Sunday, April 3, 2011

Belajar Jaga Mata Dengan Betul Melalui Blog

Salam semua

Aku rasa semua orang sedia maklum yang blog ni merupakan salah satu medium terbaik untuk berkongsi pelbagai maklumat. Sememangnya daripada pemerhatian aku, blog memang banyak membantu aku mendapatkan info-info terkini yang bagus untuk kehidupan. Cewah, ayat skema STPM aku dah keluar dah!

gambar takde kena mengena, tapi aku suka produk baru Maybelline ni. Nak rembat satu lah!

Kat sini aku nak berkongsi dengan korang, satu blog iaitu BLOG MY OPTOMETRY JOURNEY yang sangat bermanfaat pada aku dan kita semua. Blog mengenai penjagaan mata. Haaaa.... susah kan korang nak jumpa? Maklumlah, aku ni kan pemakai cermin mata tegar. Jadi sangatlah penting untuk aku belajar dan mengambil tahu perihal kesihatan mata ni. Tak nak rabun aku jadi lebih teruk. Aku sangat tertarik dengan cara tuan punya blogger ni, Anis Suzanna  mengaplikasikan setiap pembelajarannya sebagai BAKAL OPTOMETRIST dalam blog. Berkongsi pengalamannya dan masalah yang dihadapi oleh pesakit-pesakitnya yang secara tak langsung bagi pengetahuan pada kita semua.

Selain tu jugak, Cik Anis ni selalu bagi nasihat percuma cara-cara penjagaan mata apabila kita pakai kanta lekap. Maklumlah, sekarang ni semua orang nak mata kaler-kaler. Tapi, mata kaler tak berguna kalau kebersihannya tak dijaga sebab hanyalah akan mengundang malang. 

Dah lah, malas nak banyak cerita... apa kata kita serang ramai-ramai blog dia.....

tengok mata tuan belog, MEMANCOR!!!

MARI JALAN KE 


p/s: Aku buat entry ni bukan nak join contest atau mengampu jauh sekali lah kan, tapi sebab aku nak semua orang tahu cara yang betul jaga KURNIAAN ALLAH terhebat sekali iaitu MATA!!! Apa pulak, blog kegemaran korang? Share sama jom!

4 comments:

  1. sebagai pemakai spec tegar, sy tertarik nak bace blog tu. hehe

    anyway, suke mekap dlm gamba tu. nice O.o~

    ReplyDelete
  2. terima kasih innanie sebab sudi berkongsi blog saya di sini....terima kasih banyak2 buat innanie skali lagi...=))

    ReplyDelete
  3. azureen: penjagaan mata yang betul sangat penting utk kita ni kan!

    ReplyDelete
  4. anis: sama2! takde pe nye pun, sbb sy suka jadi sy share dgn smua orang. keep up the good work. smoga awak jd optometrist yang berjaya ok!

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork