Thursday, March 24, 2011

Bawak Member Satu Bas UM Balik Kluang!

Salam semua

Hari ni, mood aku naik sangat-sangat untuk update segala macam aktiviti yang aku lakukan sepanjang beberapa minggu ni. Dan yang paling aku nantikan ini diaaa "PROGRAM BAKTI SISWA '11". Cuba korang teka kenapa aku sangat-sangat menantikan program ni???  Sebab utamanya ialah program ni dibuat di sekolah lama aku masa aku STPM dulu! Pergh, first time dengar memang aku happy melompat sampai bulan korang! Mana tidaknya, tak bangga ke balik sekolah lama naik bas UM. Perghhhh kembang semangkuk aku.

As usual la, tugas aku apa lagi kalau bukan diletakkan di rostrum pengacara kan. Cuma kali ni, aku amek dua part, pengacara formal dan tak formal. Memang seronok layan budak-budak ni. Dorang ikut je apa yang kita suruh. Aku pun apa lagi, mula lah guna segala bahan yang ada contoh cam "angkat tangan macam saya"! hehehe MENJADI  korang!

Masa aku join program ni, untuk pertama kalinya dalam hidup aku menjadi fasilitator. Selama ni, aku just tau sikit-sikit je pasal LDK ni. Takdelah penah terfikir nak buat apa. Aku memang tak plan langsung nak terapkan modul apa untuk group aku ni. Mula-mula tu takut jugak, manalah tau yang aku buat ni tak sampai pada mereka. Tak ke sedih tu... tapi Alhamdulillah penerimaan mereka baik-baik. Aku cuma terapkan TEORI CONFIDENT je untuk group aku. Sebab mereka semua bakal mengambil STPM. 


Bangga sangat! UM +  SSAJ = ME

JOM GEMPAK KLUANG!

Menjalankan tugas macam biasa

Dengan adik-adik.

Bersama peminat! hahahah

ramai yang datang. form 4 - form 6 dari 24 buah sekolah serata Kluang! 370 orang!

Cheers KUAZ untuk grab attention dorang! Cari aku kat mana?

Xi Shua Shua yang lagi menceriakan keadaan

Program Fasi di Taman Permata. Mat Rempit pun join sama! Bangga i gtew!

Antara ahli Bakti Siswa 2011

Kepada adik-adik yang add akak kat Facebook, sumpah akak rasa akak DIVA sangat. Korang siap mintak nombor fon bagai! Keep in touch ok. Kalau ada apa-apa masalah pasal belajar, tak salah cerita dengan akak. Mana tau leh bantu. Tak banyak, sikit kan! Akak doakan korang berjaya dan ingat janji kita ye " JUMPA DI UM!" Akak n abang-abang kat UM ni doakan adik semua berjaya. Jangan lupakan kami yer!

No comments:

Post a Comment

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork