Monday, January 17, 2011

Perlukan Pengacara Majlis? Kan Ada Aku!

Salam semua.

Kebelakangan ni, aku pun tak tau kenapa. Bila muncul tengah malam, barulah idea datang mencurah-curah nak update blog. Siang tu, memang Haaaarem laaa takdak idea langsung. Jadi, besenya siang hari aku akan study atau buat tutorial. Maklumlah, tak nak mengecewakan lagi kan....

Well, nak cite kat korang ni. Esok aku akan jadi pengacara majlis untuk satu projek kolej anjuran JKP Akademik dan Intelektual (ADIN) yang mana aku sendiri pun terlibat sebagai Timbalan Pengarah projek ini. Aku ditugaskan untuk jadi pengacara majlis. Than, sebagai persediaan, aku pun buatlah teks emcee sebab tak nak lah nanti masa majlis kacau bilau. Tiba aku janggal pulak nak buat teks emcee tu. Mungkin sebab dah lama kot tak buat teks emcee. hehehehe....dah nak pencen kot!

Bidang pengacaraan ni aku aktif dah lama jugak lah. Masa memula aku mengacara waktu tu umur aku 9 tahun. Darjah 3. Dan acara 1st yang aku kendalikan adalah sesi soal jawab subjek Sains masa kat perhimpunan mingguan. Masa tu, pergghh memang kaku lah agaknya aku ni. Ikut bulat-bulat teks yang cikgu aku bagi. Chuak? Jangan cakap lah. Memang dah kompem! Mana taknya, berinteraksi dengan budak-budak yang lebih tua dari kita. Student darjah 4,5,6 kot. Aku baru tahap 1 dah buat kuiz kat tahap 2. Tapi, dari situlah cikgu-cikgu aku mula nampak potensi aku untuk bercakap di khalayak ramai. 

Start daripada tu, tiap-tiap minggu perhimpunan mingguan sekolah aku yang kendalikan. Perkara ni berlarutan sampai aku ke Tingkatan 6. Kebanyakan acara dan majlis aku jadi pengacaranya. Kadang tu, aku rasa takut sebab mesti budak-budak tu jemu dengar suara aku tiap-tiap minggu. Balik-balik muka aku yang kendalikan majls kat sekolah. Dari perasmian sampai ke persaraan. Kadang tu, aku sengaja je buat-buat sakit tekak sebab nak bagi peluang kat orang lain untuk kendalikan majlis. Bagilah chance kat orang lain belajar kendalikan majlis. Aku sekadar tempat rujukan boleh. Tak kesa pun nak tanya apa je!

Mengacarakan majlis ni perlu skill. Yang paling penting kita kena cepat bertindak buat keputusan dan spontan. Dalam sesuatu majlis lebih-lebih lagi yang protokol tahap SULTAN punyer. Lagilah banyak kerenah. Ada je perubahan last minute. Kelam kabut aku arrange balik teks. Salah cakap, salah sebut mau huru hara jadinya. Tapi kita kena professional. Biasalah cabaran dalam bertugas kan.

Sepanjang aku jadi pengacara ni, ada beberapa pengalaman yang memang tak dapat aku lupakan lah. Pertama, masa aku tingkatan 6. Masa tu aku mengacarakan Program Perasmian Kelab Buku Teks Peringkat Kebangsaan. Perasminya Dato' Hishamuddin Tun Hussein. Yang paling bangga masa tu nak tau kenapa? Jabatan Pelajaran Negeri Johor tak nak orang lain yang mengacarakan majlis tu. Dorang tetap nak aku! Fuh.Fuh.Fuh..... Terasa Diriku Begitu Berharga kan! heheheeh! perassaaaaan!

muka chuak tu sebenarnya!

repek.repek.merepek

Yang kedua pulak, masa aku Tahun 1/ Sem.2 kat UM ni. Aku dilantik sebagai pengacara Dinner Kolej a.k.a  Mandeta 10'  kat Sunway Hotel & Spa yang mana dihadapan para VIP termasuk Naib Canselor UM dan Dato' Seri Ali Rustam sebagai perasmi. Gegar lutut wooooooooooo!!! Sebab tu lah pertama kali aku mengacarakan majlis kat hotel dan penuh dengan protokol. Alhamdulillah semuanya selamat. Takde yang kelam kabut sangat!

untuk satu program jalinan antara ipta (UM & UPSI)


Bidang pengacara ni sangat best tau. Korang boleh cipta keyakinan diri korang. Mengasah skil komunikasi korang dan yang paling penting, cara mengendalikan sesebuah acara tu. Pengalaman dan pembelajaran tu lah yang sangat berharga. Macam yang ayah aku selalu kata, " Ramai orang boleh cakap, tapi hanya sorang je yang boleh bercakap di hadapan ramai orang!" cewah!!!

So, pasni kalau korang perlukan pengacara untuk apa je majlis, majlis kawin, majlis hari jadi, majlis anugerah cemerlang, majlis cukur jambul, semua boleh! Korang boleh panggil aku. Insya-Allah harga berpatutan. Tak de demand punyer!!!! heheheh promote plak!



p/s: entry ni bukan berbaur ngada-ngada atau show off ye! nak share pengalaman je!!!! sapa tak suka, button X ada kat atas tu! 

5 comments:

  1. sgt betul! mengasah bakat..n ni siyesly penting lps spm nk intrview ape sume n time intrview cari keje lg penting! gudjob girl! ;D

    ReplyDelete
  2. kamarukom: thank you. soft skill sangat penting!

    ReplyDelete
  3. you go girl..kita berdua aada persamaan sejak lahir..hakhak.. i like..

    ReplyDelete
  4. suka..suka...i like MC, pengalaman yg menyeronokkan..leh share pengalaman.

    ReplyDelete
  5. good luck akak !! suka bca entry akak :)

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork