Monday, January 10, 2011

Respon Mark Zuckerberg Pada Surat Aku

Salam semua


Alhamdulillah, takde perkataan yang boleh gambarkan perasaan aku pagi ni. Akhirnya, PMZ (Pakcik Mark Zuckerberg)  terima jugak surat yang aku bagi semalam. Berjaya jugak aku suarakan isi hati lebih 400 juta pengguna Facebook dan  mendapat respon yang baik. Sesaper yang berminat untuk baca surat yang aku bagi semalam pada PMZ sila KLIK SEKALI DISINI. Hasil daripada surat pujuk rayu tu, pagi  ni PMZ telah membuat satu lagi announcement. Meh la baca apa yang PMZ ANNOUNCE kan pada korang semua. Harapnya ni jadi berita gembira pada korang. Pasni sapa-sapa yang nak mintak aku tulis surat pujuk rayu kat gefren ke boipren ke, mak bapak, kawan sebelah bilik ke, sila email aku yer. Jangan segan nak share masalah. Boleh gtew?


Lagipun, aku memang dah agak dah yang PMZ ni saje bikin kecoh. Korang ingat senang ke nak tutup periuk nasi kita? Tiap-tiap hari duit masuk akaun berjuta-juta tanpa perlu kerja keras. Mau tak sewel dibuatnya PMZ. Yer lah, itulah punca pendapatan dia kan.Lagi satu, apa yang aku rasa sangat mustahil untuk FB tutup ialah, tak kan lah syarikat-syarikat gergasi kat dunia ni tak nak beli FB tu. Bukan ke sebelum ni Bill Gates pernah bercadang nak beli FB. Jadi, kalau PMZ nak shut down FB, tak kan lah Bill Gates tak nampak peluang dia untuk take over FB. Peluang emas oooooi! Bukan senang nak dapat. 

Tak pun, memang PMZ saje bikin kecoh sebab nak suruh korang semua delete apa yang patut. Bagi ringan sikit sever PMZ. Yerlah kalau dah semua satu dunia tertumpu kat situ, mesti internet PMZ slow giler babi. Sampai siput babi pun boleh menang lumba lari 8 round kalau nak banding kelembapan server PMZ. Jadi, bikin kecoh sekejap, than semua orang delete data, pic, etc. of coz laa ringan kan! Mungkin jugak, PMZ bikin kecoh ni sebab dah banyak sangat masalah yang timbul dari FB tu. Makanya, dia nak korang semua (termasuk aku) study buku yang sebenar. Bukan MUKA BUKU. Barulah result boleh gempak. Tambah pulak, dengar cerita dari FB ni banyak merosakkan hubungan sesama manusia. Maybe, PMZ dah rasa bersalah yang amat sebab FB tu kan ciptaan dia. Jadi, satu jalan nak bagi semua clear ialah SHUT IT DOWN! Simple.... 

Walau apa pun keputusan yang diambil oleh PMZ, kita semua perlu terima kan. Jangan gelabah sangat sebab selama ni pun kita takde FB, tapi masih boleh hidup kan. Mula-mula je, akan rasa janggal. Tapi lama-lama okeh lah. Kalau still tak boleh terima keadaan lagi, atau rasa hidup cam bercelaru jer dengan ketiadaan FB, jadi activate balik akaun My Space, Friendster & Tagged korang. Ingat lagi tak korang pada benda tu semua? Benda yang mempelopori laman sosial di dunia ni.....


2 comments:

  1. so..natang FB ni x tutup la ye?? buat kecoh je la PMZ ni..

    ReplyDelete
  2. Haris: nampaknya macm tidak.... memang pandai PMZ buat lawak kan..

    awak di mana HK?

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork