Saturday, April 2, 2011

Jangan Cari Pasal Bila Bercouple

Salam semua



Aku tak tau lah kenapa sekarang ni maksiat terlalu banyak. Geli geleman aku tengok budak-budak sekarang bila bercouple. Tak kira dari budak sekolah sampai ke student universiti. Aku paham perasaan nya bila bersama dengan si dia. Tapi aku rasa biarlah menjaga susila korang. Lagi-lagi di khalayak ramai. Minggu lepas, masa aku temankan roomate aku beli barang kat Mid Valley, kiteorang rasa naik muntah dan berbulu bijik mata ni bila tengok ada beberapa couple ni tanpa segan silu berpeluk, cium bagai di khalayak ramai. Yang pakai tudung ke tak pakai tudung ke, sama je! Aku rasa geram sangat. Apa je yang korang nak banggakan? Tak boleh ke kalau nak jalan-jalan tu just jalan-jalan. Tak payah nak meraba-raba punggung! Kalau makan tu, makan je tak payah nak main-main paha. Kalau duduk tu, duduk je tak payah nak lentok-lentok kat bahu kira bulu dada. Geli laa wei!!!

Nanti kalau korang dah  kawen, korang nak buat apa je buat lah, tak de sapa yang marah, tak de sapa yang halang. Cuma buat masa ni tolonglah jaga kehormatan dan maruah diri tu. Cuba korang masa nak bermanja-manja gedik tu bayangkan sekejap muka mak bapak kat rumah. Pikir jauh sikit. Kalau korang mengedik macam tu, bukan ke korang merangsang kaum lelaki? Kalau dorang dah terangsang, pastu "tuut" dengan korang, jangan pulak time tu korang baru lah sedih-sedih nak menyesal. Dah mengandung barulah nak balik pada keluarga. Time tu, kalau korang mengadu kat mana-mana cakap korang teraniya, memang aku "pang" korang! Bukan semua tu salah korang jugak, kaum wanita?

Jadi, kat sini pesanan khidmat masyarakat aku, tolonglah jangan cari pasal. Nak keluar jalan tu, tak de hal tapi tangan jangan berjalan sama. Jaga maruah, jaga batas dalam pergaulan. Jangan hancurkan masa remaja korang hanya kerana nak buktikan " I Love You". Poraaaaaaaah!!!


2 comments:

  1. kita seharusnya jga batasan dlm pergaulan :)

    ReplyDelete
  2. uiyyaaiii garangnyaa adik fatin ni. ok2. kak farah tanak keluar dating ngan abg shahmir ag. hihi

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork