Sunday, January 16, 2011

Final Episode : Aku Anak Yang Menyusahkan

Salam semua.

Memang betulkan, walau apa jugak yang terjadi pada si anak, mak bapak tetap terima kita. Sebab kita adalah anaknya, satu-satu harta yang mereka ada. Satu-satunya pelaburan akhirat mereka. Yang boleh menarik mereka masuk ke syurga dan begitu juga sebaliknya. Cuma kadang-kadang, anak-anak seperti aku ni haa yang mudah alpa dengan tanggungjawab. Terlalu leka dengan keseronokan dunia. Pada mereka yang cam 'blur-blur' je apa yang aku repek kan ni.... sila lah korang baca beberapa entry aku yang menjurus kepada kekecewaan.

Aku memang tak boleh nak tahan sesuatu benda tu lama-lama sebab nauri orang tua aku lebih kuat. Ada je yang dirasakannya sampai aku rasa sangat-sangat sakit menyembunyikan perkara sebenar. Dalam keadaan macam ni, aku memang tak boleh nak bersuara. Lagi pulak ayah tengah sakit. Aku tak nak dia rasa tertekan atau kecewa. Sebolehnya aku nak bahagiakan mereka. Jadi aku gunalah teknologi yang ada kan untuk terangkan keadaan sebenar dan macam mana kecewanya aku. Supaya mereka memahami. Memang perit sangat kot bila terpaksa meluahkan kebenaran. Tapi sampai bila aku kena berahsia kan? Jadi teruskan jelah walaupun dah macam nak mati rasanya!!! 

Aku hantar mesej pada ayah. Dengan harapan janganlah ayah jangan call terus. Bukan apa, sebab tak sanggup nak dengar suara kecewa. Aduh.... jantung ni rasa pecah-pecah dah... masa tunggu apa respon ayah aku.... suddenly, mesej masuk....


mula rasa lega bila diiringi kata-kata semangat.....than satu lagi mesej masuk....


menitik air mata jantan aku kot bila baca mesej ni. Aku dah kecewakan dia, tapi doa dia tetap untuk aku. Apa lah aku ni kan. Anak yang macam mana agaknya? Anak yang mengecewakan orang tua---itu aku! 

PEGUAM HEBAT. no offence. memang itulah yang diimpikan. Bukan aku sorang tapi seluruh ahli keluarga. Berat tanggungjawab dan amanah ni. Semangat aku ada surut dan pasangnya. Cuma aku kena survive. Ubah apa yang patut. Cara belajar, cara jawab exam. Tapi yang penting keyakinan perlu kuat. Mak, ayah. Maaflah....kita tak sehebat Along. Tapi kita tak lah seteruk mana. Doa mak dengan ayah betul-betul buat kita tenang kat UM ni. Kita akan cuba kabulkan impian tu. Walau bergadai nyawa sekali pun.... demi kita semua....

Ok. fine. Nangis dah ni... Dah tak nampak keyboard ni.... Aku nak meraung sekarang. Korang! Please... jangan sekali-kali jadi macam aku. Selalu hampakan orang tua. Bahagiakan dorang sebab dorang dah korbankan segalanya untuk buat kita ketawa! 

6 comments:

  1. doa ibubapa tu penting. sejahat mana anak pun, hampakan hati org tua..depa takkan doa yg tak baik kat kita. restu tu penting kan? :)

    ReplyDelete
  2. Sharifah: betul tu kak. Insya-Allah makbulkan doa mereka....

    ReplyDelete
  3. u can do it gurl..
    i 1st time bce yur blog ...
    btw i terlintas tggjwab kte sbg ank utk yg terbaik buat mereka dan banggakn mereka dgn kejayaan kte..
    Insya-Allah..sme la kte kejar dn tuntut ilmu utk kebahagiaan dunia dan akhirat

    ReplyDelete
  4. sea_lavender: time ksh sudi datg dan baca blog sy....

    tanggungjawab tu kita tak blh persiakan. doakan sy ye moga dapat bahagiakan parents!

    ReplyDelete
  5. cik betty: saya pun sedih kak!!! huhuhuhu....

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork