Tuesday, November 30, 2010

Hantu Sana Sini. Muak-lah!

Salam semua.

Korang suka tengok movie hantu/seram/ngeri dan sebagainya tak? Alaaa aku tau ramai yang minat. Haaaa jangan tipu, jangan tipu! Nanti Allah marah tau tipu-tipu ni. Tak baik tau! hehehe.... Apa nak malu? Takut orang kata cam budak-budak? Atau pengecut? Rilek je. Itukan normal ada perasaan takut. Sapa takde perasaan takut, bukan manusia normal. Boleh kan?





Sekarang ni, aku tengok industri filem dan drama serta yang sewaktu dengannya (sorilah tak berapa pasti cabang-cabang industri seni ni...) asyik keluarkan cerita-cerita yang berunsur mistik ni. Aku pun tak berapa pasti apa sebabnya. Nak kata keuntungan yang diperoleh bila buat cerita cam ni lebih banyak, tak jugak sebab  kalau nak dibandingkan box office filem Malaysia masih lagi cerita cintan-cintun kan? Ataupun ni satu fenomena. Maklumlah, orang Malaysia. Sesuatu perkara tu akan jadi satu trend & kebiasaan sebab ramai orang yang berlumba-lumba buat benda yang sama. Contohlah, kalau korang semua prihatin dan mengikuti isu semasa kat negara kita ni. Kalau musim orang buang baby, sebulan surat khabar, muka depan pasal tu. Than, bulan seterusnya, kes anak buang mak atau ayah.... haaa mulalah berduyun-duyun orang tua dibuang tepi jalan lah, tepi longkang lah, letak rumah kebajikan lah. Pastu, cam dah basi sket timbul plak kes suami dera isteri. Teruk punyeeeer!!! Pijak perut, kelar dan tikam yang dasyat semua tu dengan alasan yang tak munasabah! Korang perasan tak trend macam ni melanda Malaysia? Kalau perasan, Tahniah lah! Korang memang  warga prihatin. Clap! Clap! Clap!

Perkara yang sama jugaklah berlaku dalam industri seni filem dan drama Malaysia. Kadang-kadang aku naik muak sebab kerap sangat disajikan dengan cerita-cerita mistik. Semua nak cerita pasal hantu. Macamlah hantu tu banyak sangat kat Malaysia ni. Kira sekarang ni, pelakon-pelakon hantu tengah busy korang! Busy shooting sana-sini. Tak menang tangan! Masa raya aidilfitri hari tu, semua stesyen tv kuarkan cerita hantu. Siap ada yang  ditayang sama lagi untuk 2 stesyen tv. Tak habis-habis. Ada je hantu yang nak difilemkan. Kalau tak hantu, cerita dongeng dibuat modal. 




Aku pelik, kenapa pengarah Malaysia nak sangat orang kita ni tau pasal benda mistik ni? Apa motif mereka? Menakutkan kita semua? Nak kita semua explore dunia mistik tu? Atau nak bagi pengajaran pada kita semua? Aku cukup meluat jugak lah sebab kebanyakan jalan cerita semua sama. Susah nak mati lah, kena ganggu dan rasuk lah, saka lah, nak mintak waris lah, balas dendam lah. Semu sama!  Dan yang paling aku tak boleh terima bila ada adegan-adegan yang memuja-muja! Baca mantera ntah apa-apa. Serabaikan diri macam orang gila dan konon-konon hebat ada kuasa. Apa sebenarnya ye yang mereka cuba tonjolkan? Si pelakon tu tak rasa berdosa ke buat cam tu? Maksud aku keimanan mereka! Fikirlah korang! Cerita Melayu semua sama!!!! Sorry to say, most of them are RUBBISH!



Kalau alasan mereka (pengarah) adalah untuk kita kenal dan explore dunia mistik ni. Aku sangat-sangat nak gelak! Gelak guling-guling lah senang citenya. Kenapa? Korang baca maksud surah ni dan fahamkan....


surah Al-Araf ayat 27 yang bermaksud


" Sesungguhnya syaitan dan kaumnya melihat kamu didalam keadaan kamu tidak dapat melihat mereka"



Aku rasa ayat ni dah jadi satu bukti kukuh dan sahih. Allah dah tutup mata kita dari melihat benda tu semua, jadi tak yah la sebok-sebok nak tonjolkan macam mana rupa paras benda tu. Tak elok untuk anak-anak dan masyarakat Malaysia. Allah hijabkan mata kita dari melihat semua tu ada baiknya. Aku percaya, kalau korang semua boleh tengoklah cemana rupanya, korang mesti rela mata korang buta tau! 

Aku tulis entry ni bukanlah aku nak suruh korang tak percaya dengan benda tu semua. Salah tu. Kita WAJIB PERCAYA PADA BENDA GHAIB. Kan itu rukun iman kita. Tapi biarlah kita percaya pada benda ghaib yang dianjurkan dalam agama kita. Bukan benda karut cam tu! Dunia semakin moden, tapi pemikiran kita masih lagi disogok dengan benda mundur macam tu! 

Aku harap para pengarah Malaysia, keluarkanlah idea baru yang membawa lebih banyak kebaikan dan pengajaran kepada penonton Malaysia. Secara serius, aku sangat bosan dan muak dengan cerita-cerita hantu! Aku percaya, kalau jalan cerita bagus, pelakon hebat dan pandai bawak watak, serta camera shot yang bagus, mesti filem/drama korang meletops jugak walaupun bukan trendnya!


Kita kena berani melawan arus kalau itu yang lebih baik! Sekali lagi ini sekadar pandangan aku. Nak setuju atau tidak, itu atas pilihan sendiri. 


Categories , , , 24 doakan aku jadi lawyer

LUCKY DRAW ANAK DARA DEN

Salam semua.

Okeh...Berpeluh-peluh aku pagi ni. Mengejar sana sini. Mana dapat, aku cekup je... Kejar ape? Bukan anak ayam mahupun anak orang yang aku kejar, tapi aku kejar Lucky Draw & Give Away laa korang! Due date hari ni, hari ni gak laa aku join. Maaflah sebab sebelum-sebelum ni busy sikit. Tu yang tak menjenguk sangat pada LD & GA! Walaupun penyertaan saat-saat akhir, tapi aku make sure i followed all the regulations! Wish me luck ya... sebab aku belum pernah pun menang @ bertuah untuk mana-mana Contest/GA mahupun LD!

Sekarang ni aku nak join satu lagi ah! Cuba nasib. Moga ada rezeki waktu cuti semester ni. 






Jadi follower blog AnakDaraDen
 Copy banner kat sebelah dan letakkan di sidebar blog anda 
 Post entry mengenai contest ini(tajuk entry korang "Jom Terjah Blog AnakDaraDen"), sertakan sekali pic di atas ya dan tag 2 orang rakan korang.
Alert kan kat AnakDaraDen yg korang dah join contest ini di comment box ye so senang AnakDaraDen nak terjah nanti. Mudah kan?
Tarikh tutup untuk penyertaan  adalah 27.12.2010


Eh? apehal korang ni? tengok je? cepatlah masuk LD ni.
Hadiah dia semua KAching.KAching.Kaching!
Pikirlah sendiri $ $ $
Categories , 4 doakan aku jadi lawyer

GA-Salam Ukhuwah

Salam semua


Tak jemu lagi ni aku nak join GA dan Lucky Draw. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam... UNTUNG aku?? ko tau? hahahaha




>> Anda merupakan blogger dari Malaysia dan mempunyai alamat tetap di bumi nan aman ini..bukan
apa, senang nak pos souvenir nanti.
YER! SAYA ORANG JOHOR!

>> Nyatakan anda merupakan follower CCK yang ke berapa. Cth: Follower CCK ke = XX
FOLLOWER CCK KE = 93

>> Pastikan anda copy Blog Badge CCK & letakkan di sidebar blog anda. 
OK! DONE!

>> Jangan lupa letakkan sekali gambar di atas di entri anda. Opss..linkbackjangan tertinggal.
BAIKLAH TUAN TANAH!

>> Perkara terakhir, jangan lupa tinggalkan jejak anda di entri ni supaya senang Keyphochee nak terjah. Jangan sesekali tinggalkan jejak anda di chit chat box ye..takut terlepas pandang.
ITU AKAN SAYA BUAT!

MASIH ADA MASA OKEH~ MARI JOIN CEPAT!!!!
Closing Date = 30 November 2010



Categories , 2 doakan aku jadi lawyer

JUST CORNER BO GIVEAWAY!

Salam semua


Yieeehaa....mood nak join GA & lucky draw datang wei.... tak susah mana pun. Just buat satu entry je kan. Dan letak template kat sidebar. Insya-Allah kalau ada rezeki, adalah nama aku tersangkut. Kali ni aku nak join ini...



JUST CORNER BO GIVEAWAY!



My T&C for this Giveaway

1. Be my FOLLOWER.
> i'm ur 222 follower (nice number ya!)

2. Include my blog in your bloglist. If you got few blog lists, pls specify.
> for sure u r in my list

3. Place the GA image above at your sidebar and link to this entry.
> wajib bagi stp GA kan....

4. Create an entry (BM / BI) for this GA with the title JUST CORNER BO GIVEAWAY!
>done bebeh

5. The entry must include the GA image above and link to this entry.
>pon sudah!

6. The entry also must mention how you get to know bout this GAi.e. from whose blog (link to the person’s blog), from me, etc. Yes.. looking for top referrer here.
> dapat dari ini ----->Azham & Azniza

7. After you have done all, don’t forget to leave your entry link & email address by commenting in this entry.
> tak kan lupa lah....



so, apa tunggu lagi. Cepatlah. Dateline hari ni 30/11/2010~
Categories , 0 doakan aku jadi lawyer

GA Pertama Atie Aizam

Salam semua

Memandangkan hadiah yang ditawarkan sangat-sangat gojes dan superb! Aku nak join satu give away. Ditambah pula, aksesori laptop aku yang kelihatannya semakin uzur saban hari, jadi baik aku cuba. Manalah tau ada rezeki. Korang punye aksesori pun sama uzur gak? Goyang skrunya sana sini? Ah, apa lagi jom join ini GA!






khas untuk
Rakan2 & Follower2 Atie 
Syarat2 nye senang jer..

1. Anda mesti seorang blogger
2. Anda mesti merupakan follower atieaizam.blogspot.com
3. Anda mesti mempunyai alamat di Malaysia
4. Buat entry bertajuk: 1st Lucky Draw by Atie Aizam
5. Mesti letak banner 1st Lucky Draw tu yer kat entry anda
dan linkkan ke blog ni
6. Kat sidebar pun, jgn lupa letak banner ni dan perlu linkkan juga
7. Tinggalkan link entry anda di komen box entry ini saje
8. Tag sorang kawan anda atau lebih terpulang pada anda

dan aku tag:






Tarikh Tutup: 30 November 2010

rilek.rilek. aku tau hari ni lah closing date kan. dan pkul 11.30 nnti. tapi masih ada masa k! jadi jangan malu, jangan segan. mari join ini GA!



Categories , 6 doakan aku jadi lawyer

ITU INI SANA SINI LUCKY DRAW

Salam semua.


Semakin lama, aku rasa aku dah boleh terima lah yang aku ni macam KUREEENGGG sket LUCKY dalam bab contest-mengontest atau pun segala macam give-away ni. Kena mandi bunga ke hape aku ni? Bagi buang sket bad luck tu. Ah... peduli hape aku! Itu semua kurafat lah! Insya-Allah kalau dah rezeki tak kemana kan....


Dan dengan semangat dan sisa-sisa gigih, aku teruskan gak usaha nak masuk Lucky Draw ni...





syarat -syarat senang jer
korang semua mesti ada blog
* buat satu entry pasal lucky draw nih + letak banner yg kat atas tuh
* follow blog tersebut
* tinggalkan jejak komen anda kat entry  and link back

btw, paling menarik part ni lah

cabutan dibuat mengikut 12 jenis hadiah yang telah disediakan

12 korang! 12 hadiah! memang aku harap sangkutlah satu nama aku. Aku geram tgk hadiah2 menarik dia bagi. Jadi, sekali lagi... wish me all the best ya!


Categories , 8 doakan aku jadi lawyer

Wahai Facebookers & Bloggers, awak perlu tahu ini.....

Salam semua

Moga happy dan bahagialah hendaknya! Aku sekarang ada kat rumah, dengan segala kemudahan yang sangat TIP TOP la... so keadaan aku MEMANG LEBIH BAHAGIA! senyum sampai telinga. BTW, aku antara student UM yang awal habis exam dan sekarang ni, masih ramai lagi student2 UM yang sedang berperang. Dan aku nak doakan mereka semua dapat FLYING COLOURS RESULT. Terutama buat roomates aku, Piqa dan Anne. Moga dorang dapat jawab exam dengan baik. Amin.....

Musim-musim exam ni kan, banyak buku dan bahan bacaan yang perlu dibaca. Rasa 24 jam tu macam tak cukup je untuk sehari. Masa cepat sangat berlalu. Tak kita sedar, tau-tau kita tinggal 1 jam je lagi nak exam. Pada pemerhatian aku lah kan, aku rasa kebanyakan student berdepan dengan SATU gangguan  yang kronik dalam fokus untuk baca buku. GANGGUAN DARIPADA INTERNET. 

Korang penah rasa tak, waktu korang baca buku...tengah study...konon-konon khusyuk giler lah... tapi dalam kepala korang, macam-macam yang ligat pusing-pusing.


 "Berapa orang follower blog aku dah sekarang ni ek?"

"Sapa yang bagi comment kat blog & FB aku sekarang ni? 

"Keputusan Give Away / contest hari tu dah kuar ke belum ek? Aku menang ke kalah?"

"Sekarang ni berapa Buffered Earning aku kat Nuffnang ek?"

"Apa status baru kawan-kawan aku ni? Kot-kot dorang tau pasal soalan yang kuar esok ke?"


Alaaa tak kan tak biasa dapat soalan cam ni dari kepala otak masing-masing? Haaaishhh..... time tengah study tu lah, banyak bisikan syaitan yang direjam kat sebelah telinga kita ni kan. Hati tu rasa melonjak-lonjak nak tau perkembangan terbaru blog/Fb dan media sosial lain yang kita ada. Jari pulak dah menggelitik nak tekan keypad sana-sini. Nak comment dan update apa yang patut. Memang banyak dugaanlah time exam macam ni. Masa tu, pantang rasa ngantuk sikit.... zooooom cepat je terus on laptop dan surf internet. Dengan alasan, NAK HILANGKAN NGANTUK. Sekejap lagi, aku sambung lah baca.... tapi.... dok sedap je kita klik sana, klik sini.... masa terus berjalan. Tinggalkan kita dan tak toleh belakang. Tup...Tup....esok periksa. 

Tapi bukan ni sebenarnya yang aku nak share dengan kau orang semua. Ada fakta yang menarik yang boleh korang tau mengenai segala macam media sosial hari ni. Sorilah kalau korang rasa boring dengan budak law sebab selalu bagi fakta, tapi sesungguhnya aku sangat suka pada fakta. Fakta buatkan diri aku nampak cool beb. Nampak smart dan gojes! hahahaaaahahah! Boleh gitew????

Ok, let me tell you the fact about FACEBOOK/BLOG. The 'most' common thing nowadays. (sebab ada yang kata, sapa takde FB means = LOOSER! eh bapak aku tak ada FB okeh, but he's still the winner. The champion of my heart!)

1. Sekiranya FB adalah sebuah negara, maka ia akan jadi negara ketiga terbesar di dunia! Di belakang China dengan 1.4 billion dan India 1.2 billion. 

* rasa-rasa majoriti orang ape? 



2. Aku adalah Generasi Y sebab aku lahir 1989.  (generasi X : lahir antara 1965 - 1976, generasi Y : lahir antara 1977 - 1997 dan generasi Z: 1998 dan seterusnya.

* generasi Y adalah generasi yang paling banyak nak tahu itu dan ini... WHY like that not like this? Semua benda nak di 'TRY'. Sebab tu baby sepah-sepah. Hasil eksperimen lah tu.....



3. Technoratti telah mengindekskan 133 juta blog dan purata sebanyak 900 000 tulisan blog dimasukkan dalam tempoh 24 jam.

* fuhyooooo......... blog sapa agak2nya yang no.1 tu ek? berapa follower dia sekarang agaknya?





4. Radio mengambil masa 38 tahun untuk capai 50 juta pendengar. Televisyen ambil masa 13 tahun untuk capai jumlah yang sama. Internet hanya ambil 4 tahun untuk 50 juta pengguna dan hanya 9 bulan diperlukan untuk FB tambah 100 juta pengguna. 

* kita lebih suka berada di alam maya dari alam sebenar.....




dan yang ini aku bangga dengan MALAYSIA









5. Menurut Alexa.com, sehingga Januari 2010, FB berada pada tangga pertama manakala laman web lucah hanyalah berada di tangga ke-39!!!!

* GILE KENTANG! GILE GEMPAK dan FUUUUUHHHYOOOOOHHHH!!! hebatlah orang Malaysia. Dah tak main dah laman web porno ni... terus buat video sendiri lah. Kan practice make PURRRR-FECT! Sorilah Maria Ozawa, Veronica Zemanova & Penny Mathias ----> Malaysian does not need you! hahahah! (alamak,cemana aku tau nama dorang ni?)





Jadi, apa yang anda rasa? Inilah fakta dan kebenarannya. Pada aku, it's simple. Pro and Cons. Pandai-pandailah jaga diri dan maruah. Bukan semua benda kita perlu dedahkan kat dunia siber. Rambut je sama hitam tau, tapi hati lain-lain. 

Alaaaa chill-lah babes! It's just a fact! Happy Blogging & Facebook-ing !














* sumber: media sosial.Dari setitik jadi selautan. by Norizan Sharif
Categories , , , , 21 doakan aku jadi lawyer

Sunday, November 28, 2010

Bapak Aku Ada Mesin Cop Duit! (Ko ada?)

Salam semua

Aku tengah marah sekarang ni. Ketakpuasan hati yang meluap-luap! Naik menyampah pulak dengan birokrasi dan segala macam penindasan yang berlaku! Pada siapa??? Meh i show you who is that!!!




Haa.... pada ni laah yang aku geram sangat hari ni... pada kolej kesayangan aku.  Aku geram dengan cara pengurusan kolej. Ceritanya cam ni.....

Masa study week yang lepas, student-student UM sangat bertuah sebab dapat 3 minggu cuti. Seminggu cuti study week, seminggu cuti deepavali dan seminggu cuti raya haji. Disebabkan cuti yang maha panjang tu, so ramailah student-student yang balik awal. Hari Khamis (28/10) tu dah berduyun-duyun yang balik. Yang lebih awal pun ada sebab excited kan dah lama tak balik kampung since raya. Dalam pada tu, memang aku dah dengar kolej-kolej lain kena 'check out'. Tapi kolej aku ni takde pape pun... senyap je... jadi aku pikir mestilah macam kebiasaannya, tak yah kuar barang atau pulang kunci sebab cuti biasa kan

Than pada masa cuti-cuti tu, aku bukak FB tiba-tiba sorang JTK/JIK, tiba update status kata sapa yang tak pulang kunci pada masa tersebut akan kena xtra charge(automatik) ke akaun kita pada semester depan! Setiap satu hari yang tak pulang kunci tu, bayaran RM 6.50 dan untuk 14 hari, it is RM 91. DAMN!!!! kena pulang kunci. Aku tak kesah lah, tapi yang sedapnya.... xtra charge... eh.... pehal plak! KO TAKDE KELUARKAN SEBARANG NOTIS TIME STUDENT BELUM BALIK, than sekarang, bila semua dah balik baru ko sebok suruh orang pulangkan kunci.... APA KO INGAT AKU DOK SEBELAH UMAH KO KE? JAUH LAAAA NYAH OOOOI!!!! KL-KLUANG... makan 4 jam tau naik bas. Dan macam gigih plak la aku nak balik KL semata-mata nak pulang kunci pastu patah balik JOHO!!! memang tak lah!!!

okeh, fine.... dan on that time aku pun berharap pada mana-mana pihak yang sepatutnya dan yang bertanggungjawab menyuarakan ketidakpuasan hati student-student. I mean FIGHT FOR OUR RIGHTS. Dan malanglah bagi kami STUDENT YANG TAK PUAS HATI ni.... kerana bayaran tetap dikenakan pada akaun kami di semester depan walaupun notis pemberitahuan lambat mengenai hal ni disebabkan keLEMBAPan mereka (padahal setakat tampal poster keliling kolej je!) 

Dan, aku yang tak puas hati ni, pada petang JUMAAT pegilah ke opis sebab nak CHECK OUT lepas dah habis exam. Aku dengan sopan santunnya, tanyalah pada sorang perempuan yang JAGA KAUNTER OPIS TU berkenaan hal ni. Part ni memang aku NAIK HANGIN: (sila baca tanpa prejudis pada aku ok!)

aku: akak, saya nak tanya berkenaan bayaran masa hari cuti tu.
akak: oh, tu kita dah charge terus kat akaun ye untuk semester depan?
aku: dah charge terus? walaupun NOTIS SURUH PULANG KUNCI LAMBAT DIKELUARKAN?
akak: tu KITA TAK BOLEH NAK BUAT APE lah dik....
aku: TAK BOLEH NAK BUAT APE? eh? mana boleh cam ni kak, kesalahan pihak opis kiteorang ke kena tanggung? Tak kan lah saya dari Johor, nak balik KL semata-mata nak pulang kunci pastu balik Johor balik? Menindas student la macam tu! Abis student dari Sabah/Sarawak cemana? 
akak: KITA TAK BOLEH NAK BUAT APA! (mungkin memang dah dialog dia cam tu lah! nak lepas tangan kan!) kita dah tampal notis 2 kali ye, satu pada 30/10 dan satu lagi bulan November ni.
aku: 30 hari bulan baru tampal notis. Kan student dah balik time tu. Mesti ramai yang tak tau. Kenapa keluarkan notis lambat? Dan sekarang nak charge kami pulak.  Ish, tak puas hati lah saya macam ni. Tak bolehlah cam ni....

* time ni, akak tu dah buat muka dah..... muka yang aku rasa nak bagi jer "jari tengah"! aku masih sabar dan control nada suara aku.


akak: AWAK NAK PUAS HATI KE TIDAK KE, TU HAL AWAK LAH.... YANG PENTING KAMI MEMANG TAK BOLEH BUAT APE!!! (tiba dia tinggi suara dengan aku!)

* bila orang tinggi suara kat aku, apa lagi...perasaan yang aku tahan ni meletup lah! cari nahas ko kak!

aku: eh akak, saya tanya elok-elok kan. Salah ke kalau saya nak cakap saya tak puas hati. Akak ingat saya tak mampu bayar ke RM 91 tu! Boo-lah! tapi macam ni ke cara kolej layan student? Bukan ke sepatutnya, Kolej akui kesalahan, mintak maaf kat student sebab lambat tampal notis dan MENYUSAHKAN student. Ini tidak, kami pulak dimarah. Patutnya akak dengar suara kami ni.  MEMANG BAI-BAI lah kak! Time kasih lah akak.... Jangan ingat saya keluar ni means saya berdiam diri! Time kasih!

*aku pun blah! Malas nak tengok muka dia. Dia terkebil-kebil, mungkin sebab tak percaya aku balas cam tu. Sebab sebelum ni aku memang bersopan dengan orang ok!

Damn... really damn. Kau langsung tak rasa bersalah makan duit student disebabkan kesalahan dan kelemahan pihak kau sendiri. Time tu kalau ikut SETAN sebelah telinga aku ni, mau je aku tumbuk cermin depan muka dia tu! Geram gile! Nasib baik lah kak, dalam diri saya ni MALAIKAT masih kuat! 

Kalau korang pun memang fed-up kan dengan cara camtu. Bayaran sentiasa ada untuk benda yang bukan-bukan dan akan naik semasa ke semasa. Tapi facilities untuk student memang TAK BOLEH BLAH! Malu aku kalau cakap dekat student universiti lain yang harga bilik KECIK CENONET SHARE 4 ORANG,  +- RM 4000. Universiti lain, satu bilik 2 orang je, harga RM 500 satu bilik! 

Mungkin ada yang cakap aku ni tak bersyukur sebab masih diberi peluang duduk kolej lagi walaupun dah tahun 2 sedangkan berduyun-duyun student lain kena KICK OUT dari kolej. Tapi, aku rasa lebih elok duduk luar kolej kalau hak kita ditindas macam ni. DUIT PTPN/BIASISWA/PAMA memang senang je habis bila duduk kat kolej ni sebab semua benda nak dibayar. Takde langsung dibuat untuk penambahbaikan kebajikan student! Dinner yang makan just untuk satu malam pun sampai RM 130. Memang tak masuk akan kan. Kalau duit tu dibagi aku, aku boleh belanja family aku makan 4-5 kali tau tak! Boleh beli buku dan boleh jadi duit belanja aku untuk 7 HARI kak!

Macam ni lah kehidupan student. Tak habis-habis dengan masalah. Ada jer pihak yang cuba MENCABULI HAK kami. Mereka pikir student ni kaya dengan duit PTPN/BIASISWA/PAMA yang diberi. Sedangkan kalau nak tau realiti kami sebenarnya....memang menangis lah dengar cerita kami! Dan bagi pihak yang bertanggungjawab, jalankanlah tugas anda sebaiknya. Perjuangkan hak student. Kami STUDENT ni dah bagi kepercayaan pada anda untuk wakili kami.... jadi suarakanlah perasaan kami. Janganlah sebab NAK JAGA LINE, kamu orang semua SENYAP DAN BISU.

Finally aku realized, mungkin MEREKA pikir bapak aku ada mesin cop duit lah, sebab tu dorang tak heran mintak kat aku setakat seratus dua ni.... 



* everything yang aku tulis ni sekadar PERSONAL VIEW aku berkaitan hal ni. Bukan untuk menjatuhkan maruah atau menyebarkan fitnah pada sapa-sapa. Aku cuma berharap supaya masyarakat MALAYSIA upgrade cara kerja mereka. Dan ini jugak akan jadi pendorong aku untuk PERJUANGKAN HAK orang yang ditindas bila aku jadi LAWYER nanti. TQ!~
Categories , , , , , , 31 doakan aku jadi lawyer

Friday, November 26, 2010

Its Your Birthday Sayang!

Salam semua.... 


Alhamdulillah....dah selesai exam.... yahooo! 


Sebelum terlambat.... nak buat post entry ni....takut merajuk plak dia!




Happy 25th Birthday Arief Halim

(ehem....ehem...nak wish jap! sambil betulkan mic~)

MY L.O.V.E

you know that you're my best friend
you know that I'd doing anything for you
and

MY L.O.V.E

let nothing come between us
my love for you is strong & true

Categories , , , 2 doakan aku jadi lawyer

contest-teka-kereta



Salam... join ini kontest!




Cuba teka kereta apa yang warna merah tu..??
Contoh: Perodua Kancil

Syarat2 nye...
1) Jadi Follower saya diblog .::f@ryz@::. dan .::f@ryz@ Contest & GA::. 
2) buat entry ringkas tentang contest ini
4) letak pic mama yg cun bersama kereta tu dekat sidebar anda juga
3) Dlm entry wajib ada pic dekat atas, jawapan dan id follower anda. pastikan ada link back ke entry ini. (dlm entry ye semua ni bukan dlm komen)
4) Tinggal komen link/ url anda dekat entry ini sahaja
5) Hanya sekali tekaan sahaja ... bole?? huhu
6)Tarikh tutup 28 hb nov 2010. 





id follower: Innanie Ariffin
my answer: honda city i-vtec 1500cc



6 doakan aku jadi lawyer
myfreecopyright.com registered & protected
 

Blog Coklateyes Copyright © 2010 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!