Friday, January 7, 2011

Tak Perlu Malu Dengan Mother-Tongue Korang!

Salam semua

Semalam aku balik Johor. Jadi tak update langsung.  Untuk hari ni aku  nak update tentang bahasa jawa.  Heheheh... korang tau bahasa jawa? Penah dengar orang cakap bahasa jawa? Atau lebih advanced sikit, korang boleh cakap  jawa? hehehehe... sapa boleh cakap, memang tabik spring lah!

Kalau korang nak tau, bahasa jawa memang dah sangat familiar dengan aku. Kira bahasa jawa ni mother-tongue aku jugak laaa! Aku lebih mengenal bahasa jawa ni daripada keluarga mak aku. Mak aku orang jawa Parit Raja. Ayah aku pulak orang banjar + arab +jawa. So no wonderlah that i can speak jawa! Fuhyoooo bior betul........ tak ah. Tipu je. Unluckily, aku tak pandai sangat cakap jawa ni tapi aku boleh faham lah sikit-sikit bahasa jawa tu. Kalau setakat mengira 1-10 tu, boleh lah!  Bahasa jawa ni unik. Sebab pronunciation kena tepat, pekat-pekat sikit baru leh jadi kaw! 

Meh aku bukak kamus jawa peninggalan nenek aku dulu.....

Kabare = apa kabar
Waras = sihat
Turu = tidur
Iwak = ikan
Ora Gelem = tak nak
Enggeh = Iyer
Misek-misek = menangis teresak-esak
Kepiye loh? = kenapa macam tu?
Njagong = duduk
Merem = pejam mata
segor = nasi
Buddek = pekak
Endoq = telur
Ngomong = cakap
wedok = perempuan
lanang = lelaki
bocah = anak kecik
putu = cucu
kuping = telinga
cungor = hidung
cangkem = mulut
endas = kepala
dengkol = lutut
apik = cantik
modar = mati
mumet = pening 
mangan = makan
ngombe = minum
banyu = air 

nak tunjuk power sikit ni : 

kue are lungo ndi ? 
melaku-melaku.

maksudnya :

ko nak pegi mana?
jalan-jalan.

Aku belajar bahasa jawa ni pun melalui makcik pakcik aku. Bila balik kampung, kadang-kadang tu dorang cakap jawa sikit-sikit. Mana yang aku paham, paham lah. Mana yang tidak, nganga saja!!!! Belajar banyak bahasa ni best tau. Mudah untuk kita berkomunikasi kalau kita jumpa dengan regunya.  Bukan tu je, bila kita menguasai bahasa-bahasa lain ni senang jugak pada kita nak timba ilmu. Contoh cam bahasa Inggeris. Walaupun memang english tu bukan mother-tongue aku (taktau laa korang, sebab aku Anak Melayu), tapi aku cuba untuk kuasai. Buku kat library tu semua in english. Seketul dua je dalam bm. Jadi, nak tak nak kena lah tambah kuasa kuda kat english aku ni! Tapi aku still tak lupa pada bm & jawa ok!

Bukan aku sorang je yang nak belajar bahasa jawa ni, ada satu blogger ni lagi best. Walaupun dia duduk kat UK, tapi dia tetap bangga dengan keupayaannya faham bahasa jawa siap ajar encik husband dia dan anak-anak dia sekali bahasa jawa. Takde nak malunya pun depan omputeh..... Kalau tak caya, korang terjah entry mama comel ni kat BUNGA DAN COKLAT. Lagi sorang yang reaaaaaaaaalllllly impressed is Mahathir Lokman. Seriouly, aku bangga dengan dia sebab dia Tokoh Pengacara dan dia menguasai lebih 6 bahasa u'olls! Giler laaa.... aku ni, nak masuk 3 pun payah...terbelit dan tergulung-gulung lidah aku ni. Dia relax je sebijik-sebijik keluar cakap perancis! 





So lepas ni kalau korang ada mother-tongue tersendiri tak yah malu untuk gunakannya. Kalau kita malu dengan mother-tongue kita samalah macam kita malu dengan keturunan kita. Haissshhhh tak maw laa cam tu kan! Sebab bila aku dok kat KL ni, geli geleman pulak bila ada yang cuba sembunyikan mother-tongue dorang. Jadi pelik bunyiknya bila dia tiru slang orang KL. Bangga je lah dengan slang dan telo yang kita warisi daripada mak bapak kita. Tak yah malu laaaa..... 

Plan aku lepas ni, aku nak belajar arab (sebab ayah aku ada darah arab sikit) dan mungkin aku nak buat entry pasal bahasa india peranakan. Nak tau kenapa aku nak buat entry pasal bahasa india peranakan? Tunggggggguuuulaaaaaaaah my next entry! hehehheeheheh =)

8 comments:

  1. wah..sempat gak bljar jawa kat cni..ku bgga dgn loghat kdahku...

    ReplyDelete
  2. iniialahaku: bagus2~ loghat kedah pun sy suka dengar! unik ape!

    ReplyDelete
  3. hehehe
    bocah ireng..
    okei tu selalu nis gune bile nis ngate2 bebudak..huahua.jahat sungguh

    ReplyDelete
  4. hahahaha.....

    anisa pun pandai ek!!

    jgn lepas cakap, mana tau dia pun tak bahasa jawa! naya je!

    ReplyDelete
  5. wah..bagusnye..xreti cakap jawa ni..nak jumpe makcik pakcik pn jarang..teringin gak nak blaja..huhuu

    ReplyDelete
  6. misyamissyou: belaja apa bahasa pun boleh... janji kita minat dan berusaha... heheheheh lagi best bila belajar dr orang tua tau... byk pengalaman!

    ReplyDelete
  7. hyee...nak menambah je ni :)

    sy duduk kt pulau jawa selama 5 tahun dah...tak boleh cakap jawa dengan lancar tapi boleh fahamla sikit2 tu..kalau org sana die tak terus tanya kabare? tapi die sebut 'piye kabare?' (read: piyeay with a silent y at the end) yang bermaksud sama la "apa kabar".

    tapi masyarakat jawa dekat malaysia memang terus ckp kabare. dah berevolusi agaknye kite2 yg kat sini kot eh. hehe. :)

    ada satu lg yg sy suke sebut. "mboten ngertos" yang bermaksud sy tak faham. HEHE.

    ok, saje je nak share :)

    ReplyDelete
  8. arina: wah, untungnya dapat kat sana.... mesti byk pengalaman kan. mesti banyak belajar benda baruu dan best!!!

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork