Wednesday, March 23, 2011

Pengacara Jemputan untuk Malam Apresiasi Gemilang Kolej 12, UM

Salam semua

Bulan Mac ni satu UM memang sibuk dengan dinner kolej masing-masing. Aku pun sama lah, membusy kan diri untuk dinner kolej kan. Cuma kali ni, aku busy bukan untuk dinner kolej aku. Tapi dinner kolej 12. Eh, apsal pulak aku sibuk kat kolej orang kan? Hehehehe.... Sebabnya, aku adalah pengacara jemputan untuk dinner kolej 12. Korang Mampu???? Tak mampu..... heheheheh...

Aku tau, bila aku jadi pengacara untuk kolej orang lain, pasti ada yang bertanya pada aku, kenapa aku tak jadi pengacara untuk kolej sendiri kan? Sebabnya, aku nak cari pengalaman bekerja dengan orang lain. Aku nak tengok cara kerja mereka. Untuk yang tak tau, tahun lepas aku dah jadi pengacara untuk kolej aku sendiri, jadi tahun ni rasa nak rest sikit lah. Bagi peluang pada yang lain kan....

Alhamdulillah, Malam Apresiasi Gemilang KK12 (M.A.G) di Hotel Pan Pacific, KLIA berjalan dengan lancar. Yang paling penting, group emcee sangat-sangat havoc ok. Memang penceria keadaanlah. Mana tidaknya, semua pengacara formal dan informal adalah Budak Law.... maka tahap ke'laser'an tu sangatlah tinggi. Semua benda kite boleh jadikan bahan. Pada yang sentap atau terasa hati... sorry lah yer!!!  Tema MAG ialah " A Night of Arabian Masquerade". Korang rasa aku pakai cemana? Gaya Mak Arab lah!! Habibi Ya Maulana!!!

Dah lah tak larat pulak angkat bakul sendiri.... meh laa layan gambar okeh!


My Space

Protokol Team yang super BEST

Masa Rehearsal 

Formal Emcee : Yazman Yuhana & Fateen Innanie


Pengalaman yang paling best selain berkerjasama dengan team M.A.G yang superb adalah... aku dimake upkan uolls!!! Hahahahah... macam ORANG KAYA ARAB sangat lah! Aku malu sebenarnya untuk dimake upkan, tapi dah kehendak majlis. Nak buat macam mana kan? Tadah jelah muka. Ada orang kata, muka aku macam Sharifah Aini korang! hahahahah gelak besor aku! Korang mampu? Tak mampu!!! 

3 Abdul & Mak Hayam Arab


tuuuuu dddddiaaaaaa!


Lepas Majlis

Team yang handle pentas etc.

Memang sangat enjoy join MAG.  Sorilah korang, tak dapat nak amek gambar makanan sebabnya kiteorang makan lepas event. Jadi masing-masing dah sangat penat! Aku balik kolej dalam pukul 3 pagi lah. Dan bukan dengan tangan kosong tau! Ada sikit goodie bag dari MAG... Thanks Team MAG yang percaya pada aku dan bantu aku untuk jadi emcee yang baik malam tu!

No comments:

Post a Comment

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork