Tuesday, April 12, 2011

Awek Bertudung Jom Kita Banned Group Ni!!! [Awek Free Hair & Kaum Adam pun boleh join ]

Salam semua

Panas hati betul aku dengan satu group kat Facebook ni. Memang jenayah siber sangat!!! Group PENGUMPUL GAMBAR AWEK BERTUDUNG! Korang pegilah usha page tu. Korang tengok betapa kuah hajor nya admin group tu mengupload gambar perempuan-perempuan bertudung dan menyalahgunakannya. Post komen ntah hapa-hapa dan main kutuk-kutuk orang tu. Menjadikan pemilik gambar tu sebagai bahan imaginasi kelucahan. Buat masa sekarang dah 200 ++ orang yang like page tu. Bukan setakat tu je, siap ada blog lagi korang admin ni... memang macam HAROOOOMMMMM JAY (sepatah kata Cik Epal)....



Sebab tu aku dah pesan dari ENTRY DULU LAGI supaya kita semua ni berhati-hati dalam upload gambar kat internet. Aku percaya, ada segelintir pihak tak bertanggungjawab yang cuba salah gunakan gambar-gambar korang. Dari yang aku tengok pada komen-komen yang diberikan kat group tersebut, ramai yang "MEMBAYANGKAN" benda-benda blue bila tengok gambar perempuan-perempuan tu.

Aku tak kisah lah, apa je yang si admin tu bagi alasan. Yang aku tahu, dia ni dah melakukan satu kesalahan jenayah siber. Jadi, dia pikir dia besar sangat ke... kita pun ada kuasa ok. Macam mana? Meh korang ramai-ramai serbu FB dia ni kat link ini PENGUMPUL GAMBAR AWEK BERTUDUNG dan ikut aku dengan langkah-langkah ni ok...



1. Klik REPORT PAGE pada bahagian bawah tu...
2. Pas tu korang mark pada bahagian Nudity, pornography and etc. tu... dan tekan submit. 

Dengan cara macam ni, tindakan akan diambil oleh pihak admin FB dan jika perlu, laporan kepada pihak polis akan dibuat. Orang-orang yang macam ni perlu diberi pengajaran sikit. Kena kasi tahu pada dia macam mana nak homat hak orang lain. Aku ada baca wall post yang di bagi kat wall dia kan, bukan takde yang tarbiah dia bagi nasihat... dengan harapan dia sedar apa yang dia buat sebagai satu kesalahan kan.. tapi dia tak peduli. Malah di sound balik orang tu tau!! Haish memang melampau ini orang. Makanya, kalau dah tak nak dengar cakap kan... KITA BAKOR JE LAAA!!!!

24 comments:

  1. xde keje org yg buat page mcm nih.

    ReplyDelete
  2. mcm lg publisit kn dorng je.. hurmmm...

    mungkin cara dorang slh gak tp sebagai perempuan bertudung mungkin ni leh jd iktibar... huhuh.. jgn mrh lak tau...

    ReplyDelete
  3. ha'ah., harem2..

    tok dah post entry http://www.tokesah.com/2011/04/wahai-perempuan-hati-hati-dengan-gambar-mu/

    related to this suck group!!
    bace dan sebar2kan!!

    ReplyDelete
  4. apa2 pun,tak boleh salahkan admin2 100%. mana diorg dapat gmbr2 tu kalau bukan dr perempuan2 tu sndiri kan?
    ada yg masuk contest la..ada yg letak kt fb la. kalau dh masuk contest dgn bg gmbr mestila tayang 1 malaysia kan?
    kalau fb, satu dunia boleh tgk.

    fikir2la.

    ReplyDelete
  5. aish, risau pulak den dibuatnye...

    ReplyDelete
  6. kurang ajar la dorang ni kan..

    ReplyDelete
  7. ish ish ...mmg macam haram J ...ngee takut plak ni..
    jom pakat2 report page tu...

    ReplyDelete
  8. alinkiwi: makin menjadi pulak dunia siber skrang ni kan?

    ReplyDelete
  9. athirah: niat sy bukan utk bg publisiti pd dorang... tp sy nak smpaikan msg utk banned dorang ni..

    ye mmg btul... kita perempuan mmg perlu berhati-hati. jagn laa nak ikut fesyen sgt kan...

    ReplyDelete
  10. tok esah: owh dulu pn tok esah dah publish ye. bagus...ramai2 kita banned group ni sebab dia tak reti hormat orang!

    ReplyDelete
  11. insan prihatin: time kasih atas keprihatinan anda.. yer sy juga selalu pesan pada diri dan kawan2 lain supaya hati2 dalam publish apa shj kat internet sebab interpreting orang adalah berbeza-beza. mengikut sensitiviti yang berbeza. cuma, pd admin rasanya tak elok curi gambar orang dan publish cam tu... kalau ye pun nak bg nasihat biar cara betul.

    ReplyDelete
  12. onie: kita memang patut risau. sebab mereka tak hormat hak orang lain!

    ReplyDelete
  13. missnorul: thanks utk report page tu! harap disebarkan dan lebih ramai yg report page ni seblum dia mkin mengganas.

    ReplyDelete
  14. Dah report page dah.. benci nye page cam ni..

    ReplyDelete
  15. Ada kebaikan gak dari insiden neh...

    1. Jadi iktibar dan peringatan kepada saudari2 di luar sana..

    2. Bleh up traffic.. sbb ramai giler kot org tgh wat post pasal benda ni..


    Dun worry to much la, sebab dia juz upload gambar awek cun jer... if korang rasa korang cun, mayb bleh jumpa gambar korang kat saner.. haha

    Juz gurau.. XP

    ReplyDelete
  16. Rin chan: time kasih banyak2. harap ada tindakan susulan yang diambil!

    ReplyDelete
  17. ueno: betul tu, sbgai peringatan pada kita. kalau bertudung bia sempurna dari atas ke bawah. jangan asyik dok ikut pesyen je kan.

    tak terfkir pn nak up traffic tu, sbb sy rasa ni tanggungjawab sosial. jadi sama-sama berwaspada seblm bnda lebih buruk yg jadi.

    nasib baik sy tak cun! hehehe

    ReplyDelete
  18. wuucin kimora: mmg rude! harap2 group ni akan diambil tndakan!

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork