Monday, April 4, 2011

Belajar Tips Penjagaan Kucing Melalui Blog

Salam semua

pinjam gambar kucing kesayang AIZUL MARCELLO boleh?? -pic courtesy-
Kalau semalam, aku ada share satu blog yang berkongsi banyak pengalaman dan ilmu supaya kita BELAJAR DENGAN BETUL PENJAGAAN MATA kan, hari ni masa aku blogwalk aku terjumpa satu lagi blog yang juga mempunyai fungsi yang sama. Berkongsi ilmu. Aku sukalah blog yang macam ni. Bagus sangat sebab cara penyampaian dorang lebih sempoi dan relax. Bukan macam sesetengah blogger yang dok post citer pasal pasangan dia je tak sudah-sudah. Muaklah uolls!!! Blog yang jenis sharing is caring ni, bloggernya sangatlah best sebab turut menjadi kaunter pertanyaan. Bila dah jadi kaunter pertanyaan tu, for surelah maknanya blogger tu friendly kan. Ni yang bagus!

Blog kali ni yang aku nak share sama adalah blog mengenai penjagaan haiwan peliharaan kucing. Aku tau ramai orang kat luar sana tu yang menyayangi dan menjadikan kucing sebagai pet korang kan? Jadi, nilah masanya korang dapatkan tips dan ilmu untuk menjaga kesihatan kucing korang. Kalau kucing korang sihat, nanti korang pun senang hati kan. Setuju???

 Selain tu, daripada blog Kucing Utara ni, apa yang dapat aku lihat lah kan, bloggernya mesti seorang yang penyayang. Sebabnya, sanggup jaga dan bela kucing-kucing yang terbiar kat luar sana. Sungguh murni hatinya. Tips dan tunjuk ajar yang diberikan kat blog ni jugak sangat sesuai dan bagus untuk semua pencinta kucing. Complete set gitu, dari A sampai Z. Sebut je pasal penjagaan kucing, memang blog ni lah yang bagus dijadikan rujukan. 

Jadi, apa tengok lagi CAT'S LOVER. FEEL FREE TO VISIT N FOLLOW THIS BLOG!



2 comments:

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork