Monday, May 16, 2011

Blogger a.k.a Pengajur Contest Bermulut Lancang Mintak Maaf. Maafmu Diterima!

Salam semua

Buang Yang Keruh, Ambil Yang Jernih.

Sesuai sangat peribahasa ni buat aku dalam masa dua hari ni. Aku dah pun berdamai dengan Blogger a.k.a Penganjur Contest Bermulut Lancang tu. Eh, tapi kan bila pulak aku bergaduh dengan dia??? Takde...takde... kalau tak percaya, aku memang tak bergaduh dengan dia, korang cubalah tengok KAT SINI. Mana ada aku gaduh, tu sebagai nasihat jer. Hehehe.

Alhamdulillah, lepas aku post entry tersebut dua hari lepas, (tuan badan turut baca yer!) si blogger ni mesej aku semalam dan mintak maaf atas keterlanjurannya berbicara. 

" Maaf, sy kurang ajar malam tadi. Ni topup awk yg sy janjikan. Hadiah tu. Sy mintak maaf lagi sekali. Apa yang berlaku di luar kawalan..."

Lepas dapat sms dia, aku terus call dia. Sebab aku ni kalau marah bukan lama mana pun. Time tu jer. Lepas tu memang tak simpan dalam hati. Aku call dia, (aku tanya baik-baik) macam mana wallet dia boleh hilang, dan kami pun berborak sebagai kawan. Disebabkan kesian dengan nasib yang menimpa dia, secara ikhlas aku suruh dia gunakan RM 20 (hadiah aku tu) untuk settelkan problem dia. Buat makan ke, buat bayar minyak motor ke. Sebab aku kesian kat dia. Nasib baik dia tak jerkah aku lagi. Walaupun aku tau, sebelum dia sms aku tu, dia ada tinggal komen kat chatbox aku. Tapi takpelah. Malas nak dipanjangkan. 

Borak punya borak, semalam jugak dia masukkan kredit RM 20 pada aku yang juga merupakan present aku untuk contest tersebut. Jadi, semalam kira semuanya dah setel. Alhamdulillah. Kan happy macam ni.... Aku pun bagitau dia semalam, kalaulah dia jawab kat wall dia hari tu elok-elok alasan dia, aku dengan terbuka hati akan terima. Macam yang aku pernah bagitau, aku pernah berada dalam situasi tersebut. Memang kalut. Tak tau nak buat apa. Walau apa pun, Alhamdulillah, terbukak hati blogger tu nak mintak maaf. 



Maka, sekali lagi aku berpesan pada semua yang baca entry ni, jagalah budi bahasa kita dengan orang. Tak kira siapa orang tu. Kawan kita? Jiran kita? Even dengan pengemis pun kita wajib jaga budi bahasa kita. Macam yang aku pernah cakap, semua orang layak dan wajib untuk dihormati. Barulah kita pun akan dihormati orang. Wah, tiba-tiba rasa lega lah dengan entry ni. Alhamdulillah.....


p/s: kepada blogger tersebut, (saya tau awak akan baca entry ni, sebab pagi tadi pun awak berkunjung ke blog saya kan? hehehe) " NICE TO KNOW YOU!  THANK YOU FOR BEING MY FRIEND NOT MY ENEMY!" hehehehe......


9 comments:

  1. bagus2...maafkan org nscaya org mudah mmaafkan kita nnti

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah .. hidup bkn utk berbalah, kan.

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah..dh baik2 pon..kn bgus cmtuh..dunia blogger nih kecik jer..pusing2 jumpe blik..

    ReplyDelete
  4. agaknya dia tgh pening psai mslah dia tuh...*think positif

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah..dah setteld ye....

    ReplyDelete
  6. Tapi...nape saye tak dapat lagi ye..padahal 1st prize tu..huhu

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork