Monday, January 31, 2011

Mari Sama-Sama Doakan Rakyat Malaysia Di Mesir.

Salam semua



Terkejut jugak aku bila dengar berita pergolakan di Mesir yang semakin serius dan menjadi-jadi. Daripada berita yang aku baca, banduan terlepas semakin ramai dan keadaan sangat-sangat tidak terkawal. Apa yang aku bimbangkan ialah nasib rakyat kita kat sana. Maklumlah, ramai kan yang sedang menuntut ilmu di bumi Anbia tu.

Aku harap sangat, kerajaan kita bertindak dengan cepat dengan menyelamatkan rakyat kita kat sana. Kawan-kawan aku pun ramai yang ke sana. Aku bimbang dengan keselamatan mereka. Dorang menjadi mangsa keadaan. Kerajaan perlu bawak dan kumpulkan mereka di Kedutaan Malaysia.

Daripada apa yang aku tahu, connection mereka dengan dunia luar dah disekat. Internet dan talian telefon dah di block. Semakin susah kan? Macam mana agaknya khabar mereka. Aku harap kita semua dapat doakan keselamatan mereka disana sebab daripada BLOG SOLIHIN ZUBIR ada pelajar Malaysia yang dah dirogol di Mesir oleh banduan yang terlepas. Kesiannyaaaa!!!

Ya Allah, kau lindungilah sahabat-sahabat aku di sana. Lindungi mereka daripada bala bencana dan selamatkanlah mereka untuk pulang ke tanah air tercinta demi keluarga mereka! Amin....


UNTUK TERUS MENYOKONG & DAPAT KAN MAKLUMAT TERKINI :

sila KLIK " Selamatkan Pelajar & Rakyat Malaysia di Mesir"



6 comments:

  1. yeke... kesiannya... semoga mereka yang tidak terlibat itu selamat...

    ReplyDelete
  2. en.mamat : amin... kita doakan ye... mrk mangsa keadaan!

    ReplyDelete
  3. sama-sama lah kita doakan... kesian orang sana...

    ReplyDelete
  4. mudah-mudahan tiada perkara yg buruk berlaku..
    sama2 lah kita berdoa..
    risau coz ramai kawan kat sana...

    ReplyDelete
  5. solihin: amin... moga semua dalam keadaan selamat!

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork