Friday, January 21, 2011

Salah ke kalau guna "I FOLLOW U, U FOLLOW I"?

Salam semua


Aku rasa trend " I FOLLOW U, U FOLLOW I" bukan lagi satu benda baru kan dalam dunia blog. Semua blogger tau. Ada yang tak suka, ada yang mengutuk, ada yang mengeji dan ada jugak yang membenci. Walhal benda ni terus dilakukan oleh sesetengah blogger. Kenapa kah??

Dan kat sini, aku dengan rendah dirinya nak mengaku... IYER, AKU SALAH SORANG YANG MENGGUNAKAN CARA ITU SATU MASA DULU. Masa aku baru nak menapak dalam dunia blog ni. Baiklah, maafkan aku jika entry ni mengguris hati mana-mana pihak. Tapi, aku tampil ke depan dengan entry ni bukan untuk menghentam mana-mana pihak apatah lagi untuk bermusuhan. Cuma sekadar menjelaskan kenapa aku memilih cara begitu satu masa dulu. 

Bila aku baca beberapa entry yang meletakkan trend  I FOLLOW U, U FOLLOW I ni seolah-olah sebagai satu kesalahan jenayah siber atau satu dosa besar, aku sangat sedih. Sedih sebab "KESALAHAN" kami ni macam tak dapat dimaafkan lagi. Ada sesetengah blogger tulis, bila dorang dapat ayat cam tu kat shoutbox dorang, dorang  rasa TERPAKSA  untuk follow balik, tak pun  rasa BERSALAH sangat bila tak follow balik semacamnya, ayat I FOLLOW U, U FOLLOW I tu adalah satu ugutan. 

Biasanya trend ni digunakan oleh para blogger baru yang mana mereka masih mencari-cari lagi tapak dalam dunia blog ni. Aku percaya, takde satu pun blogger yang guna trend macam tu berniat nak jadikan ayat tu sebagai ugutan atau ayat mintak belas kasihan. Tapi apa yang kami harapkan adalah:


1. BLOGGER BARU MEMERLUKAN SOKONGAN BLOGGER LAMA

Iyer, betul dan sangat betul. Bila kita baru dalam sesuatu bidang, pastinya kita takde pengalaman. Kita memerlukan kata-kata semangat dan sokongan dari mereka yang expertise dalam bidang tu. Sama lah jugak halnya dengan dunia blog. Blogger baru memerlukan sokongan dari banyak pihak. Masa aku guna trend tu dulu, setiap kali aku tengok follower aku meningkat, walaupun seminggu tu baru sorang je yang follow, aku dah melompat-lompat gembira. Itulah tandanya ada orang yang sokong kita. Bukan untuk mintak simpati. 


2. BLOGGER BARU INGIN TAMBAHKAN KENALAN 

Dunia blog sangat luas. Boleh dikatakan kebanyakan remaja @ belia hari ni ada blog. Mereka ingin berkongsi apa sahaja cerita dan pengalaman. Malahan, daripada blog juga bertambah kenalan. Jadi, aku rasa trend tu bukan sekadar memberi peluang kita berkongsi cerita tapi bagi peluang kita kenal sesama blogger. Bila kita follow seseorang, apa sahaja yang dia update kita akan dapat tau kan... jadi dari situ lah kita mengenal antara satu sama lain. Bukannya sekadar nak memenuhkan ruangan FOLLOWER kat blog.


3. BLOGGER BARU PERLUKAN RUJUKAN DAN PENANDA ARAS

Aku tak tau lah macam mana para bloggers terkenal hari ni meningkat naik. Adakah mereka naik mendadak atau berperingkat-peringkat? Apa yang aku pasti, takde sapa yang TERUUUUUUUS KE ATAS. Mesti mendaki perlahan-lahan. Dan untuk mendaki perlahan-lahan tu, pelbagai benda perlu dipelajari. Perlu dilalui. Dengan siapa mahu belajar skill untuk mendaki kalau bukan dengan mereka yang pakar. Jadi, bila kita Keep In Touch @ follow-memollow, sedikit sebanyak kita akan belajar macam mana nak attract readers. Macam mana nak hasilkan enrty yang menarik etc. Tak ke kita sepatutnya bangga sebab, kita membantu sesama blogger? Kita dijadikan sumber inspirasinya.

4. TAK RUGI PUN NUFFNAG ANDA KALAU FOLLOW BACK!

Maaf sekadar bergurau, tak bermaksud yang lain. Sebab setahu aku, kalau follow back, takde rugi apa-apa. Nuffnang tak sentuh dan tak tipu apa-apa kan? Bukan macam sistem autoblogwalk tu kan?


KESIMPULAN

Apa lagi yang ada pada dunia blog kalau bukan FOLLOWER. Apa lagi yang mampu menaikkan nama seorang blogger kalau bukan FOLLOWER. Apa lagi yang nuffnang boleh bagi kalau bukan kerana FOLLOWER? Dan satu je, kalau yer lah ada yang tak gemar dengan trend I FOLLOW U, U FOLLOW I ni, tak yah lah nak mempersoalkan kredibiliti penulisan  blogger  tu. Janganlah menjatuhkan semangatnya untuk berblog sebab dulu pun awak macam tu... ZERO. Takde sapa yang baru terus jadi HERO!

p/s: maaflah kalau ada yang terasa @ tersinggung. Ini sekadar buah fikiran saya. Dunia blog ni kecik aja. Tak susah mana pun kalau kita membantu satu dan yang lain! Sekarang ni aku dah tak guna lagi trend tu. Aku just pegi lawat blog dia. Baca entry dia dan tinggal jejak dengan berkata " Salam, saya singgah sini. Feel free to visit mine too!"  jadi tak lah rasa ayat tu macam ugutan kan... 

18 comments:

  1. hahaha..sejujurnya...saya as blogger baru...saya categori no 1...excited giler dpt ramai follower...

    http://letsmakeover2u.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. x salah kalau buat trend nie......tp kita akan dpt followers yg follow kita sbb terpaksa...bukannya followers yang follow sebab suka blog kita....kalau kita dapat beribu followers dgn cara nie, tiada makna langsung....maaf kalau terguris...sekadar pandangan~~~~

    ReplyDelete
  3. sy xkisah lgsg kalau org tulis mcm tu kat chatbox sy asalkan dia betol2 follow sy. sy dah byk kali tertipu. ada org tulis i follow u nii, follow i pulak. tapi bila check kat profile, xde pun dia follow blog sy. dan kat kotak follower sy xde pn. sure sakit hati kan.. kalau dah follow, katakan dah follow. tanpa diminta, sy akan follow balik..

    itu pendapat sy. :)


    sy akan betol2 check dia follow sy ke x kalau dia beria2 cakap dia dah follow dan nak sgt follow sy. tapi kbykn xfollow pn.. tulis je mcm tu.. sabar je la

    ReplyDelete
  4. sy pn xkesah org tulis cm tu kt shoutbox sy.. normal la tu.. bg sy org2 gtu perlukan sokongan.. kn dorang baru nk menapak dan berkembang.. y not kta sokong? dorang nk promote blog dorg tu hak dorg la..sy xbrapa stuju dgn certain blogger yang da pemes n ramai polower bangkitkan isu follow u, follow me back.. mereka akan kata jangan la guna taktik macam ne.. habis di kutuk2 lagi blogger yg bagaikan minta d follow ne.. mentang2 la dorang da pemes kn ble la ckp mcm tu.. padahal dulu pn mcm tu gk.. peace..^_^

    ReplyDelete
  5. Fashionista: as a new blogger, kita akan appreciate setiap follower kan... sbb dgn cara tu, kita pun harap supaya kita juga akan dihargai.

    ReplyDelete
  6. dpt ramai followers mmg best..
    tgk followers beribu2 cm bg semangat kt kiter jerk..
    sbg blogger yg dh dfollow oleh beribu2 rakan tu, kita kena buat sesuatu utk mereka supaya mereka tetap selalu bacer blog kita..
    bukan sekadar follow, pastu blah,
    tp, biarlah follow pastu berterusan bcer blog kita...
    biar followers sket, janji ramai pembaca setia..
    btol tak?
    huhuhuhuh :)












    pssssst: fiq pown dulu suka gak guna skil U FOLLOW I, I FOLLOW U..
    huhuhh :)

    ReplyDelete
  7. kuronofu: pada pndangan sy la kan, kalau rasa terpaksa, tak yah la nak follow back. sebabnya, benda tu terpulang pada kita. kalau tak follow pun, bukannya blogger yang guna trend tu blh buat apa-apa. dlm dunia blog ni rasanya tiada paksaan. semuanya bergantung pada kita. terpulang.... jgn lah letakkan diri dalam keadaan terpaksa. =)

    ReplyDelete
  8. noor fatin: sy tak nafikan ada jugak yang macam tu... means tipu kata follow tapi tak sebnarnya. Blogger macam tu memang patutlah kena KICK kan... hehehehe. saya pun ada gak kena. besalah, banyak udang bayak garam,banyak orang banyak ragam kan!

    ReplyDelete
  9. izwanie: yes, dat is! tu yang sy cuba bangkitkan. Tak salah nak guna trend apa pun as long as bukannya tipu @ mengancam keselamatan. cuma sgt sedih bila ada yang kata "sapa guna trend tu, macam looser giler." than ada plak yang kata, "saya tak kesa blog sy tak ramai follower, sebab saya tulis bukan utk kejar jumlah follower"! yerp itu cara anda. mungkin bagi anda penghargaan datang dari part lain. tapi, bg sy yg guna trend tu... saya suka bila orang bg respons... slh satu cara selain komen, adalah dgn FOLLOW ME!

    ReplyDelete
  10. fikri: yer itu pun betul. kita nak follower yang setia. tapi cuba fikir jap, kalau dia tak follow cemana kita nak dapat kesetiaan mereka?

    mungkin bagi blogger yang hebat, setiap kali publish terus dapat komen lah, dpt follower baru cecah ratus2 satu hari lah kan... tapi bg yang baru? cemana caranya???

    stp orang ada kpuasan tersendiri. tp, sy lagi suka follow mereka yang follower sikit... sbb sy tau macam mana gembiranya bila kita dapat satu follower baru. Daripada follow blog yang follower ribu-riban tapi tak pernah hargai pun followernya. cemana tu yer? =)

    ReplyDelete
  11. Tak salah memang tak salah. Tapi biasanya kalau kita follow sebab I follow u, u have to follow me back too tu biasanya sekadar follow bukan sebab kita betul-betul nak bace belog dia. Tak nak la blogger jadi excited bila tengok ramai follower walhal belog tak pernah orang bukak pun kan? Hee~ Maaf kalau ada tersilap dalam komen ni ke. Sekadar pendapat :)

    ReplyDelete
  12. perkara tersebut adalah hak orang tu sendiri sama ada dia nak komen, nak follow atau nak masuk blog kita. Kalau orang tu komen, kira rezeki. Kalau orang tu follow, kira rezeki. Kalau orang tu masuk blog kita pun rezeki dan kalau orang tu klik nuffnang kita, syukur Alhamdulillah.

    *ini cuma pendapat saya taw. =)
    http://pinkygirltalk.blogspot.com/2011/01/blogger-femes-ni-semua-sombong-unfollow.html

    ReplyDelete
  13. mcm en idea orang nak naikkan bilangan follower dieorang..tapi bagi saya, saya xkesah sangat kalau dieorang nak wt gitu.. kita pun ley judge n wat pilihan kalau nak follow dieorang balik ke x..its like the end of the world..kan? :D

    ReplyDelete
  14. cik yana: betul tu.... yang pntg kena ikhlas la kalau dah follow. yang jadi masalah ialah, bila ada blogger yang tulis en3 kata follow memolow ni ibarat satu kesalahan besar. sampai kutuk2 gaya penulisan blog la... yang tu tak syok tu!

    ReplyDelete
  15. pinky pixie: sy stuju... semua rezeki orang tu.... dan utk en3 yang cik pinky tulis ialah untuk U MUST FOLLOW BACK. kalau sy, sy guna UP TO U... i just follow u...

    semua bergantung pada bloggers tu kan...

    but for me, how to show ur support to other bloggers?? my way: ny follow his/her blog... tp lain orang lain cara, yg pntg kita sama2 happy!

    =) thanks for ur comment! i'm really appreciate it

    ReplyDelete
  16. lenolemo: yer... itu yang sebaiknya.. terpulang pada stp blogger utk memilih.. kita hnya offer!! nak accept atau tak, terpulang!

    ReplyDelete
  17. apa yang dinyatakan disini..memang itu trend..tapi take it easy je la..:)

    ReplyDelete
  18. puteri ain: yesss... saya pun cam tu gak.. takde hal beso pun.. rilek2 je... nak happy2 kan tulis blog ni!

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork