






A blog owned by a Lawyer. Definitely, each post will be exciting just like a case! :)














.jpg)




A Best Friend! (BF)
A friend that really cares!
All my secrets i can share!
There when i need a hand!
There to understand!
When i cry!
he will be by!
If i am away!
he will call me day by day!
If i need him at all!
he'll be there to stand tall!
Anything i say will be heard!
he will listen word by word!
If I am late!
he will open the gate!
As he looks in my eyes!
The sparkle he realize!
he is the one that cares!
And the one thats there!
* kirin, aku tak taw ko baca ke tak entry ni. tapi kalau ko baca aku nak ko taw, yang kalau satu hari nanti, kita terpisah, aku tak taw macam mana hidup aku. sebab kau layan aku lebih.... apa sahaja yang berlaku pada aku, ko tetap ada disisi. aku terharu bila ko terima aku seadanya aku. aku kongsi rahsia aku lebih banyak dengan kau dari family sendiri. kau tetap ada disisi aku..... tetap setia menemani aku. Kirin.... sumpah sekarang aku TOUCHING. sebab aku tak sangka ALLAH bagi aku seorang KAWAN sebaik ko...
THANKS SAYANG~


Bila menjelang musim bulan puasa ni, saya masih tak boleh lupa peristiwa Ramadhan yang lalu. Kisah yang telah setahun berlaku tapi saya pasti seluruh ahli keluarga saya tak akan lupakan sampai mati.
Ramadhan Lalu.... mak menaggung dugaan dari Pencipta. Kesakitan yang tak tergambar dengan kata-kata. Bayangkanlah, waktu tu, first time saya dan adik berpuasa jauh dari family. kami bertiga tiada di rumah sepanjang Ramadhan. Ayah pula baru bertukar kerja ke Johor Bharu. Jadi tak de sapa2 di rumah melainkan mak dan mama(makcik yang menjaga saya sejak kecil). Penyakit mak susah untuk dideskripsi oleh doktor. Bukan darah tinggi mahupun penyakit jantung. Tapi mak mudah sesak nafas. Bayangkanlah, mak sedang duduk je.... denyut jantungnya menyamai orang yang sedang berlari. Jadi kalau mak berjalan, denyut jantungnya selaju mana??? tak terbayang kan....
Ramadhan Lalu.... hati kami tiga beradik yang di "perantauan" ni langsung tak tenang. Setiap kali skrin handphone paparkan nombor telefon ahli keluarga terdekat, jantung mula kencang macam nak pecah dibuatnya. Menggigil bila nak jawab panggilan atau baca mesej. Fikiran terus melayang kepada benda yang bukan-bukan. Ya Allah.... sumpah! jika di saat itu kematian datang menjemput mak, saya belum bersedia..... sebab masih lagi belum puas bermanja dan memanjakan mak......
Ramadhan Lalu..... saya mengambil alih tugas mak untuk membuat persiapan raya. Dengan baki duit PTPTN yang ada, saya belikan mak tudung, sarung kusyen, set gelas dan beberapa lagi kelengkapan raya. kami buat persiapan ala kadar saje. malahan untuk kuih raya, saya dan ayah beli lebih kurang lagi 3 hari nak raya.
Ramadhan Lalu.... pernah satu malam tu, mak call dan bagitau yang mak dah tak tahan dengan sakitnya.... saya serta merta call akak saya dan merancang untuk balik ke Kluang malam tu jugak.... sedangkan jam dah 11.30 mlam..... tapi akak suruh saya sabar... sebab kalau balek tengah malam agak bahaya bagi perempuan untuk ke Puduraya.
Ramadhan Lalu.... pada Subuh Aidilfitri... sekali lagi mak sesak nafas ketika sedang masak juadah Hari raya. mak terbaring di dapur menahan sakit dan saya mengurut dada mak berulang kali. waktu tu, suara ayah sedang bertakbir di masjid.... air mata dah bergenang.... hati berdoa dan minta pada Allah supaya panjangkanlah umur mak dan kami nak sambut lebaran dengan mak......
Ramadhan Lalu....Alhamdulillah.... doa kami dimakbulkan Allah, pada 4 Syawal, kesihatan mak beransur pulih dan semakin sihat. Mak dan kembali seperti biasa dan boleh bersama dengan ahli keluarga yang lain. waktu tu, barulah semangat sikit nak beraya rumah sanak saudara.....
Mak, moga dugaan Ramadhan Lalu.... membersihkan kita semua dari dosa-dosa lama dan semoga mak panjang umur dan sihat selalu.... dan dapat bersama kami bertiga selamanya....
16 Ogos 2010
Ramadhan Kini.....

Tanggal 7 Ogos 2010.
Kesedihan menyelubungi diri saya…. Sedeh sangat-sangat rasanya.
Dan tak mampu dibendung lagi.
Tarikh tu, salah sorang My Sayang2 pergi meninggalkan saya….
Selepas tarikh tu, tiada lagi derai tawanya, gurau sendanya, usik manjanya. Aduh. Luluh hati ni bila mengenangkan saat-saat manis dengan dia. Tinggallah saya dan Shakirin Saad sahaja kini. Bercerita berdua dan terus bercerita berkongsi apa sahaja. Terasa kehilangannya.
=,(
Eh…tapi, tapi kan….. bukan dia pergi selamanya. Dia belum mati wei…. HE’S STILL ALIVE.
Sebenarnya tarikh tersebut adalah tarikh konvokesyen ARIEF HALIM…. Heheheh
Sepatutnya saya gembira kan… iyer memang saya gembira sangat bila Arief dah tamat pengajian kejuruteraannya kat UM ni, tapi jauh di sudut hati ni…. Tiba-tiba rasa kehilangan. Kehilangan seorang teman. Memanglah rumah dia dgn UM ni tak jauh mana (drive 2 jam je kot….) tapi kami dah tak boleh laa berkepit je lagi kemana-mana 24-7.
Kalau tak dulu, mana ada saya, disitu laa ada Arief dan Kirin. Ke Hulu ke Hilir bersama. Manjadi penunggu setia pondok depan KUAZ tu. Bercerita dan bergurau senda sehingga ke subuh hari. Ketawa dan sekali sekala menangis.
Hari ini, saya dan Shakirin seperti biasa. Kembali sebagaimana asalnya sebelum kami mengenali lelaki bernama Arief Halim. Seperti kata Shahkirin pada sem lepas, “Kita kena biasakan diri tanpa Arief.”
Dan sekarang ianya menjadi reality
"Tahniah Arief sebab cita-cita kau dah tercapai , tapi ada dua insan yang merindui kau kat KUAZ ni…..





You are educated. Your certification is in your degree. You may think of it as the ticket to the good life. Let me ask you to think of an alternative. Think of it as your ticket to change the world. ~Tom Brokaw
Alhamdulillah. selepas 3.5 tahun, akhirnya akak saya
si NUR FATEHAH RAUDHAH tuuu diiktiraf sebagai
GRADUAN UNIVERSITI MALAYA
BRAVO! BRAVO! BRAVIA! eh....

bukan senang untuk bergelar Graduan. byk dugaannya! siang malam pagi petang tak tido malam.
tapi semuanya dah terbalas dengan segulung ijazah.
Bila tengok orang convo…. Hati ni kalau boleh nak cepat2 jer habis belajar.
Nak jadi YANG DIRAIKAN. Seronok. Jumpa kawan2. Family datang support. Dan yang best, bebanan belajar dan hilang.
No more Assignment
No more Lectures
No more Tutorial @ Lab report
But
Something that I’m really sure
Mesti korang2 yang dah grads ni rindu Campus Life kan….
The time when you laugh and cries together with your friends beside!
Blog Coklateyes Copyright © 2010 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!