Salam semua
Aduh, menyampah dan meluat aku tengok seorang perempuan dalam train ni tadi. Bukan main gatal gila dengan boyfriend dia. Peluk, kiss sana sini. Tangan merayap entah kemana. Badan bertemu badan. Huh! Gedik. Kalau bukan Melayu, aku tak heranlah sangat tapi yang menyampahnya yang buat ni budak Melayu. Bertudung lagi. Malu aku dengan bangsa lain yang sama memandang, kanak-kanak yang melihat, dan bepuluh pasang mata yang memerhati. Apa nak jadilah dengan dunia zaman sekarang. Aku tau dorang belum kahwin lagi, sebabnya mak aku penah cakap, kalau orang dah kawin sah, takdenya nak buat benda bukan-bukan di khalayak ramai.
Tolonglah perempuan!!! Janganlah terlalu murah! Jagalah maruah. Nanti kalau korang dah kawin, nak buat apa pun buatlah. Takde sapa nak halang dan marah. Masa berpacaran ni jagalah tingkah laku. Kita ni kan ada agama, ada sivik dan adat. Mungkin bagi perempuan yang mudah di'touch' tu, aku nak pesan sesuatu lah kat korang... penah tau tak yang "Resam Lelaki Ibarat Tupai, Tak kan makan durian yang dah busuk atau ditebuk". Fikir-fikir yer.
Pesan-memesan sesama muslim itu amalan yang dituntut kan?
10 Inspirasi Dari Pembaca
btl la skrng tgk ramai sgt pompuan yg murah cmtu
ReplyDeletesubahanallah
malu sye sbg islam klu perangai mcm pompuan tu
mereka buat benda macam tu sebab perasaan malu dah semakin hilang dari diri mereka...
ReplyDeleteDiriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya :
Rasulullah s.a.w bersabda: Iman terdiri daripada lebih dari tujuh puluh bahagian dan malu adalah salah satu dari bahagian-bahagian iman.
sabooo jelah...haihh..ape la nak jdk kan..mgkn die tkut pakwe die kne kebas..euwwww...plezzz le... warning jek dpn muke die len kali...
ReplyDeleteadwafarahin: yer... memang memalukan kaum wanita. kalau diri sendiri tak jaga, sapa lagi yang nak jaga diri kita ni kan?
ReplyDeletecerita sekupang: harap semua perempuan hayati & amalkan hadis tu kan... alangkah indah dunia jika begitu!
ReplyDeletebahah: tadi kalau dia dok sebelah aku je, mmg aku dah sound direct dah... malu giler seyh.. ada budak2 kecik depan aku diorang siap tutup2 mata lg.
ReplyDeletebukan semua tupai suka tebuk lubang..ini tupai beragama punya..huhu
ReplyDeleteshafiq: wah... perumpamaan untuk tupai pulak....
ReplyDeletekat mana-mana pun salu nampak..huu
ReplyDeletefarasakura: tu laa bila dah jadi typical, tu yg susah!
ReplyDeleteTeruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!