memang buat baju!
kalau raya, bukan sepasang je...
kadang2 sampai 5-6 helai seorang buat baju kurung!
ye lah, kedai kain sekarang ni pun bukan main lagi promotionnya.
orang kawen promotion, cuti sekolah promotion, raya cina pun promotion,
senang cite
ONE YEAR PROMOTION laaa....
dan sy adalah antara peminat baju kurung.
jadi bila ada promotion memang tak akan lepaskan peluang la ye!!!

sy suka ke kuliah dengan baju kurung. senang begerak.
sopan dan selesa. tak kesa la kalau ada orang nak cakap sy tak up-to-date ke hape ke.
that is my style n i love it.
ANY OBJECTION????







Saturday, July 3, 2010

Orang Lain Kan Ada....


apakah perasaan anda sekiranya anda memberi award kepada seseorang blogger 'HEBAT' tetapi tidak dilayan walaupun telah diberitahu dalam chatbox, fb etc.

adakah kerana dia sudah ramai follower, jd sy si blogger mentah ini tidak diendahkan?
mungkin sbb award sy ni tiada nilai kot.
blog dia kan superb!

so tak heranlaa award ciput2 ni!
mungkin itu di fikirannya!

takper la....
ramai lagi yang saya boleh bagi award.

memang la award ni hanya di alam maya
tapi tak salah kan kalau kita saling membantu dan memeriahkan dunia blog ni?

bukan ke award tu sebagai tanda penghargaan dari seorang Follower/ blogger lain?

award/tag tu kan boleh mengeratkan lagi hubungan sesama blogger, salah ke kalau anda buat satu entry pasalnya?

hmmmm..... sedeh???

OH TIDAK!!!

sy tak kesa.
Orang Memberi Kita Merasa, Orang Berbudi Kita Berbahasa
Orang Tak Sudi, Orang Lain Kan Ada....

Senyum sampai telinga!




psst: mungkin kalau bg oscar award baru buat satu entry kot?

Artis dan Tudung

saya tak maw komen apa2... mari sama2 nilaikan!


*** pic kat bawah ni 18sx!!!

**************
************
***********
*********
********
******
*****
****
***
**
*
*
*
*
*
*







sopan kan?
realitinya




kan manis begini
*
*
*


realitinya



gugur jantung tgk si manis ni....

realiti dewinya!
huh!


apa punya fesyen daa??? atas tutup bawah bukak?? aiyo!





nak lagi?

ramai kot terpesona dengan wataknya....


realitinya....




ada lagi.....
hakikatnya



pic sterusnya ini paling sy marah....







apa komen anda?
apa pandangan anda?

maaflah! sy bukan hendak memperkecilkan mana-mana pihak sbb sy rasa semua orang tahu

" tak semestinya kita tak bertudung bermakna kita jahat, dan tak semestinya kita bertudung kita baik"

tp sy lihat artis hari ni menggunakan tudung hanya sebagai fesyen dan membawa watak dalam drama/filem shaja.
realitinya mereka tidak begitu, malahan kehidupan sosial mereka keterlaluan.
saya pernah ada pengalaman.
salah seorang kawan sy perempuan india dan cina.

waktu tu sedang heboh cerita NUR KASIH
jadi budak india dan cina ni pun, sama-samalah tengok sbb dia hairan kenapa kawan melayu dia sibuk cerita pasal NUR KASIH....
dan dia sangat kagum dengan watak TIZ ZAQYAH dalam cite tu
memuji sgt.
katanya cantik, alim, bertudung.
sampai budak cina tu cakap
" kalau i masuk Islam, i nak jadi macam dia. Cantik"

tapi
tak lama lepas tu....

kuar berita kata TIZ ZAQYAH bersosial di pub dgn kawan2.
dan berita tu turut diketahui budak india dan cina ni.
mereka sndri tak percaya dan mereka kata


"boleh ek macam itu? dekat drama you tutup2.... betul2 punya dekat luar pelakon ini lagi teruk!
kesian mereka yang pakai tudung. sbb orang yang tak tahu akan anggap perempuan bertudung pun masuk pub."

budak cina tambah pulak
" spatutnya merka kna tunjuk contoh yang baik. kalau berlakon sopan2, luar pn mestilah sama"



haaa......

tengok2....
apa nak dijawab?
budak bukan islam pn boleh bg pendapat!
ada benarnya jugak kata2 mereka.

kadang2 saya sendiri tak taw nak mara pd sapa.
pelakon ke, pengarah ke, penulis skrip ke?


sebabnya....
mereka bgi watak yang sopan & menutup aurat pd beberapa pelakon padahal di luar mereka berbeza sama sekali.
saya taw, memang artis sebegitu mampu menarik penonton yang ramai tapi
ini akan menimbulkan kekeliruan.
maklumlah mereka kan public figure, jadi tak mustahil kalau ada yang mencontohi mereka.
tp kalau dah sekejap on sekejap off cemana tu???

sape nak jawab???


walau apa pun, kita tidak patut menilai mereka! biarlah DIA shj yang menilai!



* ooopss sebelum terlupa... td sy sempat menonton drama baru di Astro, tajuk JANJI KEKASIH
ada ramai artis yang pakai tudung dalam cite tu
dan PUTERI SARAH memakai purdah!


* sy pernah terbaca tulisan seorang uztaz mengenai kewajipan bertudung.
nanti sy cari dan postkan!

Smart Blogger


Perhatian kepada para blogger...

saya taw, semua blogger memang excited nak update blog masing2 kan.
tak kira la pagi, petang, siang atau malam
dan biasanya tengah malam hingga ke subuh laa waktu yang paling banyak idea datang mencurah-curah. Setuju?

lagi2 student!
memang dah bese dah tidor lewat ni.

tapi kan....

sy nak nasihat sesuatu la...

TOLONG.TOLONG.TOLONG
dapatkan tidur yang secukupnya!

betul.
saya baru baik dari demam yang teruk!
2 hari FLAT!!!!

FAKTOR???
tak perlu diberitahu!
KURANG TIDUR & TAK DAPAT REST YANG CUKUP

AKIBATNYA???
muntah2, mabuk, demam & thonsil....

apa lagi, bila dah jatuh sakit memang kena lecture laa dengan mak dan ayah.
sebab mrka taw sy tido lewat
pernah sekali. saya tak tidur langsung!
dan sy juga seperti ada simptom INSOMNIA
iaitu Tidur, terjaga dan tak boleh tidur semula.

otak kita bukan mesin!
perlukan rehat...
kalau dipaksa bekerja 24 jam sehari, 7 hari seminggu
b0leh short wayar nya!

bila otak kita tak dapat rehat yang cukup, maka fungsinya pun jd tak betul
badan yang jg penggerak pn mulalah lain macam


dan disebabkan sy demam teruk tu,
sy dan cik laptop pn rehat sama!
lepas ni, sy janji sy akan atur masa utk rehat, utk study dan upadate blog!
barulah SMART BLOGGER namanya!


* sakit tu penghapus dosa!
 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork