Thursday, January 13, 2011

Kalau tak sanggup tahan payahnya BELAJAR, jadi tanggunglah susahnya KEBODOHAN

Salam semua.

Aku nak mintak maaf banyak-banyak sangat pada sapa-sapa yang ada baca entry aku yang berbaur kekecewaan aku tempoh hari. Korang nak baca jugak? Boleh, KLIK SINI.....Memang, waktu aku publish entry tu, mood aku berada dalam keadaan sangat-sangat tidak stabil. Macam mana nak stabil, bila perkara tu berkaitan dengan masa depan aku. Mau tak aku meraung bagai mati laki........



Terus terang aku citer kat korang, yang on dat time aku bercadang nak tukar kursus yang aku ambil disebabkan aku rasa cam aku tak boleh bawak je law ni. Susah yang amat. Kadang aku pikir, kenapa orang lain boleh je buat dan hebat-hebat. Aku tak tau mana aku nak cari "excellency" aku masa zaman sekolah dulu. Aku mengaku, aku ada salah dan silap. Tapi, aku dah berusaha. Dan untuk senangkan hati balik....belum ada rezeki. Belum cukup lagi usaha aku untuk dapat apa yang orang lain dapat. Masa tu, memang aku give-up!

Tapi, aku berbincang dengan akak aku. Dia memahami aku dan dia bagi aku berfikir secara waras. Bukan ikut perasaan. Semua yang dia nasihatkan aku, semuanya betul. Dan untuk itu, aku sangat-sangat berterima kasih pada dia!  Along, aku tau kau baca blog kita kan... honestly.... you're my inspiration! You're my soulmate & you're my Kakak Dunia Akhirat lah! thank you so much!

Betul, bukan senang aku nak dapatkan peluang belajar undang-undang ni. Banyak benda yang aku dah lalui dan sekarang tak kan aku nak lepaskan peluang ni kan? Ramai lagi orang yang mengimpikan kursus ni, tapi tak dapat. Aku yang dah dibagi, senang-senang nak lepaskan.... Lagi satu, masa aku buat keputusan tu, mental aku berada dalam keadaan tak waras, jadi bila buat keputusan pada mental yang tak betul maka tak betul lah keputusan tu. Aku mungkin akan menyesal seumur hidup kalau aku tukar kursus. Sebab lawyer adalah impian aku. Kalau nak difikir pasal duit, aku rasa aku kena positif sikit. Duit boleh dicari. Tapi peluang hanya datang sekali. Akak aku jugak suruh aku pikir jauh sikit. Buat apa aku nak kejar pointer kalau keluar nanti takde kerja. Lebih baik aku maintain dan naik kan pointer aku slow-slow. At least keluar nanti aku dah ada sesuatu. Jadik lawyer! Itu yang penting! 

Jadik, sekarang ni aku rasa masih ada masa untuk aku cover dan buat plan dengan baik. Tak perlu lagi menangis dengan apa yang dah berlaku dan jangan sekali-kali berubah niat. Percaya pada diri aku yang aku boleh buat sebab aku masuk kat fakulti ni dulu, sama je macam orang lain. Takde bezanya! Cuma sekarang ni, aku kena berhati-hati. Tingkatkan lagi usaha yang aku rasa macam dah cukup, padahal tak cukup pun. Dan yang paling penting, aku kena baiki lagi hubungan aku dengan Allah sebab dialah penentu segalanya. Aku percaya benda tu! Aku sangat berharap, satu hari aku jadi seorang lawyer! 

" Kalau  tak sanggup tahan payahnya BELAJAR, jadi tanggunglah susahnya KEBODOHAN"---- totally rite!




13 comments:

  1. sepupu atq lawyer gak..atq ramai kawan2 yg amk law..so atq tahu cmne diowg..kepayahan diowg..kalo nk jadi lawyer nie..satu je..kene rajin membaca..tue yg sepupu atq cakap kat adk die..kalau susah nak masuk apa yg dibaca tue..jgn giveup..baca..baca..dan baca lagi..cayalah..insyaAllah boleh punya..goodluck k...belajar pelan2..jgn push sgt...usaha selagi terdaya...

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. inannie..

    saya doakan kamu akan berjaya bergelar seorang peguam juga suatu hari nanti...jangan mudah putus ada...semoga berjaya dalam menempuhi saat getir dalam sebuah perjuangan di medan pembelajaran...

    ReplyDelete
  4. atq: mmg kena banyak baca laaa awak... tu laa kena truskn dan up lg usaha!

    ReplyDelete
  5. adinda amy: time kasih sebab selalu mendoakan saya. saya jugak doakan awak. moga kita semua dapat yg terbaik!

    ReplyDelete
  6. fatin - kita grad sama2 nnti k?
    :)

    ReplyDelete
  7. syafiq: insya-Allah. ko doakan aku skali. nti kita leh paw mmber2 yang dah grad awal tu kan!

    ReplyDelete
  8. salam. thanks sbb sudi singgah blog. ;)

    ur BFF? siape??

    ReplyDelete
  9. Hiya :)
    What is your opinion of the Nikon COOLPIX S8100?
    My personal camera recently broke, and I just want to know if anyone believes this would be a good one. If you have a better camera thought in mind inform me, thanks a lot.

    ReplyDelete
  10. gud luck! saya doakan kejayaan kamu insyallah.. do the best :D

    ReplyDelete

Inspirasi Anda Buat Saya Happy! :)

 

Blog Coklateyes [Beauty | Food | Lifestyle] Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork