Saturday, May 14, 2011

Adakah Buruk Perempuan Bersaiz XXL Di Mata Korang?

Salam semua



Susah untuk aku elaborate tajuk kat atas tu. Tapi secara peribadi itulah yang dilalui seorang perempuan "seperti aku". Sapa kata perempuan "seperti aku" takde perasaan? Dah nama manusia kan? Mestilah ada. Kadang-kadang aku terfikir, adakah perfect perempuan yang kurus di mata masyarakat? Oh, mungkinlah sebab perempuan kurus pakai apa pun nampak cantik, cun melecun. lentik sana-sini. Kalau perempuan XXL, itu salah, ini salah. Itu tak kena, ini sarung nangka! Haisssshhh.... cemana tu?

Yer, aku tau kurus itu lambang kepada kesihatan (katanya) dan kalau gemuk itu boleh mengundang penyakit, tapi pernah tak terfikir berapa ramai perempuan XXL yang nak dia jadi XXL. Kalau dia boleh pilih pada Tuhan, dia pun nak jadi perempuan yang boleh pakai kebaya dan high heels hari-hari tau. Tapi adakah itu semua di tangannya? Adakah salah atau hina dia berkeadaan begitu? Adakah dia tak layak untuk dapat apa yang orang lain boleh dapat? Kenapa perlu orang di luar membataskannya? 

Lagi satu, kenapa lelaki selalu mendiskriminasi perempuan XXL? Katanya nak yang cantik, yang perfect. Tapi adakah diri lelaki itu cukup cantik dan sempurna untuk mendapat yang terbaik? Kenapa, hanya perempuan kurus yang mendapat 'high mark' daripada seorang anak adam? Kenapa perlu menilai dari luaran, kenapa bukan dalaman yang menjadi taruhan? Adakah pepatah "don't judge a book by its cover" tak relevan lagi pada masa kini? 

Terakhir, kenapakah susah untuk orang menerima "seadanya" seorang perempuan XXL tu? Hina sangatkah dia di mata masyarakat? Adakah dia tak layak untuk menerima atau menjalani laluan sebagai seorang perempuan? Kenapa kita perlu bias dalam hidup? Pernah tak korang cuba menerima sesiapa sahaja dengan seadanya dia itu?

Dan yang terakhir, adakah korang rasa bahawa HANYA PEREMPUAN KURUS yang boleh bagi kebahagiaan dalam hidup korang? 

P/s: Hanya terfikir sahaja....takde kaitan pada sapa-sapa. Paling-paling pun, entry ni berkaitan diri aku! Kepada perempuan kurus lagi cantik, jagalah kecantikan dan anugerah itu. Jangan menunjuk, takut nanti disimbah asid. Hehehehe....sorry!



17 comments:

  1. tak slaah langsung sygangi diri sendiri mesti ko tak akan fikir tangapan org lain dah..

    ReplyDelete
  2. jgn pndg rendah pd yg XL, XXL atau XS. Masing2 punya kelebihan tersendiri.

    ReplyDelete
  3. Cik Yana tahu camane rasanya. Dulu masa sekolah menengah cik Yana gemuk sangat. Pastu orang suka sangat pandang rendah, sindir-sindir, perli-perli. Budak lelaki pulak, memang tak kan layan, macam la kite terdesak sangat nak dorang layan kite. Cuma kadang-kadang terasa hati bila budak lelaki sindir, sebab sindiran budak lelaki ni macam bisa sikit dari perempuan. Pastu bila dah start masuk matrik, tak tahu kenapa berat turun, sampai la sekarang berat badan dah jadi normal. Yang penting, sabar je bila orang mengata. Semua ciptaan Tuhan tak sempurna, tak semestinya dia berisi sikit, dia terus tak sempurna. Tuhan tak menilai hambaNya melalui rupa bentuk badan, kecantikan wajah. Yang penting hati kita kena bersih, baru lah kite happy hidup walaupun orang mencemuh, lantak dorang la :)

    Girlfriends, please take note this!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy dlu halus je tp sejak abes u, berat bdn bertambah..ble org tgk sy makn, x byk pn.tp gemuk..dan skrg cube diet yg sht..ada penurunan..bkn ape utk kesihatan jgk..but sy sentiasa bersyukur kurniaan Allah swt.Dia bg pinjam jasad n kite kene jg sebaik2nye..insyaallah

      Delete
  4. saya lebih selesa berkawan dgn yg gemuk... n kwn2 baik d sekeliling saya semua bersaiz besar.. lelaki or perempuan.. semua kwn saya bersaiz xxl.. malah xxxxxxxxlll lagi ha...:)

    ReplyDelete
  5. hmm sebenarnya perempuan gemuk tu tak ada maslah poun sebab kalau bab jodoh , gemuk kurus tua muda semua dah tercatat . cum masalah bila perempuan ni gemuk , dia akan rasa rendah diri lebih . dia rasa orang pandang serong kat dia and paling tak patut bagi yg sudah bersuami , ada yg cemburu tak bertempat atas alasan perempuan lain lg cntik drpd .

    come one , kita ada cara diet sihat . kalau rasa rendah diri , why not kita improve dan betulkan drii snr . betul tak ?

    ReplyDelete
  6. @cik bihah:betul apa kau cakap bihah, lebih baik sayang diri sendiri. tak yah compare ngan orang lain

    ReplyDelete
  7. @kakchik@ella:stuju ngan kak cik gak. kelebihan lah yg akan sembunyikan kelemahan kita kan? amin.

    ReplyDelete
  8. @Cik Yana:ye ke cik yana dlu bulat? tak caya lah! sekarang cantek oooo... btul tu cik yana, kecantikan dalaman lebih penting!

    ReplyDelete
  9. @LuLuLaLaLengLeng: bagus laa kalau awak tak mendiskriminasi kawan-kawan awak. smoga sifat awak bg semangat pada mereka!

    ReplyDelete
  10. @Scya Lollita:terima kasih atas nasihat. kita kena perbaiki diri sendiri dan jgn memandang rendah pada kurniaan tuhan

    ReplyDelete
  11. ermm..
    skang nih kn..kurus, gemuk, lawa n xlawa dh xpenting pon bg cik mira..
    nk kurus..slimming punyer tmpt dh berlmbk..
    nk gemuk..gain weight ader kot..hehe
    nk cntik..goshh..mac, estee lauder, lancome smpailh produk yg hrga rnggit2..bnyk sis..
    nk hodoh..simbh asid..hehehe..
    all is about money..awk ader duit awk blh buat semua bnde..
    skang aderkn prmpuan yg cntik nih setia mcm prmpuan yg bersaiz xxl??msti konfem 70% setuju kte x..
    sush kn nk puaskn ati msyarkt sekeliling..ermmm..
    *pssttt..cik mira pon bersaiz xl tp xpenh malu pon xkapel n sentiasa sygkn diri..hehe..aslkn sht..gemuk tp berilmu ape slhnyer kn..

    ReplyDelete
  12. saya ni lagi la size xxxl..kadang2 tension bila cari baju..heeeee :p
    biar gemuk, janji xkacau hidup org lain.. :)

    ReplyDelete
  13. Hi awak! ;) Dulu pun saye dalam kategori XL. Cume saye tak fikirkan sangat tentang berat badan ;) Tapi tipulah kalau saye cakap saye tak fikirkan langsung, it just that I always try to think positive ;) One day, ade satu kejadian yang buat sye diet sampailah saye dapat berat sekarang. Guess what, saye dah tak positif macam dulu. Asyik fikir pasal berat badan je. Rimas sangat. Akhir-akhir ni baru saye dapat recover dari weight concious. Conclusionnye, walau ape pun size badan kite, menghargai diri sendiri akan buat kite nampak cantik. Bila kite confident, kite akan nampak cantek. Eh, panjang sangat sye bercerita ;) Yang penting, appreciate your body, lead healthy life, and be confident. Thats all :)

    ReplyDelete
  14. semua ditangan diri masing-masing. kita yang bentuk diri kita. siapa kata kita tak boleh mengubah diri untuk kebaikan ? maksud kebaikan disini adalah kesihatan. melalui senaman, pemakanan yang betul, awak juga boleh jadi kurus. bukan sahaja kurus tapi SIHAT. tak semua perempuan diluar sana nak kurus untuk cantik sahaja.

    ReplyDelete
  15. Same like me....sy pn gemuk jgk.... kat tempat sy keje semua kutuk sy makan banyak lah semua makanan kau nak bedal lah....... mmg sakit hati bila kata2 tu datang dari kaum adam. tp kita kena redha dengan setiap yang allah ciptakan tentu ada yang tersurat & tersirat

    ReplyDelete
  16. Sy pom da masuk situasi ni . :((((( uwaaaa . Sedihh kot . Mama . Kakak . Abg adik sepupu semua ckp gemuk . Pastu org ingt sy ni da 20 lebih n dah kawin . Sedih jgk kkdg time ad perasaan . Hehe . Dlu blh pakai mini kurung laa . Lps masuk U je . Haa amik kau 70 kg . Terkejut jgk ! Naik 12 kg dalam mase 8 bulan . Sy suke mkn western food n xcontrol lnsung . First time masuk kat U , ramai bdk2 laki y nak adjust , tegur la . Bile da masuk sem 2 , :((((( xde da bnda cmtu . Diaorg pom xde nk tegur sy . Kwn laki sy pom ckp jugak sy da macm mak org . Bnyk la sindir . Sedih jgk . Dlu mama selalu tgur jaga berat bdn . Sy just ckp relax la sikit je . Btul la mama ckp skrg . Sape suh xdgr . Ingt senang ke nk turun berat bdn . Asal duk jogging je , asal xmkn nasi ke , org tnye aikk diet ke .. eh eh mlemahkan smangat betul . Kau tunggu laa . Ni da lepas puase . Insyaallah nk jage sblum masuk U plk . Huhu . Doakan sy turun berat bdn sikit . Xelok jgk gemuk ni . Asyik sakit sendi je . Pastu bhgn dalaman pom da mcm nk musnah . Haha . So JAGE BERAT BADAN TAU MUDA2 NI . BILA LAGI NAK PAKAI BAJU CANTIK2 . TIME NI JE . NANT LEPAS ADA ANAK BOLEH LAA NK MKN BNYK POM . NASIHAT UNTUK DIRI SNDIRI . . JANGAN JDI MACAM SY :(((

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork