Tuesday, March 22, 2011

I Will Survive For Moot!

Salam semua

Bersawang sudah ini blog. Maaf, bukannya sengaja tapi saya memang sangat busy. Katanya pelajar berkaliber. Gitulah! heheheheh perasan sungguh aku! Well, nak cite kat korang, yang dua big event aku untuk minggu ni telah selamat berlangsung dengan jayanya. Alhamdulillah, takde apa-apa masalah besar yang timbul. Sekarang, sangat-sangat lega. Buat minggu ni pulak, aku tumpukan pada Program Bakti Siswa 11 yang akan berlangsung dari 18-20 Mac ni kat sekolah lama aku masa STPM. Tu yang semangat ni... nak balek kampung naik bus UM! Mau tak gempak satu kampung kan? hahahahahh

Jadi, sekarang ni aku nak update dulu pasal Moot. Masa entry YANG LEPAS, aku ada janji nak cecite apakah itu moot kan? Makanya, sekarang aku nak cite la ni. Baiklah, anak-anak murid sekalian, Moot ni sebenarnya kira macam perbicaraan olok-olok la... tapi ikut prosedur yang betul. Ada judge, counsel semua. Cuma takda sapa kalah atau menang. Kes kiteorang hari tu adalah Dong Zong v Perkasa. Malas laa nak cite kes tu pasal apa. Kalau nak tau gak, google je Dong Zong tu pe. Mooting ni dijalankan FULL dalam Bahasa Inggeris, jadi agak berhabuk sikitlah aku nak speaking London ni kan.... untuk yang tak tau, bila counsel masuk court, counsel tak dibenarkan say "SORRY" atau "THANK YOU". Tapi " I beg you indulgence, My Lord" untuk Sorry dan "I Much Obliged" untuk Thank you. Jadi memang gigih laa aku asyik ulang " My lord, my lord"



Counsel for the respondent
ada gaya tak?
Respondent's Bundle! Tebal ooooo...gegeh nak siapkan



wajib letak I WILL SURVIVE lepas judge tanya macam-macam

Lepas Moot ni, aku ada lagi satu big event aku kena handle! Lagi meriah! Korang wish kan laa aku berjaya jadi lawyer okeh! Mana-mana budak Law, Moot tu seronok tau, yang penting PREPARATION! 


No comments:

Post a Comment

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork