Sunday, February 13, 2011

Takde Lagi Weekend Yang Best Bagi Aku!

Salam semua

Hari minggu biasanya memang ditunggu-tunggukan oleh semua orang. Sebabnya boleh lepak-lepak dengan keluarga, kawan-kawan dan buat aktiviti bebas. Seronok je tengok orang lain boleh enjoy hari minggu diorang. Satu masa dulu aku pun macam tu. Hari minggu, lebih-lebih lagi hari Ahad memang hari yang sangat aku nantikan. Sebabnya, bila hari Ahad, ayah aku akan bawak kiteorang sekeluarga sarapan sama-sama kat kedai, beli barang-barang keperluan sambil tu borak-borak lah mengenai kerja, study dan gurau senda.


Aku sangat-sangat rindu saat tu. Dah hampir 3 bulan aku tak keluar jalan-jalan dengan family aku. Duduk kat rumah dan tunggulah sapa-sapa yang datang untuk menziarah ayah. Sedih, memang dah tentulah. Kadang-kadang tu, aku memanglah keluar dengan kawan-kawan kat KL ni. Tapi tak kan sama dengan masa bersama family. Gembira aku dengan kawan-kawan cuma luaran je. Tapi kepala ni asyik memikirkan keluarga yang kat rumah.

Bila agaknya ayah aku nak sihat semula? Tipulah kalau kata aku tak risau. Aku yang tengok ayah ni risau, apatah lagi diri ayah sendiri. Dia kerap kali tanya kat kiteorang sekeluarga, "boleh ke dia baik?". Secara jujur memang aku takde jawapan, tapi aku tak nak mengecewakan dia. Jadi perkataan "BOLEH" tu aku harap as a cure to him. Secara luaran, memang ayah dah semakin pulih. Dah boleh angkat kaki dan tangan, duduk sendiri, tapi masih belum kuat untuk bangun dan berdiri.

Ayah, ayah.... bila ayah nak bangun? Bila ayah nak bawak kiteorang pegi jalan-jalan? Bile ayah nak bawak kiteorang pegi sarapan macam dulu? Bila ayah nak pegang tangan kiteorang bile nak melintas jalan? Bila ayah nak drive kereta? dan yang paling penting, kita rindu sangat nak cium & salam tangan ayah! Doakanlah dia cepat sembuh dan boleh tengok aku & adik grad nanti.... 


* korang yang tak tahu menahu, leh baca ENTRY LAMA aku untuk tahu!



No comments:

Post a Comment

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork