Monday, January 17, 2011

Gua panas hati dengan mesin basuh kat kolej ni!!!!

Salam korang.

Hari Isnin, memang ramai yang under the blues kan? heheheh.... aku pun sama. Lagi pulak kat area UM ni, redup semacam je...seolah-oleh mengulit-ulit untuk terus berpelukan dengan selimut. aduh...masyuknya bantal dan selimut. 

Than hari ni aku bagun awal sikit dari biasa sebab nak basuh baju. Dah 2 minggu aku tak basuh baju kotor. Sebabnya, masa minggu pertama tu weekend aku kena balik Johor, emergency. Jadi tak basuh lah baju kan. Lagipun sikit je baju kotor time tu. Masuk minggu kedua. Amek kau dah menimbun dah.... Yang minggu kedua tu bukan aku tak nak basuh, tapi mesin basuh buat hal. Seminggu, RM 5 ditelannya duit aku. Masuk duit boleh, bila nak tekan button Start tak boleh. Menjerit aku dari tingkat 3. Berangin aku satu badan!

Kat kolej aku ni, cuma ada 3 bijik je mesin basuh. Apa punye kedekut ntah! Satu blok ni, budak seramai-ramai, gilir-gilir pakai mesin basuh yang 3 bijik tu. Kalau semua berfungsi entah lah jugak. Ini tidak, ada je masalahnya. Takdelah dalam satu masa tu, semua beroperasi dengan baik. Bayangkanlah kalau time nak cuti panjang. Berderet-deret orang nak basuh baju. Pelik betul aku. Tak boleh ke kolej ni sediakan satu bilik khas untuk membasuh baju. Kat situ letak lah 10 mesin basuh ke, barulah berbaloi dengan yuran kolej yang mahal nak mamp*s tu. Barulah student rasa "KEBAJIKAN" mereka diambil kira. 

buatlah macam ni, berderet mesin basuh. baru best! hari-hari aku basuh baju!

Haissh, memang sabar jer lah kalau duduk kat kolej ni. Time ni lah rasa rumah tu memang SYURGA. Takpelah, nak buat macam mana. Dah terpaksa duduk jauh dari rumah. Kalau lah UM ni dengan rumah aku setakat macam kat UTHM tu, memang aku say buhbye la kat kolej kan! heheehehehehe

p/S: baju telah dibasuh dengan jayanya. Cuma cuaca yang redup dan lembap, MELEMBABKAN lagi baju untuk kering!

2 comments:

  1. Syukurla ada gak mesin basuh..
    Dulu time study smua kmi guna manual..

    ReplyDelete
  2. EB: alamak.... ye ke EB? tapi kan, kalau ada mesin basuh pun tapi sakitkan hati nak wat pe kan!

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork