Monday, January 3, 2011

Pernah Rasa Nyawa dan Jasad Terpisah?

Salam semua



Pernah tak korang rasa macam mana bila jasad dan nyawa berpisah? Ape ke pelik soalan aku ni. Ala-ala cite seram pun ada gak. Rasa cam soalan bodoh pun ada. Mana taknya... macam mana nak rasa bila nyawa dan jasad terpisah kan maknanya dah mati. Korang still alive aper.... hehehehe! Sebenarnya, itulah yang aku rasakan. Susah untuk aku cerita kat korang macam mana perasaan aku saat ni. Aku baru sampai kat UM semalam, aroun 11 am. Mula-mula tu memang lah tak rasa apa-apa sebab aku membusykan diri mengemas bilik. Angkat kotak, susun buku, pasang cadar semua. Than, suddenly aku realize something. Before this, setiap kali bukak semester baru, mesti ayah aku akan hantar aku ke kolej dan adik, kakak aku akan tolong angkat barang. We're one helpful family. Tapi, untuk semester ni.... aku cuma sorang. Dihantar oleh mak usu aku. Nasib baik mak usu aku macam faham perasaan aku yang tengah gundah gulana ni. Dia banyak tolong aku. Sampai tak tau aku nak membalasnya. 

Bila malam, mula nak tidur.... badan dah baring dah atas katil tapi kepala otak aku ni melayang-layang. Mula lah pikir bukan-bukan dan benda pertama yang aku pikirkan apa lagi kalau bukan ayah aku kat rumah tu. Ya Allah, risaunya aku. Aku bukan risau bila dia nak sembuh. Memanglah aku berdoa dia cepat sihat tapi aku risaukan siapa yang nak uruskan ayah aku. Mak aku memang akan jaga ayah aku. Memang TIP TOP. Tapi yang nak membantu dia tu. Nak bangunkan ayah, nak mandikan, nak duduk kan ayah. Macam-macam lah. Aku kesian tengok mak aku. Mak dah tua. Mak dah tak larat. Aku buntu macam mana nak selesaikan masalah ni. Semua adik beradik aku kat KL. Jadi sapa nak tengok kan mereka berdua? Aku cuma mampu tawakal dan beserah.

Sebelum mula semester ni, aku pernah terpikir nak amik cuti satu semester. Susah untuk aku luahkan hasrat tu sebab aku ni ibarat " di luah mati mak. ditelan mati bapak ". Aku sayang dua-dua. Ayah dan mak perlukan aku. Aku pulak perlukan study sebab nak capai impian aku. Aku pernah suarakan perancangan aku ni pada salah sorang cikgu yang aku memang rapat masa form 6. Dia cakap, kalau aku cuti atau maybe quit dari study, ayah aku lagi akan kecewa. Sebab memang impian dia untuk tengok aku jadi seorang peguam. Tapi, kalau aku selfish, macam mana pulak dengan keadaan ayah dan mak aku. Aku tak sanggup tengok dorang susah. Aku tak sanggup....

Mungkin korang tertanya-tanya, apa guna kakak dan adik aku kan? Baiklah meh aku terangkan situasinya. Akak aku sekarang ni sambung buat Master dan kerja sebagai RA kat UM jugak. Akak aku boleh tangguhkan pengajian dia dan jaga ayah aku. Cuma kalau dia quit atau tangguhkan, dia tak dapat bantu family aku untuk sumber kewangan. At least, kalau tak banyak pun sikit-sikit dia boleh bantu jugak kan. Gaji ayah aku memanglah ada tapi kita tak tau berapa lama masa yang diperlukan untuk dia kembali semula kerja. Mungkin 3 bulan, mungkin 6 bulan. Tak tahu..... Sekali lagi aku buntu.

Adik aku pulak, tinggal setahun je lagi belajar. Kan sayang kalau dia quit. Jadi memang adik aku kena teruskan belajar. Dan the last choice yang ada, aku kena cuti satu semester. Tapi itu tidak mungkin. Masih lagi dalam pertimbangan aku.... susah untuk buat keputusan. Aku masih buntu dan tak dapat nak fokus kat UM ni. Badan je kat UM. Jiwa, semangat dan ingatan aku tetap pada rumah, pada ayah. 

Ya Allah, bantulah hambamu ini. Mudahkanlah segala urusan. Berikanlah kami jalan penyelesaian. Sembuhkanlah penyakit ayah aku. Aku bertawakal pada-Mu.....

6 comments:

  1. sentiasalah berdoa ye.semoga semuanya baik2 saja

    ReplyDelete
  2. buzzy: yer... sy tak pernah putus doa. cuma kadang-kadang buntu!

    ReplyDelete
  3. doa bebanyak fatin..semoga ayahanda awk sihat2 selalu :) ..


    jemput sertai contest saya :)

    ReplyDelete
  4. hm..fikir balik..buat istikharah..insyaallah tuhan tunjuk ye..moga ayah anda cpt sembuh..

    ReplyDelete
  5. misyamiss you: insya-Allah. smga smua urusan dipermudahkan.... memang sukar nak buat keputusan kan~

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork