Saturday, February 26, 2011

Oh! Murah Giler shopping kat Daiso, Japan!

Salam semua

Korang suka barang berkualiti dengan harga yang murah tak? Sapa je yang tak suka barang murah kan? Bukan kedai 2hengget tau. Sebab kadang-kadang kedai 2hengget, nama je 2hengget tapi ada barang yang harga lebih dari 2hengget kan? Jadi,  Meh sini korang, aku nak bagitau ada satu kedai yang barangnya sangatlah pelbagai dan semua barang harganya....RM 5 sahaja!!! Sangatlah berbaloi korang.


Aku tak tau lah yang korang dah tau ke tak pasal kedai nama Daiso ni. Tapi takpelah, aku nak share dengan mereka yang tak tau. Kedai Daiso ni, aku jumpa kat One Utama. Actually tu first time aku pegi sana, yerlah kan asyik kat Mid Valley jer, bosan gak. FYI, Daiso ni sangat popular di Jepun sebab di Jepun sahaja ada 2500 cawangan Daiso dan ada 450 cawangan seluruh dunia! Dekat Daiso ni, macam-macam yang dijual.

pelbagai jenis fail, folder. kalau kat luar harga rm 8.90 - rm 13.90 kan?

bagi mereka yang gemar dengan hand-craft. kain felt banyak dijual disini.
 harga hanya rm 5 shj. tapi tak sure la brapa meter. Manik, benang, smua ada!
mainan untuk kanak-kanak pun ada jugak! juga harga rm 5 sahaja!
yang ini pulak, barang-barang keperluan rumah tangga. berbaloi sangat lah. kalau compare harga kat luar!
gam gajah, gam rimau, selotip semua wujud
part ni aku geram sket. segala macam container, bakul yang sungguh comel dan warna warni pun ada
ni seksyen stationery. macam-macam. semua barangan jepun wei!
Kalau ikutkan hati nurani aku yang giler shopping ni, mau aku angkut satu kedai. Meroyan aku tengok barang murah hanya 5 ringgit. Mana mau cari kalau kat KL ni? Tapi bila mengenangkan balik ke UM hanyalah berbekalkan tiket bas, aku padamkan niat nak memborong sakan tu. Aku cuma ambik yang mana perlu dan betul-betul berbaloi kalau compare harga kat luar. Setelah meround hampi 1 jam dalam kedai tu je...aku sambar 2 barang je wei! WAT DER??? Aku rambang mata laaaa...


Aku rasa dengan harga RM 5 memang sangatlah berbaloinya untuk dapatkan multipupose box ni. Aku dah usha harga kat luar, paling murah RM 12.90. Fuhyoooo banyak beza tu oi! Lagipun, box macam ni lebih tahan lama daripada yang paper tu kan. Mudah dibawa dan sungguhlah comel. Box tu sekarang ni, aku gunakan untuk letak barang-barang devices aku cam hard disk, wayar usb, pen drive etc. (sila abaikan jam tangan tu, sebab jam tgn tu ada cerita tersendiri.Nanti aku story.)


Barang kedua yang aku rasa berbaloi beli kat Daiso ni adalah cushion seat! Disebabkan aku banyak menghabiskan masa aku mentelaah buku (cewah!!!) jadi maknanya aku akan melangok berjam-jam di meja study aku. Jadi, aku pun belilah cushion seat ni sebagai pengalas dan penyedap! Maklumlah, kolej aku tak berapa mampu nak bagi kerusi macam kat opis-opis tu. Beranganlah ko nak dapat kan! Harga kat luar, cushion seat ni yang aku jumpa paling murah RM 9.90. Sebagai student, RM 4.90 itu sangatlah bagus untuk disimpan. Kan? Kan?Kan? 

So,kepada sapa-sapa especially student yang memerlukan barang-barang keperluan dengan harga yang murah, anda boleh dapatkannya di DAISO. Tapi kena ingat, kena fikir betul-betul yang mana berbaloi. Kalau boleh compare dulu harga kat luar. Barulah kita dikategorikan SMART BUYER kan? Jadi, kat sini korang boleh tengok kat mana STORE DAISO yang berhampiran dengan korang! Bijak berbelanja amalan mulia! 




Categories , , ,

13 doakan aku jadi lawyer:

Miss Ran on February 26, 2011 at 8:11 PM said...[Reply to comment]

huhu da membeli belah kat situ..best2

Innanie | Ariffin on February 26, 2011 at 8:16 PM said...[Reply to comment]

miss ran: best kan...sangat!!!

bantalbucuk on February 26, 2011 at 8:20 PM said...[Reply to comment]

wah..macam best je..leh pergi juga ni..hehe ^_^

Innanie | Ariffin on February 26, 2011 at 8:23 PM said...[Reply to comment]

bantalbucuk: wajib pegi usha. sbab sangat best!!! macam2.... kalau one utama tu dekat, nak je pegi selalu tau...

tomato on February 26, 2011 at 11:13 PM said...[Reply to comment]

wahhh3,,,sakan yek,,,, hehe :P

kakchik@ella on February 26, 2011 at 11:40 PM said...[Reply to comment]

penah masuk. mmg best.

Solihin Zubir on February 27, 2011 at 10:36 PM said...[Reply to comment]

ingatkan kedai baju.. huhu..

Innanie | Ariffin on February 28, 2011 at 12:42 PM said...[Reply to comment]

tomato: tetiba teringat plak kat kedai borang sakan kan?

Innanie | Ariffin on February 28, 2011 at 12:43 PM said...[Reply to comment]

kc: best kan. dok lama pun tak puas, sebab nak menilik satu-satu barang!

Innanie | Ariffin on February 28, 2011 at 12:43 PM said...[Reply to comment]

solihin: kalau kedai baju, mesti awak dah serang kan?

My Name is Mar on March 1, 2011 at 8:04 AM said...[Reply to comment]

Nak test gak nanti g Daiso ni..
Dengan yuran UM yang agak tinggi,..
Nak kurangkan belanja:P
Saya tag Cik Innanie dalam Contest Gambar Saya Cantik..

Innanie | Ariffin on March 2, 2011 at 4:05 PM said...[Reply to comment]

Mar: patutnya kita kurangkan yuran UM bukan belanja kita... kan??? hehehe


btw, thanks ya for the tag

Cik Cyida on April 1, 2012 at 9:08 AM said...[Reply to comment]

betul2..murah jek

myfreecopyright.com registered & protected
 

Blog Coklateyes Copyright © 2010 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!