Thursday, May 26, 2011

Cerita Hindustan Sekarang Dah Macam Cerita Lucah!!!

Salam semua

Aku bukanlah kaki tv. Aku hanya tengok rancangan-rancangan yang best dan berinformasi je. Cewah! Hehehe, serius wei... susah kalau nak tengok aku melekat dekat depan tv berjam-jam. Macam sekarang ni pun, aku online depan tv. Sebab boleh buat banyak kerja dalam satu masa. Buat proposal, blogwalk, Fesbuking sambil mata jeling-jeling tv sat! Multi-tasking!

Berbalik pada tajuk, aku dapat idea nak tulis benda ni sebabnya aku tertengok iklan pasal cerita hindustan kat TV2. Setahu aku, industri filem Bollywood sangat mendapat sambutan satu ketika dulu. Masa zaman cerita macam  Kuch-Kuch Hota Hai, Mohabbatein, Dil To Pagal Hai , Kabhi Kushi Kabhi Gham dulu, aku bukan main suka lagi layan cerita hindustan. Lagu best, jalan cerita menarik, pemandangan cantik, scene warna-warni, hero hensem, heroin cun gila babas! Kira complete lah! Aku sanggup je tengok berjam-jam, cerita hindustan punya pasal. Mak aku siap nangis-nangis lagi. Touching giler. 

Tapi la ni, "SEDEH" aku tengok cerita hindustan! Bukan main lagi tayang body. Dah tak pakai dah sari-sari ni. Kalau part lagu tu, heroin dia menari dengan pakaian seksi mak oooooooooooi!!! dah macam penari separuh bogel aku tengok! Padahal jalan cerita tak laa best mana, menayang jer lebih! Dah tu, semua muka heroin mesti ada nilai-nilai seksual yang tinggi. Aku pun tak tau kenapa industri Bollywood berubah sebegitu. Adakah sebab mereka dah kehabisan idea jadi terpaksalah guna "idea kotor" untuk dapatkan sambutan semula? 

Jangan tenung lama-lama! buta sat gi~
Pada pandangan aku, negara kita perlu lebih ketatkan lagi hal penapisan filem dari luar negara ni. Sepatutnya, cerita hindustan perlulah sesuai dengan semua peringkat umur sebab pada kebiasaannya cerita hindustan ditayangkan pada hujung minggu. Kalau dah hujung minggu mestilah satu family ada kan. Mak bapak mungkin tak pelah, tapi macam mana dengan anak-anak kita? Tak sesuai budaya sebegini untuk perkembangan anak-anak.

Aku percaya, industri Bollywood boleh berjaya dengan jalan cerita menarik dan berbentuk kekeluargaan. Budaya India banyak yang menarik, lagi-lagi hal ikatan kekeluargaan, keseniaan dan macam-macam lagi.  Tak perlulah tonjolkan benda macam tu kan? Aku percaya, peminat lagi suka kalau budaya positif yang ditunjukkan. 


Cerita ni pasal kawan-kawan

Family bonding! Box office jugak cerita ni

Love & education story

p/s: Last cerita hindustan aku tengok, tahun lepas. Rab Ne Bana De Jodi. Jalan cerita dan Lagu yang menarik! Try la korang  usha cerita ni. Shah Rukh Khan kot!!! =) 

SRK belajar menari dalam cerita ni. Dia jadi NERDY!!! best! 

23 comments:

  1. haha, stuju.. mmg pun. best lg hndustan lama2 ms zaman kita kan. kuch2 hota hei. hum sath2 hei.. dil to pagal hei la.. lg sonok

    ReplyDelete
  2. sokong. ntah papa ntah. dulu jeh yang best! 3 idiots mmg super duper best. try lah usha!

    ReplyDelete
  3. mcm best jer cter yg awak tjuk yg last tuh.Nak tgOk3

    ReplyDelete
  4. betui sesangat..kdg2 tgk ngn fmly zatie cam malu plak..

    ReplyDelete
  5. setuju lah sgt! dulu layan jugakla hindustan ni. sekarang tak dah. agreed ngan syazana atas neh. 3 idiot best!! ^^

    ReplyDelete
  6. industri bollywood cam dah tak laku dah..so adegan lucah terpaksa dimasukkan bagi boost up penonton datang tengok huhu..ilang abes keunikan bollywood neh

    ReplyDelete
  7. dah lama x tgk citer hindustan.. dulu suka tgk masa kuch kuch hota hai dgn muhabaten..
    skrg cam merapu meraban jer

    ReplyDelete
  8. aku ingat dulu masa zaman skolah rendah ko suke gile tgk cite hundustan..hahaha

    ReplyDelete
  9. ntah gelu pun ada jugak seksi bangat!3idiots best..:)

    ReplyDelete
  10. waaaa...kata2 tulus dari seorang peminat hindi tegar... :)

    SRK best... :)

    ReplyDelete
  11. setakat ni filem hindi yg sgt 18sx yg prnh sy tgk, film hisss if xsilap, yg cite ular2 tu huhu

    indstri perfileman ngra kita pun kena perketatkan jgk, no need aksi atas katil even watak utk laki bini..tak perlu kot..

    ReplyDelete
  12. betul2..... x mint sgt dah hindustan sekarang. tapi tertarik dengan filem2 amir khan sekarang. Best, lain dr yg lain. mcm Ghajini, 3 Idiot, Disleksia(kalau x salah).... yg lain2...... hmmmm... ntahlaaa

    ReplyDelete
  13. aah..stuju..seksi abis..tu yg dh xtgk lg..lg pn cte ntah ape2 je dah..xbest cm dulu2..

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum...betul tu nani, cerita hindustan zaman sekarang makin menjolok mata, dah lagu tak best...pakaian bukan alang2 dah mcm bogel...sebb tu Sy lebih suka layan cerita hindustan yang lama2, yang kalu nnyi masih merentasi gunung lautan, lari2 keliling pokok...

    ReplyDelete
  15. xlayan hindustan, so xtau culture diorng

    ReplyDelete
  16. Hum saath saath Hain pon best..
    Hum aapke hain kaun..

    Apa pon,VOTE for Salman Khan!

    ReplyDelete
  17. sbnrnya aku ni x lyn sgt hindustan ni..tp tahun lepas aku ada tgk citer "3 idiots". Lakonan aamir khan. Best! tentang persahabatan. try la tgk. cari kat utube. hehe..

    ReplyDelete
  18. senang tak payah tengok tema cinta..hehe tengok 3 idiots ke, tema politik rajneeti, atau thriller mcm no one killed jessica :)

    ReplyDelete
  19. nsib baik cerita industan arini best..
    crita industan baru..mesti nak seksi2..macam da tak sesuai tok keluarga.

    ReplyDelete
  20. tak suka dengan filem dan pelakon2 hindustan..depa ingat depa best , berlagak...dah selalu berlakon kat negara luar..dok tunjuk macam depa tu hebat....

    ReplyDelete
  21. i'm a huge fan of hindi movie back in school few years ago...ingat lg, kami snggup pecah msk bilik tv on weekend sbb nk lyn hindustan pnye psl...tgk tv rmai2 kt asrama smpai nangis2 peluk mber sebelah..serious syahdu gile..tp skrg dh x tgk cite hindi lg..yg ppuannye mcm dh x cukup kain sgt, yg lelakinye pulak dh mcm stim keladi terover2...adoilaaaaa... Y_Y

    ReplyDelete
  22. ade stu lg cite amir khan yg best...taare zameen par...best sgt2..xde tema2 cinta,,sgt2 touching =D

    ReplyDelete

Inspirasi Anda Buat Saya Happy! :)

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork