Thursday, January 27, 2011

KITA ADA ANTARA HOTEL TERKOTOR DI ASIA - Wat???-

Salam korang

Aku dah habis kelas... dan dah cuti ni! yeeehaaaaa.... tgh pikir esok je nak balik Johor pukul 9 pagi. Disebabkan holiday, aku percaya kot ramai yang dah plan nak berjalan ke sana dan ke sini kan. Jadi ni aku ada sesuatu yang patut dikongsi bersama korang. Wajib baca okey demi kesejahteraan dan ke'heaven'an anda bercuti!

Satu survey telah dilakukan oleh sebuah laman web iaitu www.tripadvisor.com   mengenai kebersihan hotel-hotel di Asia. Yerlah kalau kita nak pegi bercuti, bilik hotel merupakan satu basic yang wajib kita dapatkan kepuasan. Kalau tak, tak bermaknalah cuti kita tu kan.... Apa yang menariknya, ada dua buah hotel kat Malaysia telah berjaya menempatkan diri mereka sebagai HOTEL TERKOTOR DI ASIA! wat!!! aku sendiri pun tak percaya. tapi realiti weiiiiiii........So kat sini aku bagitau korang k, apakah hotel tersebut supaya anda berfikir 38 kali kalau nak menyewa disitu.... (p/s: ni semua berdasarkan kajian kat laman web tu... jangan saman RM 6juta pada aku!)


Tempat Ke - 10 dalam carta:
HOTEL MAHKOTA, MELAKA


Dalam rekod, hotel ni dikatakan memiliki 4 bintang dan bertaraf antarabangsa. Tapi aku tak tau lah sejauh mana survey ni betul atau tidak dan dari aspek kotor tu dinilaikan. Menurut kajian tersebut,

Running tap water is yellowish brown.
















dan sebanyak 69% tidak merekomen hotel ni kepada pelancong! Aduhai.... macam mana ni? Mana tagline, "Melaka, Bandar dalam Taman" yang diwarkan? Kalau betul survey ni, boleh rugi hotel ni kan.


TEMPAT KE-2 dalam carta
CORUS PARADISE RESORT, PORT DICKSON


Wah tengok gambar dari udara cam kat Dubai kan... tapi bila kajian dibuat, amat mendukacitakan. Pun dikatakan sebagai hotel bertaraf 4 bintang. Jadi aku peliklah macam mana seramai 83% tidak mengesorkan pelancong stay kat hotel ni. Sebab paling popiler yang diberikan adalah ,

Wash basin with fungus and stains.








bilik air kat hotel memang perlu dalam kebersihan yang tip-top tau! takde sapa yang nak toilet yang kotor. Malu kot kalau ditengok pelancong. Lagipun, kalau ada fungus bagai ni, mesti bakteria pun banyak. Kan bahaya untuk kesihatan. Cemana ni makcik cleaner????

Jadi, pihak pengurusan hotel-hotel yang ada kat Malaysia ni perlu ambil berat segala survey dan pandangan pengguna hotel. Jangan amek remeh. Tengok, kalau dah sampai ke tahap ni kan payah. Mesti malu dan bagi impak buruk pada imej hotel korang. Bukan senang tau nak kembalikan kepercayaan orang kalau sekali dah terkena. Aku tak tahulah sejauh mana ketepatan survey ni, tapi macam aku kata tadi, benda ni penting. Lagipun, pelancong datang nak berehat dan luangkan masa dengan keluarga. Kalau dapat benda tak best, kesian kan.... Cam ni, payahlah Malaysia nak dapat pelancong lagi!

Untuk mengetahui carta yang penuh.... sila lah klik PADA LINK HOTEL TERKOTOR ASIA....

10 comments:

  1. you are right..i praktikal dekat hotel yg memang famous tapi bila dah ada kat sini n serve tourist rasa kesian kat diorang sebab tak macam yg dibayangkan..out expectation..

    ReplyDelete
  2. si unique: yer ke.... jadinya sy nak nasihatkan sapa2 yang kena cam tu leh claim tau. leh claim under mistake of fact. kita leh dapat ganti rugi beb!!!

    ReplyDelete
  3. aigoo~~kotornya!!!!!!!!
    ish3..heeeeeee...
    tp kan...pelancong dr korea lg pngotor...hmm..xnk cter lah.

    ReplyDelete
  4. ijam: aigoooooo!!! hahahah

    ye ke pelancong korea lagi kotor? cite laa sket!! baru tau!

    ReplyDelete
  5. ijam: aigoooooo!!! hahahah

    ye ke pelancong korea lagi kotor? cite laa sket!! baru tau!

    ReplyDelete
  6. ee..malunyer kan.. apa la.. pattnyer dah dapat taraf 4 bintang.. kena la setaraf dgn kebersihannyer...

    ReplyDelete
  7. cikgu ainura: tu laa.. bila dapat 4 bintang, dorang punya bayaran @ harga bilik bukan main... tapi tegk2 kotor.. sabar je laa!

    ReplyDelete
  8. corus kotor?? sungguh tak disangka..

    ReplyDelete
  9. puteri ain: tuu adalah hasil survey... jadi sapa2 ada pengalaman, ctelah. mana tau pnah stay sana. sy tak penah.

    ReplyDelete
  10. yupp its totally TRUE !! hotel bertaraf tinggi bila da check in rasa sangat tak berbaloi...

    momo pun pernah berpengalaman sebegini.hotel mana..biarlah rahsia..HEHE yang penting hotel kat Malaysia ni perlu lagi buat pantauan :)

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork