Thursday, January 20, 2011

4Nature KUAZ : Harimau Menangis Bila Diselamatkan! (Video Menyayat Hati)

Salam semua

Aku tengah semangat sangat nak memelihara dan memulihara alam sekitar kita. Bukan bermaksud seblum ni aku tak jaga, tapi sekarang aku semakin giat. Korang boleh baca entry aku ni, yang dari dulu lagi aku Nature's Lover!. Terbaru ni, projek aku ialah 4Nature anjuran JKP ADIN. Tema yang kiteorang pilih "Small Act, Big Impact". Malam pelancaran tu, WWF Malaysia sudi bagi talk pada Kuazian tentang harimau. Spesies yang terancam.



Talk yang Cik Syahaneem bagi sangat-sangat memberi kesedaran pada student. Mungkin kita semua tak tau kan ancaman yang dihadapi oleh seekor harimau. Harimau memang nampak garang dan seolah-olah mampu melindungi diri sendiri sebab ada taring dan kuku yang tajam, tapi manusia yang tamak dan selfish sangat kejam. Membunuh dan memburu harimau untuk dijul dagingnya, taringnya, kulitnya. Pemburu haram binatang liar ni gunakan jerat untuk tangkap haiwan. Dia menyiksa haiwan sebenarnya. Banyak yang aku belajar daripada talk WWF Malaysia. Bayangkan, dekat Malaysia ni sekarang cuma ada kurang daripada 500 ekor je yang tinggal. Dan sekiranya satu hari nanti harimau pupus, korang tau apa jadi pada dunia? Rantaian makanan akan putus dan menyebabkan alam sekitar tak seimbang akibat lebihan haiwan herbivor. Kalau korang nak tau lagi, bila harimau akan pupus, baca KOSMO ni

Paling tak boleh tahan, bila WWF Malaysia tunjukkan satu video yang sangat menyentuh perasaan. Seekor harimau yang diselamatkan di Hutan Belum yang mana telah 2 hari 2 malam tak dapat makanan dan minuman sebab kakinya terperangkap pada jerat. Luka pada kakinya dah sampai ke tulang. dan kalau korang nak tau kenapa sampai sekarang aku masih terbayang-bayang muka harimau tu, korang tengok video kat bawah ni sampai habis k....


Dan sebagai menyokong lagi usaha WWF Malaysia ni, aku gak dah menjadi ahli TX2. Ape pulak TX2 ni kan? Okeh, TX2 bermaksud Double The Number of Tiger.  Korang boleh join gak secara percuma kat WWW.TX2.MY . Banyak informasi dan bagaimana cara korang nak membantu WWF untuk selamatkan harimau ni. Untuk projek ni, Sazzy Falak merupakan duta TX2.  Aku gak dah tukar wallpaper desktop aku. Letak gambar anak harimau yang comel sangat! 




Jadi, kat sini aku nak seru lah pada korang supaya sama-sama sokong WWF-Malaysia menyelamatkan spesies harimau yang semakin pupus dan diburu. Kalaulah korang jalan-jalan, tiba-tiba nampak restoran yang sediakan makanan haiwan eksotik, orang jual haiwan-haiwan yang dilindungi, jangan takut! Korang boleh SMS atau call terus ke talian 019 3564194 iaitu Wildlife Crime Hotline. 24/7 dibuka. Jangan takut kalau salah sebab korang memainkan peranan korang. Itu yang paling penting. 

Percayalah, kita hidup kat bumi ni semua saling memerlukan. Manusia dicipta sebagai khalifah untuk mentadbir alam sekitar bukan merosakkannya. Selamatkanlah harimau kita! 

7 comments:

  1. besides WWF, check it out also MAlaysia Alliances Conservation for Tiger (MYCAT) and also Wildlife Conservation Society (WCS-Malaysia Program)...


    save our tiger.....

    ReplyDelete
  2. alal: harimau garang, tapi manusia kejam!!!

    ReplyDelete
  3. alal: harimau garang, tapi manusia kejam!!!

    ReplyDelete
  4. noyu aida: yerp, tu smua badan yang memelihara dan melindungi harimau!

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork