Salam semua
KAWAN. Satu perkataan yang kita semua kenal dan cuba mencarinya saban hari. Ada kawan yang baik, ada kawan yang penyayang dan ada kawan yang makan kawan jugak. Itu biasa dalam lumrah berkawan. Pada aku, kawan tak perlu banyak perkara yang dirisaukan. Sekali korang berkawan, terimalah dia seadanya. Jagalah hati dan perasaannya sebagaimana korang juga mahu dia menjaga hati dan perasaan korang. Dalam berkawan, aku cuba untuk jadi yang ikhlas dan terbaik.
Tapi, kadang-kadang, ramai jugak yang berpura-pura dalam berkawan. Berkawan seperti lintah. Tau tak apa tu lintah? Binatang yang suka menghisap darah. Bila dah kenyang akan dilepaskan gigitannya. Korang tak rasa apa masa lintah sedang menyedut darah tapi bila dah lepas gigit tu, korang baru terasa sakitnya. Baru nampak luka dan darahnya. Masa tu, dah tak boleh buat apa sekadar merelakan dengan ikhlas derma darah korang tu.
Aku percaya, ramai di antara kita semua yang pernah berdepan dengan KAWAN LINTAH ni. Yer, aku juga pernah berdepan dengan KAWAN LINTAH ni suatu ketika dulu. Mungkin waktu tu, aku terlalu naif dalam mentafsir setiap agenda tersembunyi "kawan-kawan" aku tu. Mereka hanya menggunakan aku untuk kepentingan sendiri. Sedangkan dibelakang aku, masing-masing tunjuk taring. Biasalah manusia kan.. hanya gagah di belakang bayang musuhnya.
Seperti lintah, masih ada kebaikannya. Aku tetap bersyukur sebab diberikan kawan yang sebegitu sebab sekarang ni, segalanya telah terbukti. Bukan nak tunjuk hebat atau bangga diri, tapi keikhlasan tu sememangnya membuahkan hasil. Mereka bukanlah saingan aku yang sepatutnya. Mereka hanya cebisan kecil kenaifan aku. Takpe, biarkan. Sekarang, aku berhati-hati dalam setiap tingkah dan kata-kata. Aku tak kan merelakan lagi derma darah pada lintah-lintah sebegitu. Aku cuba untuk mengekalkan keterbukaan aku dalam berkawan. Aku selesa dengan diri aku sekarang dan aku tak kan mudah terpengaruh dengan apa sahaja. Aku nak buktikan, bahawa tanpa mereka, aku jugak boleh hidup....dengan sahabat yang sebenar-benarnya. Sahabat yang tidak pernah aku sangkakan dia akan bersama aku dalam keadaan aku sebegini.
Berkawanlah dengan ikhlas.
11 Inspirasi Dari Pembaca
ingt kan betul2 kawan ngn lintah betul..perumpamaan ke heheheh
ReplyDeletekumbang jingga: hahaha kata blogger!! ayat mesti power.. tgk gak awak pnya nick name... juga mendalam maksudnnya!!! like it!
ReplyDeletenice entry :)share u in my new post !
ReplyDeletekdg2 kawan lintah ni leh gak jd kawan tupai. pandai melompat2 tp last jatuh jugak. ;p
ReplyDeleteapapun, berhati2 bila berkawan. :)
say No to Lintah. takmo kawan dgn dia. Pergi kau dari hidupku. Chewah .. siap berdrama tu. hihi ..
ReplyDeletemilly molly: thank you dear for that! really appreciate it!!! =)
ReplyDeleteharis khairuddin: wah. lagi stu terms baru... terbaik la!!! btul hati2 dalam berkawan.
ReplyDeletep/s: sy rasa ri tu sy ada nampak awak kat DTC!
kak chiK: hahahah... drama tu takpe. i like! tapi ni drama yang sentap punya!
ReplyDeletehaha klu betullar kwn dgn lintah, lbih kurang kwn ngn toyol gak, bezanya cuma toyol curik duit je..
ReplyDeletepernah dapat jugak...satu grup kawan lintah....
ReplyDeletekatakan TIDAK kepada kawan lintah!!!!
ReplyDeleteTeruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!