Tuesday, April 12, 2011

Dapat Lagi Invitation ke Premiere Screening Movie Dari Nuffnang. TYSM!

Salam semua

Apa khabar korang hari ni? Korang dah bantu aku ke belum untuk BANNED PAGE INI kat Facebook? Kalau dah bagus. Kalau belum, pegi buat sekarang! Dah macam arahan Nippon plak kan? Heheheh.... bukan apa, aku tak nak makin ramai anak gadis yang dijadikan bahan. Harapnya usaha dan niat murni aku ni tak disalah ertikan lah ye... Aku cuma nak membantu.

Sekarang adalah part yang best. Alhamdulillah sekali lagi, Nuffnang telah invite aku untuk menonton Premiere Screening Movie The Roomate kat GSC 1Utama. Betul-betul buat aku happy sebab 2 minggu berturut ni dapat invitation pergi premiere screening. Untuk yang FIRST INVITATION tu, esok (13hb) adalah harinya. Aku akan pergi dengan salah sorang bestfriend aku since sekolah rendah. Saja nak meraikan dia sebelum berangkat ke Australia. Huhuhuuuu sedih sangat. Takpe...takpe.. sabar. Dan untuk kali ni, aku akan pegi dengan akak aku. Saje nak bagi dia hilang stress pulak! Maklumlah, orang buat master katanya! hehehe..


Sungguh aku excited nak pegi tengok cerita ni sebab cerita ni telah diletakkan sebagai  No. 1 dalam carta Box Office dangan kutipan pada weekend mencapai USD $15M dan mengalahkan cerita Black Swan. Wah, macam mantap je cerita ni kan. Aku harap tak menghampakan aku lah kan. Korang jangan risau. Habis je aku tengok movie ni, aku akan buat rebiu yer! Korang boleh usha TRAILER THE ROOMMATE dan tengok cemana cuaknya bila kita ada kawan macam tu.  Dua-dua filem aku dapat pegi merupakan thriller movie. Semua ni mesti kes bunuh-bunuh. Aduhai. Boleh tercabut ni jantung eden oiiii!!! Tapi tak kesah. Yang penting free dan enjoy! Hehehehe.  Korang gelak, gelak jugak.. cuba tengok rommate korang sekejap!

aku rela duduk sorang kalau dapat roomate psycho macam ni



No comments:

Post a Comment

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork