Thursday, April 28, 2011

Hati-Hati Kalau Jumpa Teksi Proton Waja Kuning HWD 6978 di sekitar Lembah Klang.

Salam semua

Lama rasanya aku tak keluar dengan entry-entry bukak mata ni kan. Aku nak share sesuatu yang aku rasakan memang penting untuk kita semua sebagai pengguna. Bukanlah kata seseorang pengguna tu ABSOLUTE KING tapi pada aku, kalau dah salah tu tetap perlu ditegur supaya tak melarat dan jadi pada orang lain. Kisahnya begini... 



Hari Isnin lepas,  aku dan kakak aku  ke Mid Valley untuk beli sedikit barang keperluan. Dalam pukul 8.30pm tu kiteorang balik. As usual, kiteorang akan naik teksi berlainan sebab aku duduk dalam kampus dan dia pulak duduk luar kampus. Turn aku, naik teksi Proton Waja bewarna kuning. Masa tu semua ok lagi. Bila dah jalan dalam 2-3 minit, pakcik tu tiba-tiba tanya aku :

Pakcik Teksi: Dik, kalau tambah dalam tiga, empat ringgit boleh?
Aku: Eh, kenapa pulak pakcik?
Pakcik Teksi: Sebab nanti balik pakcik takde penumpang.
Aku: Saya bayar apa yang meter tu tunjuk je lah. Lagipun, mana boleh macam tu, pakcik takde penumpang, saya pulak kena bayar lebih. Tak adil la macam tu. Saya kan student.
Pakcik Teksi: Kalau ada 10 student macam awak, bankraplah pakcik.
Aku: Apahal pulak bankrap??? Kau carilah penumpang banyak-banyak *dalam hati je.

Aku sangkakan kes tu berhenti setakat tu je. Tapi bila masuk je kat federal highway, pakcik tu mula buat hal. Tiba-tiba dia ugut aku untuk turunkan aku kat federal highway tu. Aku takut jugak, tapi aku kena beranikan diri sebab dia mula psycho aku. 

Pakcik Teksi: Kalau saya turunkan awak kat sini boleh?*sambil mata pandang aku melalui cermin pandang belakang & senyum sinis
Aku: Kenapa pulak? Kan saya nak ke UM?
Pakcik Teksi: Sebab awak tak nak bayar lebih?
Aku: Mana boleh macam ni pakcik. *sumpah aku dah cuak. Dia saja je nak tengok reaksi aku

Bila masuk je dalam UM, lagi lah dia buat hal. Dia bawak sangat slow sebab nak bagi meter teksi naik. Paling aku geram, dia bawak melayang-layang. Sekejap ke tengah, sekejap ke tepi.

Aku: Pakcik, apsal bawak slow sangat dan melayang-layang?
Pakcik Teksi: Suka hati sayalah, ni kan teksi saya.
Aku: Diam.

Tapi memang sentap. Kalau boleh nak cakap "memanglah saya bayar ni untuk pakcik bawak slow2." Sambil tangan di dada dan mata pandang ke atas. Time tu, aku memang dah plan nak buat apa. Aku keluarkan hp dan save no pendaftaran teksi tu iaitu HWD 6978 TOLONG HATI-HATI kalau jumpa teksi proton waja warna kuning dengan no plat ni ye! Sebab aku rasa dia dah sangat melampau. Aku jugak keluarkan duit cukup-cukup je untuk bayar tambang. Supaya pakcik tu tak boleh nak amik lebih. Dah dekat dengan kolej tu, aku tengok ada beberapa budak lelaki depan gate. Yes.. Alhamdulillah. Ni masa yang sesuai aku nak bagi satu pengajaran pada pakcik ni. Lepas bayar tu, sebelum aku tutup pintu kereta:

Aku: Pakcik, saya belajar undang-undang. Saya amalkan undang-undang, dan apa yang pakcik buat tadi tu semua menyalahi undang-undang. Jadi, saya dah buat laporan ke LPKP. Terima kasih ye.
Pakcik Teksi: *diam

Aku pun tak kan nak melangok depan pintu nak tunggu apa reaksi pakcik tu kan? Lantak dia lah. Aku terus lari cepat-cepat masuk hostel. Yelah, manalah tau kot-kot dia keluar kejar aku ke, atau pun langgar aku ke. Sebab tu, aku pastikan dulu depan gate tu ada budak-budak lelaki. Sangat-sangat bersyukur. Sebab kalau apa-apa jadi, diorang mesti akan back up aku kan?



Turunnya daripada teksi, aku terus call Kirin sebab aku masih lagi menggeletar. Time tu Kirin takde kat kolej. Kalau Kirin ada, memang aku akan suruh Kirin tunggu depan gate. Aku pun cerita semua pada Kirin untuk hilangkan ketakutan aku tu. Lepas tu, aku terus call LPKP. Nombor, ada kat gambar atas tu. Kalau boleh korang save lah nombor LPKP ni.  Dalam aduan tu, aku cerita semua yang berlaku.

Selepas aku buat aduan tu, aku rasa sangat puas hati. Sebabnya, aku rasa aku dah selamatkan lebih ramai orang daripada tertindas dengan pakcik teksi tu yang dia pikir sewenang-wenangnya dia nak mintak bayaran lebih pada penumpang. Kita sebagai pengguna ada hak untuk bertindak dan mengambil tindakan. Aku sangat berharap yang LPKP buat sesuatu dengan aduan aku. Supaya tak de lagi pakcik teksi yang biadap macam tu. Membahayakan penumpang tau tak! Lepas ni, kalau korang kena apa-apa dengan pakcik teksi ke, pakcik bas ke... jangan teragak-agak untuk buat aduan. Aduan korang tu boleh membantu pihak LPKP untuk ambil tindakan. 

BERANI KERANA BENAR!



62 comments:

  1. Haih .. takutnya kc dgr. dh la kc ni lama sungguh tak naik teksi. bagus la fatin wat camtu. diaorg tak leh nk ambek kesempatan kat kita. jahat la dia. kc tak suka org jahat camni.

    ReplyDelete
  2. yeahhh ,. jangan cuba main main dengan budak law . silap org laa kan . btw , salam kenal .


    saya pelajar asasi undang undang sem akhir :))

    ReplyDelete
  3. wow!!awak masih lagi berani nak naik dengan Pakcik Psycho tu...eee suspen gak ekk..

    ReplyDelete
  4. tengs taw!
    insyaAllah adwa akn berhati2 :)

    ReplyDelete
  5. ee tak sngke la.de pemandu teksi cmnie.. tkut pn de jgk..
    tp awk bgus da wt laporan tntg teksi itu,,

    ReplyDelete
  6. turut sama menggeletar baca...hu, takotnya jumpa driver teksi macam tu...amik kesempatan btul..btw nasib baik tade pe2 jadi=)

    ReplyDelete
  7. salute to you kerana sifat berani itu. harap manusia yang nak duit haram macam drebar teksi ni kena tindakan sewajarnya.

    ReplyDelete
  8. bagus2 tindakan yang betul & berani

    ReplyDelete
  9. Bagus tindakan ko tu. Aku sokong 200%. Ko bayangkanlah. Dah la bukak pintu je RM3, pulak tu baru pusing KL sikit dah Rm7-8 ringgit, kalau sehari ada 10 penumpang je dah cukup RM70-80 dalam poket. Dan yang paling best, bukannya isi petrol. NGV je kan. Masih nak cekik darah. Apa-apa pun aku respek, next time tutup pintu dia kuat-kuat..


    Terbaru >Fast Five (Fast and Furious 5) Screening? >Durian Oh Durian >Download Filem Hikayat Merong Mahawangsa

    ReplyDelete
  10. kes cam ni tak boleh ambil ringgan.... lepas ni kena hati2 nak naik teksi atau kalau nak mesti lebih dari 2 orng

    ReplyDelete
  11. Tindakan berani yang sangat tepat... Nasib agak baik ada budak laki kat pintu gate tu kan..


    Thanx dah selamatkan kitorang yang mungkin ada 'chance' rase pengalaman 'best' camni..




    Simpan memory ni baik² ok..

    ReplyDelete
  12. rase bengang pulak dgn pakcik teksi tu pas bace entry ni.. ade plak die buat mcm tu..

    ReplyDelete
  13. hampeh,xguna pkck gtu!!

    aduan2,sila wat aduan!!

    =p

    tq sudi ke blog..

    ReplyDelete
  14. bagus ada entri macam ni
    harap-harap pakcik teksi tu dah kena tindakan dengan LPKP

    ReplyDelete
  15. Salam,

    apa nasihat akak skrg nie berhati2 bila keluar next time, kita takut pakcik nie ari helah nk kenakan balik. nauzubillah, sentiasa beringat sebab sekarang nie banyak sangat kes jenayah yang melibatkan pemandu teksi.

    mudahan selamat selalu, salam.


    www.yanmieonline.com

    ReplyDelete
  16. @kakchik@ella: kc, sy rasa semua perempuan perlu berani. kalau tak nanti dia akan buat sesuka hati dorang je!

    ReplyDelete
  17. @miss ryrinn _ angin:salam kenal dik. wah adik ni pun bakal student law ye. bagus2! hehehe... bukan pasal budak law @ bukan, yg penting hak kita. ilmu kepenggunaan tu penting!

    ReplyDelete
  18. @fisa othman: sebab saya risau, kalau sy turun kat federal, lagi bahaya dan takut teksi tak nak berhenti. kena tawakal je lah!

    ReplyDelete
  19. takut jugak kalo jadi camtue..
    nasib baik terpikir nak amik no plat teksi & buat laporan..
    harap pakcik tue dikenakan tindakan sebelum ramai lagi orang menjadi mangsa..

    ReplyDelete
  20. @adwafarahin: kita semua perlu berhati2 sbb manusia, rambut sama htam. hati lain2~

    ReplyDelete
  21. @Gadis Ini:saya percaya kalau semua orang buat laporan bila ada pemandu teksi yang biadap, mesti dorang tak berani nak buat macam tu lagi pd penumpang lain. jangan ingat kita ni diam dorang senang nak pijak kpale!

    ReplyDelete
  22. @Green Apel:alhamdulillah. doakan kita semua selamat. sbb kerajaan suruh kita naik public transport, tapi perangai dorang kalau cam tu, menakotkan!

    ReplyDelete
  23. @H Y D E:saya pun harap LPKP amik tindakan sewajarnya. geram kan dgn pakcik tu!

    ReplyDelete
  24. @baca dan senyum:thanks atas sokongan. sya harap lepas ni, lebih ramai yang berani!

    ReplyDelete
  25. @phreak-id:heheh good idea. sebagai tanda protes, tutup pntu kuat2. dorang ni, tamak tapi pemalas!!!

    ReplyDelete
  26. @Wanzi:time kasih atas nasihat. sebab sebelum ni belum penah kena cam ni. tu yang berani. i.Allah lepas ni sy hati2~

    ReplyDelete
  27. ak pun penah kene gakkk..
    tapi kawan aku lyn je..
    sampai kat uia pj..sebelah je dari UM kau tu..pastu kitaorg byr 8 ringit ikut meter dari kl dy minta lebih..kitaorg pangil pakgat..
    hahaha..senang cite..
    betul ar tindakan kau..=)

    ReplyDelete
  28. @YOUsoF:sbb tu nak kongsi pengalaman ni ngan semua orang. make sure ada orang lain masa kita nk 'hentam' dia balik. supaya kalau apa2 ada orang lain sbg saksi.

    ReplyDelete
  29. @aisya: bukan sekadar bengang! rasa nak cekik je pakcik tu. bukan sebab 3-4 ringgit tu,tp cara dia layan customer tu melampau! menakotkan!

    ReplyDelete
  30. @nuyui a.k.a miss NUSHA: sy harap takde sapa yang kena lg cam tu lepas ni. biarlah sy sorang. gunakan saluran yg btul buat aduan!

    ReplyDelete
  31. @wazy:janji LPKP, dorang akan ambil tindakan. sy pun harap cam tu!

    ReplyDelete
  32. @Yanmie: tu lah sy pun takot gak, mana tau dia aim sy ke. sy harap takde ap2 yang berlaku. dan buat masa ni sya elakkan keluar sorang2. sy akan keluar dgn kwan2 sy. time kasih kak sbb nasihatkan sy!

    ReplyDelete
  33. @Cute MuM:sy pn harap cam tu. bia lah sy sorang je yg dah kena. yg lain jangan! hafal no.plat tu mmg wajib buat!

    ReplyDelete
  34. Pernah sekali terkena.. kena bayar lebih RM2.. Waktu tu 1st time datang KL dah perlukan teksi awal pagi dari hotel.. mula2 memanglah nak melawan tapi suami Fatihah cakap bayar tak apa bayar lebih tapi jangan halalkan yang lebih tu... hihihi

    Lepas tu kami jalan2 d KL tak berani lagi nak guna teksi.. sanggup lagi bersesak naik LRT atau kenderaan awam lain.

    ReplyDelete
  35. aiishh, cyes tkut nak naik teksi lpas nie.. --' bgos je bt cam tu, br pdan muka pak cik tu.. :P

    ReplyDelete
  36. aren da follow innanie..ish..takutnya klu alami kes ni..

    ReplyDelete
  37. uihhh menakutkan lah
    alhamdulillah adik takpe2 ye..
    memang le kena berani kan...tp perempuan berani macam mana pon tetap ketakutan..alahaiii

    ReplyDelete
  38. huuu takotnye naik cab. xpenah lg naek cab sbb selalu sgt dengar2 cite camni. lebih rela x kua rumah dr naek cab. haha

    ReplyDelete
  39. Salam.visit here^^ nice blog.keep blogging :)
    Feel free to visit me @ frommetoyou~ and read my new entry (^____^)

    ReplyDelete
  40. fatihah: untunglah sebab at least ada lelaki sebelah awak. boleh protect. sy sorang2 time tu.. tawakal je laa~

    ReplyDelete
  41. @saie PUYIE:tak semua pakcik teksi cam tu...tp pasal segelintir ni laaa yang buat semua orang takut nak naik teksi. kan dorang jugak yang rugi!

    ReplyDelete
  42. @Aren Alin:thanks sbb follow. jangan laaa! harap2 aren tak alaminya pun!

    ReplyDelete
  43. @risa:alhamdulillah kak... memg cuak sebnrnya. sbb tu make sure dpn gate tu ada orang dulu!

    ReplyDelete
  44. @Aisyah Kay: kalau sy ada kenderaan sndiri atau ada alternatif lain mmg tak pndang laa cab kan.. tp tu je yg ada!

    ReplyDelete
  45. @アヌム ちゃん~~: thanks yaa~ insya allah sy akan pg blog awak jugak!

    ReplyDelete
  46. satu je i nak cakap.. MELAMPAU! ye memang sangat melampau driver taxi nie. siap ugut nk trunkn kt tepi highway gile ape..?? iskh. naseb la takat ni sy dpt sume taxi baek2..

    ReplyDelete
  47. satu je i nak cakap.. MELAMPAU! ye memang sangat melampau driver taxi nie. siap ugut nk trunkn kt tepi highway gile ape..?? iskh. naseb la takat ni sy dpt sume taxi baek2..

    ReplyDelete
  48. melampaulah pkcik teksi tu huhu bgs tindakan awk tu..jgn biar org lain lg tertindas..

    ReplyDelete
  49. thanks syg utk info! fuhhh, tkt nye fza kl jd cm2. kl fza mst dh xbrni nk ckp blk kt pakcik 2. waaaaa, kejam..!!! :(

    ReplyDelete
  50. Aku benci teksi mcm ni...dulu aku pernah kena..siap tambah rm8 lg..bodo punya driver

    ReplyDelete
  51. same la.penah terkena.tapi mase tu baru first year kt um, bayar je la.sorang2 n mlm2 lak tu.dari mid ke kolej 10..mntk extra sbb dia xde customer nk kuar.chinese.xpe.biar Allah bls je kt pak cik tu..:)

    ReplyDelete
  52. @azureEn: alhamdulillah awak tak kena. jgn lah!!! sy doakan awak selamat! ye mmg dia melampau! geram kan!

    ReplyDelete
  53. @[sutera kasih]: ye sbb tu sy kena berani buat report tu! biar dia kena! kalau tak suka hati je!

    ReplyDelete
  54. @sitinuraffizza: sentiasa hati2 dan kena berani bersuara!

    ReplyDelete
  55. @OreO HitaM:mak oii tambah 8 hengget? mahalnya!!! kalau sy mmg dah kena tu!

    ReplyDelete
  56. @cpahniza:sgt bahaya! sy doakan takde sapa kena lagi! amin!

    ReplyDelete
  57. @Anonymous: orang macam tu mmg tak serik! geram!!! benci lah! pasal dorang, semua pakcik teksi kena nama burok!

    ReplyDelete
  58. I took this taxi today HWD6978 yellow taxi.... He misbehaved with me ... i lodged a complaint.. I searched this taxi in google and found this page

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork