Salam semua.
Pagi Jumaat yang mulia ni kan..... sejuk je rasa. Hari ni budak sekolah dan mereka yang kerja, akan kembali seperti biasa kan? Jadi semuanya, Selamat Belajar dan Selamat Bertugas. Semoga hari ni lebih baik dari semalam. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas di muka bumi ni.
Hari ni lepas solat subuh tadi, aku terus lah online dan search 'motivasi' kat You Tube. Bila cerita bab motivasi, sapa lagi motivator terkenal kalau bukan Dato Mohd Fadzillah Kamsah kan.... dalam siri tu dia kata, cuba fikirkan sesuatu perubahan yang kita nak buat agar hari ni lebih hebat dari semalam. Wah, mendalam ni... bagus!!! Memang inilah yang aku sedang usahakan.
Alhamdulillah, dua hari ni aku cuba untuk tak tidur semula lepas solat subuh. Aku bukak bacaan Al-Quraan atau zikir kat laptop than dengar lah.... rasa lebih tenang dan yakin. Dah takde dah serabut-serabut bagai ni. Malahan, aku jugak dah tak susah hati pasal keadaan ayah sebab aku serahkan pada Dia untuk 'menjaga' ayah. Tawakal. Itu yang paling penting. Semuanya kita rancang, tapi Dia penentu kita.
Semalam aku dengar Surah Ar-Rahman. Surah yang mengingatkan aku supaya jangan sombong dengan Pencipta. Daripada form 6 lagi, cikgu sejarah aku suka becerita tentang surah ni. "Maka nikmat tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?" persoalan yang patut selalu kita tanya pada diri kita. Bila ditenung balik, terlalu banyak rezeki yang Dia bagi, tapi kita sering lupakan Dia kan? Untuk hari ni, aku dengar surah Yasin dan surah Yusuf. Sedapnya bacaan imam ni....
Aku harap perubahan yang aku lakukan ni dapat dibuat secara istiqamah. Moga ada hikmahnya dan ada kelebihannya. Jadi, apa pulak perubahan yang korang fikirkan untuk hari ni supaya hari ni lebih baik dari hari semalam?
p/s: bukan nak menunjuk tapi nak ajak korang semua kepada kebaikan! =)
8 Inspirasi Dari Pembaca
tiap hari nak make sure harini lebih baik dari semalam...:)
ReplyDeletesalam kenal dik..
kancilbiru: bagus2! moga kite semua jadi cam tu!
ReplyDeleteterima kasih dengan perkongsian ini... :)
ReplyDeletecik mas: sama-sama... skadar berkongsi apa yang sy tahu
ReplyDeletebtol2..smalam sedih rini gumbira
ReplyDeletebgus la wak
ReplyDeleteim following u
:)
miss ran: napa plak ni bersedih bagai....meh cite kat saya! i'm a good listener. insya Allah!
ReplyDeletezaty: terima kasih atas pujian. tapi sy tak sebagus mana. cuba menjadi yang baik... tu je...
ReplyDeletejom sama-sama pd kebaikan!
Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!